pageheroimage

Sokongan Pelanggan Dan Penjagaan Tambahan

Kami sedia membantu anda

Di AIA, kami benar-benar komited untuk menyokong pelanggan kami mengharungi cabaran hidup yang sukar ditangani dan tidak diduga. Kami sedar bahawa keadaan seperti ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal atau mental, kematian pencari nafkah keluarga dan masalah kewangan boleh menjejaskan kehidupan harian anda dengan ketara.

Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan atau mempunyai pertanyaan khusus berkaitan perlindungan insurans/Takaful anda dengan AIA disebabkan peristiwa atau cabaran ini, kami sedia membantu dan memberikan sokongan yang anda perlukan. Sila hubungi kami di: 

  • 1-300-88-1899 (untuk pelanggan AIA Bhd. dan AIA General Berhad)
  • 1-300-88-8922 (untuk pelanggan AIA PUBLIC Takaful Bhd.)
  • 1-800-181-464 (untuk pelanggan bancasurans)
  • Kunjungi laman web AIA untuk mengemukakan pertanyaan atau memberikan maklum balas anda menerusi borang pertanyaan atau melalui applikasi AIA+
  • Anda juga boleh menempah janji temu maya melalui aplikasi AIA+ dengan mengikuti panduan ini.
     

Anda juga boleh memanfaatkan perkhidmatan awam dan kemasyarakatan yang disediakan untuk menyokong anda, mengikut keperluan anda seperti di bawah:

MyGOV – Portal Rasmi Kerajaan Malaysia memberikan panduan umum tentang perkara berikut: 

  • Institusi Keluarga
    • Persediaan dan prosedur sebelum berkahwin, perancangan keluarga, perceraian & rujuk, urusan harta pusaka dan khidmat bantuan guaman.
  • Kemudahan, kebajikan dan penjagaan kesihatan
    • Perkhidmatan kesihatan, kebajikan, kemudahan dan perlindungan sosial yang disediakan kepada awam.
  • Kerjaya dan persaraan
    • menguruskan dan membangunkan kerjaya dan pelan persaraan.
  • Perniagaan
    • Perancangan perniagaan, memulakan dan mengendalikan perniagaan baharu, mengembangkan dan menutup perniagaan.
  • Kewangan dan percukaian
    • Menguruskan kewangan peribadi dan percukaian.
       

Seiring proses pendigitalan AIA, urusan surat-menyurat dengan pelanggan akan dilaksanakan menerusi aplikasi AIA+.  Jika anda memerlukan bantuan untuk menggunakan AIA+, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami.

Soalan Lazim

Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.