AIA General Berhad

Kami menyediakan pelbagai penyelesaian insurans am untuk membantu anda menghadapi keadaan tak diduga.

AIA General Berhad adalah sebahagian daripada AIA Bhd., sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia.  Sejak pelesenan rasmi insurans amnya pada 1 Julai 2018, AIA General Berhad telah membuktikan keupayaannya dalam menawarkan perlindungan insurans Kemalangan Diri, Motor serta penyelesaian Insurans Komersial yang bertaraf tinggi kepada lebih dua (2) juta pelanggan di seluruh negara. 

Produk-produk kami diedarkan melalui rangkaian Perancang Hayat AIA, rakan-rakan bank, wakil tele-jualan, pasukan jualan korporat, cawangan di seluruh negara dan secara dalam talian. Diterajui inovasi yang dipacu data, kami sentiasa menambahbaik produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan para pelanggan pada masa kini dan masa hadapan.