Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}08/06/2021
Kuala Lumpur, 8 Jun 2021 – Ketika negara melaksanakan sekatan pergerakan penuh yang kedua bagi melandaikan lekuk peningkatan kes positif COVID-19 yang semakin membimbangkan, AIA Malaysia tampil menghulurkan bantuan dengan menawarkan pelan Perlindungan Komplikasi Vaksin COVID-19 dan pelan Perlindungan Diagnosis COVID-19 kepada rakyat Malaysia serta keluarga mereka tanpa sebarang kos tambahan.
Dua tawaran terbaru daripada AIA ini memperluaskan dedikasi syarikat dalam menawarkan penyelesaian holistik bagi membantu meredakan kebimbangan rakyat Malaysia berkaitan isu kesihatan, kekayaan dan perlindungan yang dihadapi sepanjang pandemik ini. AIA merupakan salah sebuah syarikat insurans dan pengendali takaful di pasaran yang menyediakan pelan perubatan yang menanggung kos rawatan kemasukan hospital yang disahkan perlu dari segi perubatan akibat COVID-19 serta komplikasi vaksin di hospital swasta.
Kedua-dua perlindungan percuma ini tersedia untuk semua rakyat Malaysia, termasuk pelanggan AIA yang berminat untuk mendaftar, tertakluk pada terma dan syarat.
1. Perlindungan Komplikasi Vaksin COVID-19 Percuma
2. Perlindungan Diagnosis COVID-19 Percuma, termasuk perlindungan untuk Kuarantin Di Rumah
Mengulas mengenai pelancaran tawaran terbaru ini, Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., berkata: “Kami memahami segala kebimbangan dan kegelisahan yang dialami rakyat Malaysia. Sebagai salah sebuah syarikat insurans dan pengendali takaful terkemuka di negara ini, kami akan melakukan apa sahaja berdasarkan kepakaran kami bagi mengurangkan kebimbangan mereka, iaitu dengan menawarkan perlindungan yang sewajarnya kepada mereka ketika tempoh yang mencabar ini.
“AIA sentiasa berusaha membantu rakyat Malaysia untuk bersedia dari segi kewangan dalam berhadapan peristiwa yang tidak dijangka dalam hidup. Kami juga berbangga kerana pelan perubatan kami merupakan salah satu daripada sebilangan kecil pelan di dalam pasaran yang menawarkan perlindungan kos rawatan kemasukan hospital yang disahkan perlu dari segi perubatan akibat COVID-19 dan komplikasi vaksin. Kami amat komited dalam memastikan keseluruhan perjalanan kesihatan mereka disokong sebaiknya menerusi ekosistem Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh kami yang unik. Tawaran perlindungan percuma yang diumumkan hari ini membuktikan lagi usaha berterusan kami dalam memberikan perlindungan COVID-19 yang menyeluruh kepada para pelanggan kami. Harapan kami juga agar ianya dapat membantu lebih ramai individu untuk menilai semula keperluan insurans dan takaful mereka pada masa yang tidak menentu ini,” jelas Ben lagi.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini dan perkhidmatan lain, sila layari www.aia.com.my.
- TAMAT -
Mengenai AIA Bhd.
AIA Bhd. adalah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat hak istimewa untuk menjalankan perniagaan sejak tahun 1948. Kami menawarkan rangkaian penyelesaian kewangan termasuk produk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan perlindungan dan jaminan kewangan pelanggan kami di setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran kami yang luas dan pelbagai dengan kekuatan agensi Perancang Hayat seramai 19,000, cawangan rakan kongsi bank eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi pilihan kepada para pelanggan untuk memutuskan bagaimana, bila dan di mana mereka boleh menghubungi kami.
Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia terbesar yang disenarai awam secara bebas, AIA Bhd. mempunyai kewangan yang kukuh, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan dan pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih daripada 2,600 yang memberi perkhidmatan kepada 4 juta pelanggan kami di seluruh negara. Pada 30 Jun 2020, jumlah aset AIA Bhd. adalah RM57.45 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM810 juta.
Mengenai AIA PUBLIC Takaful Bhd.
AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) dimiliki bersama oleh AIA Bhd. (AIA), Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (anak syarikat milik penuh PBB). Diperbadankan pada 11 Mac 2011, AIA PUBLIC Takaful memanfaatkan kedudukan kepimpinan AIA dan PBB Group serta rangkaian infrastruktur dan pengedaran yang mampan dalam industri insurans dan perbankan bagi memacu pertumbuhan dan meningkatkan kadar penetrasi Takaful Keluarga di pasaran domestik. AIA PUBLIC Takaful komited untuk menawarkan pessnyelesaian patuh syariah yang tepat bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan di setiap peringkat kehidupan.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran– cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, New Zealand, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $326 bilion dolar Amerika pada 31 Disember 2020.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 38 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.
Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).