Jom! Ceria Bersama Vitality
AIA Malaysia telah mengembangkan program kesihatan dan kesejahteraan komuniti - Jom! Ceria Bersama Vitality bersama penduduk PPR Seri Pantai. Program ini diadakan supaya komuniti teruja dan terlibat dalam mengambil berat tentang kesihatan fizikal dan mental mereka selaras dengan komitmen kami untuk menggalakkan lebih ramai rakyat hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Lebih 200 orang penduduk dan 28 orang sukarelawan AIA terlibat dalam aktiviti menyeronokkan seperti Zumba, permainan sukaneka sementara kanak-kanak pula dapat menunjukkan kreativiti mereka melalui pertandingan mewarna. Penduduk juga berpeluang membeli sayur-sayuran dan buah-buahan segar daripada Pasar Grub, serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh doktor perubatan daripada Malaysian Relief Agency.