Pulau Pinang, 27 Julai 2018 – Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk membangunkan profesion dan perkhidmatan ejen insuransnya di Pulau Pinang, AIA Bhd. hari ini merasmikan pembukaan Wisma AIA Pulau Pinang, pusat perkhidmatan agensi terbesar bagi AIA di kawasan Utara.
Wisma AIA Pulau Pinang menempatkan lebih 1,100 ejen insurans, atau lebih dikenali sebagai Perancang Hayat, dalam ruang pejabat bersepadu, menjadikannya konsep pusat perkhidmatan agensi pertama sepertinya bagi AIA di Pulau Pinang. Ruang khas ini akan meningkatkan dengan ketara keupayaan latihan dan pembangunan AIA di Pulau Pinang, dan seterusnya membolehkan Perancang Hayatnya memberikan nasihat profesional dan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Anusha Thavarajah berkata: “Penubuhan pusat perkhidmatan agensi ini adalah sebahagian daripada usaha transformasi kami untuk menjadikan Perancang Hayat kami di Pulau Pinang tenaga agensi terulung. Kami akan terus menegakkan wawasan kami untuk membina sebuah agensi generasi baharu – agensi yang berkhidmat sepenuh masa, celik digital dan terhubung, sangat produktif dan bertumpukan nasihat. Sejajar dengan itu, kami juga mahu memastikan bahawa kami menjadi antara yang terbaik daripada yang terbaik untuk melindungi lebih ramai rakyat Malaysia dan meningkatkan jurang penembusan insurans di negara ini.”
Ketua Eksekutif Serantau AIA Group, John Cai menambah: “AIA komited untuk melabur dalam infrastruktur, latihan dan teknologi terbaik di seluruh rantau, dengan matlamat untuk menyediakan landasan dan alat kepada Perancang Hayat kami untuk mengautomasikan prosedur kerja tertentu, mempercepatkan proses dan meningkatkan kecekapan. Malaysia ialah pasaran penting bagi Kumpulan AIA, terutamanya di Pulau Pinang, di mana kami berkhidmat kepada kumpulan pelanggan semakin besar yang mencecah lebih 172,000, dan kami sentiasa memberi penekanan kepada usaha menerima pakai era digital baharu dengan mengguna pakai pendekatan perkhidmatan digital, lantas menambah baik pengalaman pelanggan. Tambahan lagi, pusat perkhidmatan agensi kami yang baru dibuka di Pulau Pinang menyediakan ruang pejabat kontemporari yang juga akan membantu kami mengambil dan mengekalkan khidmat Perancang Hayat profesional dan berwibawa.”
Ruang pejabat seluas 74,000 kaki persegi dilengkapi sepenuhnya dengan kemajuan inovatif dan kemudahan seperti bilik latihan dan ruang kerjasama, yang direka untuk menggalakkan inovasi, pembelajaran dan pembangunan; dan mempermudah pengambilan dan latihan Perancang Hayat AIA. Wisma AIA Pulau Pinang juga buat pertama kali akan menampilkan kemudahan istirahat Million Dollar Round Table Lounge and Premier Lounge untuk Perancang Hayat yang telah mencapai mercu jaya tertentu.
Pusat perkhidmatan agensi ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AIA Group, John Cai dan Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Anusha Thavarajah, awal hari ini.
“Sambil AIA meraikan ulang tahun ke-70 bertapak kukuh di Malaysia, kami terus prihatin terhadap usaha memenuhi janji kami kepada rakyat Malaysia – membantu mereka hidup lebih sihat, lebih berpanjangan dan lebih hebat. AIA akan terus menyusun rapi program dan inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengawal dan menjaga kesihatan mereka sendiri. Kami telah melangkah jauh untuk memahami keperluan pelanggan kami, dan akan terus mencabar diri kami untuk memainkan peranan lebih daripada syarikat insurans semata-mata dan menjadi syarikat yang mempengaruhi dunia kesihatan yang memperkasakan dan mendorong amalan kehidupan lebih sihat.”
Sejak mula bertapak di Malaysia pada 1948, AIA berusaha untuk memartabatkan diri sebagai syarikat insurans terkemuka di negara ini dengan tumpuan lebih khusus terhadap inisiatif dan penyelesaian yang menggalakkan kehidupan sihat. Pada tahun 2016, AIA telah melancarkan AIA Vitality yang menggabungkan manfaat kesihatan dan kehidupan dengan penyelesaian insurans hayat dan takaful, menyediakan platform untuk AIA memainkan peranan lebih aktif untuk memperkasakan dan mendorong rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat. Program berlandaskan sains ini memberi ganjaran kepada ahli dengan manfaat berkaitan kesejahteraan dan diskaun untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan.
Dengan tenaga agensi lebih 14,000 Perancang Hayat di Malaysia, AIA terus melahirkan lebih ramai ahli Million Dollar Round Table (MDRT) yang merupakan piawaian diiktiraf antarabangsa bagi kecemerlangan ejen insurans. Buat masa ini AIA mempunyai ejen layak MDRT yang terbesar di dunia dan di Malaysia.
–TAMAT–
Mengenai AIA Bhd.
AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.
Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans nyawa pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta satu pasukan cukup terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 November 2017, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikat (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di rantau Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Cambodia, dan mempunyai pegangan anak syarikat sebanyak 97 peratus di Sri Lanka dan satu usaha sama dengan pegangan anak syarikat sebanyak 49 peratus di India serta pejabat perwakilan di Myanmar.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans nyawa dan memegang kedudukan utama pada sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai $216 bilion dolar Amerika pada 30 November 2017.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans nyawa, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan faedah pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui suatu rangkaian luas terdiri daripada ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 30 juta polisi individu dan lebih 16 juta anggota penyertaan skim insurans kumpulan.
Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).