Kuala Lumpur, 20 Mei 2021 – Bangkit dari situasi mencabar pada tahun 2020 dan menghadapi permulaan tahun 2021 dengan penuh waspada dan berhati-hati telah menyebabkan ramai individu terus mengutamakan keperluan kesihatan ketika musim pandemik ini. Menyedari akan kebimbangan yang semakin meningkat, AIA Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pembaharuan kepada ekosistem kesihatan dan kesejahteraannya - memperkukuhkan lagi usaha syarikat menyokong rakyat Malaysia dalam perjalanan kesihatan mereka disamping membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.
Dengan ekosistem yang diperbaharui dan difokuskan semula – Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution) - dibina berdasarkan asas tiga tunggak utama: Hidup Sebaiknya (Live Well), Lindungi Sebaiknya (Protect Well) dan Pulih Sebaiknya (Get Well). Secara kolektifnya, ia memperlihatkan kedalaman dan keluasan ekosistem kesihatan dan kesejahteraan komprehensif yang tersedia buat pelanggan, selari dengan janji syarikat insurans dan takaful berkenaan untuk sentiasa berada di sisi pelanggan bukan hanya untuk ‘sehari’ atau ‘sekiranya berlaku sesuatu’ namun sebaliknya pada ‘setiap hari’.
Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: “Cabaran kesihatan yang tidak diduga dan sukar diramal yang dihadapi pada tahun lalu mengukuhkan lagi keperluan untuk menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang lebih komprehensif dan berinovatif serta melangkaui konsep perlindungan tradisional.
"Sejak bermulanya pandemik, kita melihat lebih ramai rakyat Malaysia mahukan lebih manfaat dari pelan insurans dan takaful mereka. Mereka menghargai sokongan dan panduan menyeluruh mengenai langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik, dan pada masa yang sama mendapat ganjaran kerana membuat pilihan yang lebih sihat. Memahami perkara ini, pengenalan Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh kami adalah berdasarkan konsep nilai bersama, di mana kami telah mencipta perkongsian simbiotik perkhidmatan dan produk yang akan mengiringi perjalanan kesihatan pelanggan kami.
“Tunggak pertama iaitu Hidup Sebaiknya adalah program kesihatan kami – AIA Vitality – yang menyokong pelanggan kami untuk menjadi lebih sihat. Tunggak kedua; Lindungi Sebaiknya merangkumi penyelesaian produk komprehensif dan inovatif yang memberikan tawaran yang lebih baik dan manfaat insurans atau faedah takaful tambahan kepada pelanggan jika mereka kekal sihat dengan AIA Vitality. Tunggak terakhir adalah Pulih Sebaiknya yang mempamerkan perbezaan perkhidmatan penjagaan kesihatan kami yang berperanan menyokong perjalanan rawatan dan pemulihan pelanggan kami.”
AIA juga turut mengumumkan satu siri penambahbaikan dan perkongsian strategik baru untuk melengkapkan pelancaran Penyelesaian Kesihatan Menyeluruhnya:
1. HIDUP SEBAIKNYA dengan AIA Vitality
- Dilancarkan pada tahun 2016, AIA Vitality adalah sebuah program kesihatan unik AIA yang memotivasikan ahlinya untuk membuat pilihan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian mereka.
- Bermula dengan penjejakan kecergasan, diskaun makanan sihat dan kemudiannya, penjejak tidur, program ini menawarkan ilmu pengetahuan, alat dan motivasi kepada ahlinya bagi menggalakkan perubahan tingkah laku positif berjangka panjang untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Ia dikuasakan oleh platform digital interaktif dan inovatif AIA, iaitu aplikasi My AIA.
- Berkuat kuasa 1 April 2021, AIA Vitality telah memperkenalkan ciri pengesanan makanan baru ke dalam aplikasi My AIA yang membolehkan ahli merekodkan pengambilan makanan harian mereka dan menerima skor yang berdasarkan AI untuk setiap hidangan mereka. Para ahli juga akan menerima maklum balas segera mengenai pilihan makanan dan petua bagaimana untuk memperbaiki diet mereka. Dikuasakan oleh syarikat sains data dan kesihatan digital Holmusk, ahli juga dapat menikmati kandungan dan pengisian berguna tentang pemakanan sihat dan nutrient.
