Kuala Lumpur, 30 June 2018 – Dengan matlamat untuk menggalakkan cara hidup yang sihat, AIA Bhd. (AIA) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan Laman Cergas AIA Vitality pertama – sebuah gimnasium luar yang direka khas di Taman Metropolitan Kepong, dengan matlamat untuk menggalakkan rakyat Malaysia kekal lebih cergas dan menjauhi gaya hidup tidak aktif.
Dalam tinjau selidik yang dilakukan baru-baru ini, Malaysia didapati merupakan antara negara yang paling kurang aktif dari segi fizikal di dunia, dengan lebih 60% daripada penduduk dewasa berpuas hati dengan cara hidup yang terikat oleh tuntutan kerja mereka di pejabat tanpa niat untuk bersenam. Seramai 54% daripada rakyat Malaysia juga berkata amalan bersenam terlalu membebankan, manakala 78% berkata rutin senaman memerlukan banyak masa.
Faktor-faktor ini semakin ketara selaras dengan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan2juga menyatakan bahawa dalam tempoh 30 tahun lepas, kadar kegiatan fizikal dalam kalangan rakyat Malaysia telah berkurangan, dengan bilangan Diabetes Jenis 2 meningkat empat kali ganda dan kadar kegemukan juga melonjak sebanyak 280%.
Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Anusha Thavarajah berkata: “Dalam tempoh sedekad lepas, kita telah melihat peningkatan kadar diabetes dan kegemukan yang membimbangkan di negara ini, mendorong misi kami untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia menjalankan gaya hidup yang lebih sihat. Matlamat utama kami dengan pelancaran Laman Cergas AIA Vitality hari ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia membulatkan tekad mereka mengamalkan kehidupan sihat menerusi aktiviti fizikal, bermula dengan komuniti di Taman Metropolitan Kepong. Dalam jangka panjang, kami berharap untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk ambil tindakan, mula menggerakkan otot badan dan menjadi lebih sihat.”
Menurut Indeks Kehidupan Sihat AIA 2018, tahap kepuasan seluruh rakyat Malaysia terhadap kesihatan telah meningkat daripada 79% pada 2016, kepada 82% pada 2018. Peningkatan ini hakikatnya menandakan bahawa rakyat Malaysia mahu melakukan sesuatu yang bermanfaat, dan semakin menitikberatkan soal kesihatan, kerana Indeks Kehidupan Sihat AIA juga mendapati bahawa mereka menghabiskan sekurang-kurangnya 3.5 jam seminggu untuk bersenam, berbanding 2.6 jam dua tahun lepas.
Kajian ini juga mendapati bahawa lebih separuh daripada responden Malaysia berhenti bersenam apabila mereka merasakan senaman menjadi terlalu membebankan. Seramai 78% daripada penduduk Malaysia berkata salah satu daripada halangan paling besar untuk mengekalkan gaya hidup sihat adalah mencari masa untuk bersenam.
Laman Cergas AIA Vitality dibina berlandaskan niat untuk memudahkan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang lebih sihat dan sejahtera, dan menawarkan penyelesaian untuk menangani kekangan seperti masa dan kemudahan yang disediakan. AIA telah berganding bahu dengan Fitness First untuk memilih mesin senaman bagi latihan litar yang menggerakkan seluruh badan dan dicipta khas untuk semua peringkat kecergasan, menjadikannya amat sesuai bagi orang ramai. Setiap mesin dilengkapi dengan kod QR, yang menghubungkan pengguna terus kepada video tentang cara untuk menggunakan mesin dengan betul.
Taman Metropolitan Kepong seluas 95 hektar dikunjungi oleh individu dari segenap lapisan masyarakat, termasuk kaki sukan, seisi keluarga dan juga penunggang basikal. Dengan menyediakan kemudahan Laman Cergas AIA Vitality di taman, bermakna pengunjung mempunyai ruang tambahan untuk senaman yang menggerakkan seluruh badan.
“Kami melancarkan AIA Vitality pada 2016 sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan program insurans dan kesihatan yang unik. Menerusi program ini, kami mahu memperkasakan rakyat Malaysia untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka dengan memberikan sokongan aktif dan ganjaran kerana membuat pilihan yang lebih sihat. Laman Cergas AIA Vitality meluaskan misi kami dengan menyediakan persekitaran yang mudah, lengkap dan selamat untuk orang ramai. Sesungguhnya keputusan untuk memulakan projek ini sememangnya satu tindakan yang tepat,” sambung Anusha.
Bertapak di Malaysia sejak 1948, AIA terus menjadi salah sebuah syarikat insurans terkemuka yang menyediakan penyelesaian Insurans Hayat, Kesihatan, Takaful dan Insurans Am kepada pelanggannya. Dalam usahanya mengikuti perkembangan semasa dan memahami keperluan pelanggan yang semakin berubah, AIA mencabar dirinya untuk melangkah lebih jauh menjangkaui peranan syarikat insurans yang lazim untuk menjadi penggerak yang mempengaruhi kesihatan insan.
“Sambil AIA melestarikan warisannya yang sudah menjangkau 70 tahun di Malaysia tahun ini, kami mengimbas kembali perjalanan yang panjang dan penuh manfaat yang telah memberi peluang kepada kami untuk menjadi sebahagian penting daripada kehidupan rakyat Malaysia. Kami berbangga kerana dapat terus berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat dalam tempoh tujuh dekad lepas. Namun begitu, kami terus beriltizam untuk membantu rakyat Malaysia lebih sihat, lebih berpanjangan dan lebih hebat menerusi inisiatif perhubungan yang menggalakkan gaya hidup sihat dan menyeluruh demi masa depan,” rumus Anusha.
1 Cai Lian T, Bonn G, Si Han Y, Chin Choo Y, Chee Piau W (2016) Physical Activity and Its Correlates among Adults in Malaysia: A Cross-Sectional Descriptive Study. PLoS ONE 11(6): e0157730. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0157730
2 Institute for Public Health, Ministry of Health (Malaysia), National Institutes of Health (NIH). Malaysia National Health and Morbidity Survey 2016
–TAMAT–
Mengenai AIA Bhd.
AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.
Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans nyawa pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta satu pasukan cukup terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 November 2017, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikat (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di rantau Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Cambodia, dan mempunyai pegangan anak syarikat sebanyak 97 peratus di Sri Lanka dan satu usaha sama dengan pegangan anak syarikat sebanyak 49 peratus di India serta pejabat perwakilan di Myanmar.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans nyawa dan memegang kedudukan utama pada sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai $216 bilion dolar Amerika pada 30 November 2017.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans nyawa, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan faedah pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui suatu rangkaian luas terdiri daripada ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 30 juta polisi individu dan lebih 16 juta anggota penyertaan skim insurans kumpulan.
Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).