Jika anda berada di negara China, Penyata Privasi Tambahan AIA Malaysia juga berkenaan dengan anda.
Kepercayaan dan keyakinan yang diberikan untuk menjaga informasi dengan berhemah adalah salah satu asset penting bagi AIA Group Limited dan/atau subsidiri di bawahnya (“AIA Group”). Pelanggan dan bakal pelanggan berharap agar kami dapat menjaga informasi mereka dengan betul, melindungi daripada sebarang manipulasi dan kesalahan, mencegah dari kecurian dan bebas dari pendedahan yang tidak terjangka. Kami menjaga keselamatan data pelanggan dan bakal pelanggan dengan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan penjagaan data dan memastikan kakitangan kami mematuhi standard keselamatan yang ketat.
Kenyataan ini memberi anda notis tentang bagaimana dan mengapa data peribadi dikumpulkan, tujuan penggunaan, kepada siapa data peribadi boleh dipindahkan, bagaimana untuk mengakses, memeriksa dan meminda data peribadi, dan dasar pemasaran langsung serta penggunaan kuki. Pesetujuan ke atas tatacara dan dasar berkaitan penyata ini mungkin diminta apabila anda mengakses, atau berinteraksi dengan kami melalui laman web ini. Sebaliknya, dengan menggunakan laman web kami, anda menerima tatacara dan dasar yang ditetapkan di dalam pernyataan privasi ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang tatacara dan dasar dalam penyata ini, sila elakan dari memeberi maklumat peribadi anda kepada AIA Malaysia melalui laman web ini.
Laman web ini bertujuan untuk memberi maklumat umum sahaja. Walaupun kami berusaha sewajarnya untuk memastikan ketepatan maklumat di laman web ini, AIA Malaysia tidak menjamin ketepatan mutlaknya atau menerima apa-apa liabiliti untuk apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh sebarang ketidaktepatan atau peninggalan. Tiada maklumat yang terkandung di laman web ini boleh disalin, kecuali untuk kegunaan peribadi, atau diagihkan semula, tanpa izin terlebih dahulu dari AIA Malaysia.
AIA Malaysia memperakui tanggungjawabnya berhubung dengan pengumpulan, pemegangan, pemprosesan atau penggunaan data peribadi. Peruntukkan untuk data peribadi anda adalah sukarela. Anda boleh memilih untuk tidak memberikan kami data yang diminta, tetapi kegagalan berbuat demikian boleh menghalang keupayaan kami untuk memberikan maklumat dan perkhidmatan kepada anda atau menjawab pertanyaan anda. AIA Malaysia tidak akan mengumpulkan apa-apa maklumat mengenai anda secara peribadi melalui laman web ini kecuali dan sehingga anda menggunakan dan melayari laman web, membeli produk atau menggunakan perkhidmatan, mendaftar sebagai ahli, berinteraksi dengan kami, mendaftar untuk menerima berita mengenai produk dan perkhidmatan, atau sebaliknya berkomunikasi dengan kami (termasuk meminta sokongan teknikal).
Laman web dan platform media sosial kami tidak bertujuan untuk pihak lain yang mempunyai bidang kuasa bagi menyekat pengedaran maklumat atau menggunakan laman web atau platform media sosial untuk tujuan yang sedemikian. Jika ini terpakai kepada anda, anda dinasihatkan untuk memahami dan mematuhi sekatan yang berkaitan, dan AIA Malaysia tidak menerima liabiliti dalam hal ini.