2. LINDUNGI SEBAIKNYA dengan penyelesaian produk yang komprehensif dan inovatif
- Walaupun AIA dikenali dengan pilihan insurans dan penyelesaian takaful yang meluas yang direka bagi melindungi rakyat Malaysia di pelbagai peringkat kehidupan, AIA memahami keperluan untuk terus berinovasi mengikut peredaran masa dan permintaan pengguna.
- Baru-baru ini AIA telah memperkembangkan portfolio perubatannya yang kini menawarkan pelan A-Plus Health Guard. Pelan ini membolehkan pekerja bergaji meningkatkan perlindungan perubatan mereka sebagai tambahan kepada perlindungan yang disediakan oleh majikan/syarikat mereka melalui AIA.
- Ia juga telah melancarkan pelan Penyakit Kritikal baru yang memenuhi keperluan pelanggan konvensional dan takaful yang menawarkan perlindungan terhadap 180 keadaan penyakit kritikal.
- Selain itu, kebanyakan pelan perubatan dan penyakit kritikal terkini AIA menawarkan perlindungan terhadap penyakit berkaitan pandemik dan caj rawatan hospital, termasuk rawatan untuk komplikasi atau kesan sampingan yang memerlukan kemasukan ke hospital setelah mengambil vaksin COVID-19 yang diluluskan.
3. PULIH SEBAIKNYA dengan perkhidmatan kesihatan yang berbeza
- Komitmen AIA untuk berada di sisi pelanggan yang sedang memerangi penyakit serius sepanjang proses rawatan dan pemulihan mereka diperkukuhkan lagi dengan kerjasama berterusannya dengan Medix, sebuah syarikat yang pakar dalam perkhidmatan pengurusan perubatan global yang berkualiti. Perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) dari Medix memastikan bahawa pelanggan mendapat nasihat perubatan peribadi mengenai rancangan rawatan terbaik untuk penyakit mereka, dari peringkat diagnosis hingga pemulihan.
- Selain daripada Medix, AIA juga teruja untuk memperkenalkan kerjasama terbarunya bersama DOC2US, penyedia telemedik kesihatan, yang mendorong usaha AIA dalam perkhidmatan kesihatan digital. Bermula dari 8 April 2021, pelanggan individu dan korporat AIA dapat menggunakan perkhidmatan dari DOC2US seperti rundingan dalam talian dengan pakar kesihatan, preskripsi ubat (e-Preskripsi) dan penghantaran ubat ke rumah, dengan harga istimewa. Perkhidmatan ini tersedia melalui aplikasi My AIA.
“Penambahbaikan dan kerjasama baru ini memperkuatkan lagi komitmen kami untuk menyediakan Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh kepada semua pelanggan AIA. Walaupun secara amnya, syarikat insurans dan takaful cenderung dalam memberi tumpuan untuk melindungi pelanggan, kami di AIA sentiasa mencabar diri untuk terus menawarkan perkhidmatan yang bukan hanya sekadar perlindungan semata-mata. Perjalanan kesihatan setiap individu adalah berbeza dan kami percaya sepenuhnya bahawa janji untuk Hidup Sebaiknya, Lindungi Sebaiknya dan Pulih Sebaiknya yang dipegang meletakkan kami di landasan yang betul bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna dalam keadaan norma baru,” kata Ben.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran serta perkhidmatan terbaru ini, sila layari www.aia.com.my
–TAMAT–
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $326 bilion dolar Amerika pada 31 Disember 2020.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 38 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.
AIA Group Limited disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).
Mengenai AIA Vitality
AIA Vitality merupakan satu-satunya program kesejahteraan menyeluruh berasaskan sains yang pertama di Asia. Program ini menyediakan pengetahuan, alat dan motivasi kepada ahli-ahlinya untuk membantu mereka melaksanakan langkah-langkah yang boleh dicapai bagi memenuhi matlamat kesihatan dan perubahan tingkah laku positif secara jangka panjang ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Ahli AIA Vitality diberi insentif untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan mereka pelbagai faedah termasuk manfaat insurans dan perlindungan tambahan kepada pelan insurans dan pelan takaful yang terpilih serta menikmati diskaun daripada rakan AIA Vitality.
Ketahui lebih lanjut tentang AIA Vitality di www.aiavitality.com.my