Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan

Bermakna dengan Aplikasi AIA+

Urus Kesihatan & Tuntutan
Anda dengan Mudah

Buat pembayaran, hantar tuntutan, pra-daftar untuk
lawatan panel klinik atau berunding dengan doktor
secara dalam talian – semuanya dalam satu aplikasi.

Hidup Sebaiknya dengan

Jejak perjalanan kesihatan anda dan raih ganjaran.

Dapatkan Pulangan Tunai dengan
Life+ Reward

Teroka potensi insurans anda sepenuhnya sambil
nikmati ganjaran tunai.

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk mendaftar

1
Muat turun aplikasi AIA+ dan tekan "Register Here"
2
Masukkan nombor Polisi, Sijil, Akaun atau Keahlian AIA Vitality anda untuk memulakan.
3
Cipta nama pengguna dan kata laluan anda.
4
Masukkan kod OTP yang dihantar ke telefon anda, dan selesai!
Perlu bantuan mencari nombor Polisi, Sijil, Akaun atau Keahlian AIA Vitality anda? Klik di sini.

Muat turun aplikasi AIA+

Ketahui cara menggunakan fungsi yang sering digunakan dalam aplikasi dengan panduan AIA+ kami.
Perlukan bantuan untuk memuat turun atau menggunakan Aplikasi AIA+? Hantarkan pertanyaan atau Hubungi Kami.

Muat turun aplikasi AIA+

Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna dengan Aplikasi AIA+

Urus Kesihatan & Tuntutan
Anda dengan Mudah

Buat pembayaran, hantar tuntutan, pra-daftar untuk lawatan panel klinik atau berunding dengan doktor secara dalam talian – semuanya dalam satu aplikasi.

Hidup Sebaiknya dengan

Jejak perjalanan kesihatan anda dan raih ganjaran.

Dapatkan Pulangan Tunai dengan
Life+ Reward

Teroka potensi insurans anda sepenuhnya sambil nikmati ganjaran tunai.

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk mendaftar

Perlu bantuan mencari nombor Polisi, Sijil, Akaun atau Keahlian AIA Vitality anda? Klik di sini.

Muat turun aplikasi AIA+

Ketahui cara menggunakan fungsi yang sering digunakan dalam aplikasi dengan panduan AIA+ kami.
Perlukan bantuan untuk memuat turun atau menggunakan Aplikasi AIA+? Hantarkan pertanyaan atau Hubungi Kami.

Soalan Lazim

  • Anda boleh mendaftar dan menggunakan aplikasi ini selagi anda seorang pemilik polisi/sijil individu, mempunyai pelan manfaat kakitangan yang aktif atau akaun gadai janji dengan AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd. dan/atau AIA General Berhad (secara bersama dikenali sebagai AIA Malaysia).
  • Ahli AIA Vitality juga boleh mengakses akaun AIA Vitality menerusi aplikasi ini.

Untuk pengalaman terbaik memanfaatkan perkhidmatan dalam talian/digital kami, anda disyorkan untuk menggunakan sistem operasi terbaharu yang dikemaskinikan pada peranti mudah alih anda. Versi yang disyorkan ialah iOS 14 dan ke atas, serta Android 10 (API 29) dan ke atas.

Perhatian:

  1. Bagi pengguna peranti Huawei, sila ambil maklum bahawa paparan notifikasi AIA+ buat masa ini tidak disediakan untuk model berikut: Mate 30, Mate Xs, Y7P, Nova 7i, P40 dan peranti Huawei lain yang dilancarkan pada atau selepas 16 Mei 2019. Kami kini sedang berusaha untuk memastikan paparan notifikasi AIA+ turut disediakan untuk model-model tersebut.
  2. Sekiranya anda log masuk ke aplikasi AIA+ menerusi laman web AIA, pengalaman terbaik melayari web adalah dengan menggunakan Google Chrome (30) dan ke atas; Edge (44) & Edge Chromium (84) dan ke atas; Internet Explorer (11) dan ke atas; Firefox (30) dan ke atas, serta Safari (8.0) dan ke atas.

  • Pengguna yang sudah mempunyai akaun AIA+ sedia ada atau sudah memuat turun aplikasi AIA+, tidak perlu mendaftar sekali lagi.
  • Anda boleh terus menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan sama.
  • Anda hanya perlu mengemas kini aplikasi AIA+ anda kepada versi terbaharu dan melakukan log masuk kali pertama dalam aplikasi baharu ini yang memerlukan anda memasukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang akan dihantar ke talian mudah alih berdaftar anda.
     

Perhatian: Untuk pengguna peranti mudah alih Huawei, kami mencadangkan agar anda memadamkan aplikasi AIA+ dan AIA Vitality Malaysia yang sedia ada dalam telefon mudah alih anda dan memuat turun dan menggunakan versi baharu aplikasi in menerusi Galeri Aplikasi Huawei.

  • Klik ‘Forgot user ID/password’ di Halaman Log Masuk ATAU klik sini
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan untuk pengesahan.
  • Terima SMS OTP dan masukkan OTP untuk pengesahan.
  • Masukkan kata laluan baharu untuk menetapkan semula kata laluan anda dan log masuk menggunakan kata laluan baharu.
  • Sekiranya e-mel atau nombor telefon mudah alih berdaftar anda tidak lagi digunakan, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan AIA+ kami di 1 300 88 1899 untuk mendapatkan bantuan.

Pertama sekali, anda hendaklah mempunyai polisi/sijil individu AIA yang mana anda merupakan pemilik polisi/sijil, orang yang diinsuranskan/dilindungi, orang yang membayar, mempunyai pelan manfaat pekerja yang aktif, akaun gadai janji dan/atau keahlian AIA Vitality.

  • Seterusnya, muat turun aplikasi AIA+.
  • Di halaman utama AIA+, klik 'Sign Up Here.

Sila pastikan telefon mudah alih anda mempunyai liputan internet yang kuat.

  • Anda boleh hidupkan semula telefon mudah alih anda untuk memperbaharui isyarat rangkaian.
  • Pastikan peti masuk (inbox) SMS telefon bimbit anda tidak penuh.
  • Periksa sama ada terdapat sebarang aplikasi atau tetapan dalam telefon mudah alih anda yang mungkin telah menapis mesej anda.

Jika anda masih menghadapi masalah, sila hubungi talian khidmat pelanggan AIA+ di 1 300 88 1899 untuk bantuan.

Sila pastikan telefon mudah alih anda mempunyai sambungan internet.

  • Sila pastikan anda sudah mendaftar aplikasi AIA+.
  • Sila semak jika anda telah memasukkan ID dan Kata Laluan yang betul.
  • Sila keluar dari aplikasi dan log masuk sekali lagi. Anda mungkin perlu mematikan dan menghidupkan semula telefon anda.
  • Jika anda masih tidak dapat log masuk, sila hubungi talian khidmat pelanggan AIA+ di 1 300 88 1899 untuk bantuan.

Kongsi ini dengan rakan