Kuala Lumpur, 1 Jun 2022 – Statistik terkini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghadapi pelbagai ketidaktentuan kewangan sejak tercetusnya pandemik. Menurut Bank Negara Malaysia, hanya 76 peratus isi rumah di negara ini mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung sara hidup selama tiga bulan[1]. Pada masa sama, hutang isi rumah di Malaysia telah meningkat kepada hampir RM1.38 trilion antara 2018 hingga 2021 –situasi yang semakin memburuk disebabkan peningkatan kos sara hidup[2]. Secara keseluruhan, rakyat Malaysia kini mempunyai lebih banyak hutang dan terpaksa mengeluarkan dana persaraan sehingga menyukarkan mereka merancang atau menyimpan untuk masa depan.
Menyedari bahawa perlindungan kewangan sama pentingnya dengan perlindungan kesihatan untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik, AIA Malaysia hari ini melancarkan ekosistem Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh (Total Wealth Solution) untuk membantu rakyat Malaysia Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Ekosistem Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh direka bagi menyokong rakyat Malaysia disetiap peringkat kehidupan, melalui teras Rancang Sebaiknya (Plan Well), Hidup Sebaiknya (Live Well) dan Lindungi Sebaiknya (Protect Well). Ini bertujuan memperkasa mereka untuk menerapkan tabiat kewangan yang sihat dan melakukan pelaburan kewangan yang bijak bagi memenuhi matlamat simpanan jangka panjang mereka. Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh yang baru dilancarkan ini direka bagi melengkapi proposisi Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh syarikat berkenaan yang telah dilancarkan pada April 2021.
“Tidak dinafikan pandemik ini telah banyak mengubah persepsi kita terhadap kesihatan dan kekayaan dan kami percaya kedua-dua perkara ini sama pentingnya demi kehidupan yang baik dan berkualiti. Dengan memahami bagaimana keperluan utama rakyat Malaysia telah berubah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah mencipta sebuah ekosistem hujung ke hujung yang dapat menyokong setiap aspek kehidupan pelanggan kami,” jelas Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd.
“Melalui Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh, kami ingin membantu para pelanggan untuk Rancang Sebaiknya dengan alat dan penyelesaian perancangan kewangan yang direka khusus bagi membantu mereka mencapai masa depan yang lebih stabil. Disebabkan kesihatan adalah kekayaan, kami mahukan pelanggan kami Hidup Sebaiknya melalui program kesihatan unik kami iaitu AIA Vitality, yang mana mereka akan disokong dengan alat, pengetahuan dan motivasi yang betul untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Akhir sekali, pelanggan boleh Lindungi Sebaiknya menerusi pelan simpanan komprehensif kami yang disepadukan dengan kepakaran perkhidmatan Pengurusan Pelaburan AIA,” tambah Ben.
Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh mempunyai rangkaian produk insurans dan takaful yang meluas yang direka bagi memenuhi pelbagai keperluan kewangan termasuk tawaran pelan kekayaan terbaharu yang memberi tumpuan terhadap perancangan masa depan kanak-kanak. A-Life Wealth Treasure merupakan pelan insurans berkaitan pelaburan komprehensif yang memastikan para ibu bapa mempunyai simpanan jangka panjang yang diperlukan sebagai persediaan untuk masa depan anak-anak mereka.
A-Life Wealth Treasure melindungi kanak-kanak daripada hilang upaya menyeluruh dan kekal dan kematian dengan perlindungan minimum sebanyak RM200,000 yang secara automatik akan meningkat dua kali ganda apabila kanak-kanak tersebut berumur 25 tahun. Pelan ini turut didatangkan dengan manfaat kematian akibat kemalangan untuk ibu bapa serta menawarkan ganjaran kepada ibu bapa apabila mereka membuat simpanan awal untuk anak mereka. Ia juga merupakan pelan fleksibel yang memberi pilihan kepada ibu bapa untuk mengeluarkan atau menambah amaun pelaburan berdasarkan keperluan mereka.
Selain itu, sebagai sebahagian daripada inisiatif Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh dan usaha syarikat berkenaan untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia, AIA telah memperkenalkan WOW-LAO BRO. Personaliti yang bersahaja dan lucu ini ditampilkan bagi membantu rakyat Malaysia menerapkan tabiat kewangan yang lebih sihat melalui beberapa inisiatif digital yang mengetengahkan tip kewangan harian yang mudah dan ringkas.
“Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dapat dilihat bahawa negara kita telah memasuki fasa peralihan ke endemik dengan baiknya dan dalam pada kita mula menjalankan kehidupan normal, kita boleh membina semula masa depan dengan lebih yakin. Dengan Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh, AIA akan menjadi rakan yang komited dalam memperkasa rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk memulakan perjalanan mereka ke arah kestabilan kewangan,” kata Ben.
Untuk maklumat lanjut mengenai Penyelesaian Kekayaan Menyeluruh dan pelan A-Life Wealth Treasure dari AIA Malaysia, layari www.aia.com.my/en/total-wealth-solution.html
[1] High debt, low pay, The Star Online, 2 April 2022
[2] High debt, low pay, The Star Online, 2 April 2022
–TAMAT–
Mengenai AIA Malaysia
AIA Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 72 tahun.
Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.
Menerusi rangkaian pusat perkhidmatan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 21,500 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 4.3 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $340 bilion Dolar Amerika pada 31 Disember 2021.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 39 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.
AIA Group Limited disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).