Syarikat insurans am menjangkau segmen pelanggan baharu menggunakan platform dalam talian dan melengkapkan rangkaian agensi utamanya
Kuala Lumpur, 9 Disember 2020 – AIA General Berhad (anak syarikat AIA Bhd.) hari ini mengumumkan inisiatif baru yang akan membawa penyedia insurans am tersebut ke ruang pendigitalan dan membolehkannya memenuhi keperluan segmen pelanggan baru iaitu pelanggan digital. Ini akan meletakkan AIA General Berhad di barisan hadapan insurans digital di Malaysia sebagai sebahagian usaha untuk meluaskan tawaran produknya dan pada masa yang sama berinteraksi dengan para pelanggan dengan cara yang baru dan dinamik.
Pelan insurans digital pertama yang dilancarkan di bawah inisiatif baru tersebut adalah AIA Online Shield – sebuah pelan kemalangan peribadi mampu milik yang memberikan perlindungan terhadap kemalangan, COVID-19 serta demam denggi. Pelan yang direka bersesuaian dengan keadaan semasa ini menawarkan fleksibiliti kepada para pelanggan untuk memilih manfaat dan tempoh perlindungan yang diinginkan dan memberikan pampasan sehingga RM50,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan, serta sehingga RM12,000 untuk kematian akibat COVID-19 dan demam denggi.
Proses perjalanan pelanggan dari peringkat pembelian sehingga tuntutan kini dipermudahkan dan akan dijalankan sepenuhnya secara digital, memperkasakan usaha syarikat untuk menjadikan perlindungan insurans lebih mudah diakses dan mampu dimiliki. AIA Online Shield akan dilancarkan di platform membeli-belah dalam talian terkemuka di Malaysia, Shopee bersempena dengan kempen jualan 12.12 yang akan datang.
Berikutan laporan yang menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai peratusan jumlah pengguna digital terbesar di Asia Tenggara1, inisiatif ini merupakan langkah seterusnya yang besar dalam misi AIA General Berhad untuk memperluaskan saluran pengedaran digitalnya serta menangani keperluan pelanggan dari kalangan generasi muda yang kebanyakannya membuat pembelian secara dalam talian.
Mengulas lebih lanjut tentang pencapaian AIA General Berhad dalam ekosistem insurans am digital, Eric Chang, Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata: "Dunia kini pesat berkembang dan menjadi semakin digital – mendorong transformasi pada kadar yang sangat pantas. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mencari kaedah baru dalam menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan serta memenuhi keperluan perlindungan mereka yang sentiasa berubah dengan membolehkan pembelian perlindungan insurans menggunakan kaedah pilihan mereka sendiri, termasuk secara dalam talian. Kami juga telah mengenal pasti bagaimana peningkatan penggunaan perkhidmatan digital telah mendedahkan pelanggan kepada risiko baru yang jarang ditangani, dan sasaran kami adalah untuk memperkenalkan produk baru dan berinovatif bagi memenuhi keperluan tersebut."
Untuk menjadikan produk ini satu kenyataan, AIA General Berhad bekerjasama dengan ZA Tech Global Limited – memanfaatkan keupayaan perisian dan teknologinya yang terkemuka di pasaran untuk mencipta dan menawarkan produk insurans am yang mudah tetapi khusus menerusi platform-platform digital yang efisien. Kerjasama ini bakal merealisasikan impian AIA dalam menyediakan perlindungan khusus berdasarkan gaya hidup pelanggan.
Eric menambah: “AIA Online Shield menandakan permulaan perjalanan transformasi digital AIA General Berhad. Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak platform digital di Malaysia untuk membawa produk-produk inovatif baru ke pasaran yang akan membantu para pengguna Malaysia serta keluarga mereka Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna dalam dunia digital yang semakin berkembang ini.”
Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., turut menyuarakan pendapat yang sama: "Kami sangat teruja dengan prospek luar biasa yang dibawakan oleh inisiatif insurans digital kami yang berpotensi untuk memenuhi keperluan pelanggan baru yang berubah dari masa ke semasa melalui lebih daripada 16,000 tenaga agensi kami yang sentiasa bersedia memberikan nasihat dan panduan perancangan kewangan yang baik serta pelan insurans dan takaful yang menyediakan perlindungan menyeluruh."
AIA General Berhad mula beroperasi untuk menyediakan tawaran insurans am pada tahun 2018. Dengan komitmennya untuk memberikan nafas baru dalam interaksi bersama pelanggan, AIA General Berhad menawarkan pelbagai pelan perlindungan insurans am termasuk motor, kemalangan diri dan juga penyelesaian insurans rumah.
Untuk maklumat lanjut mengenai AIA General Berhad dan AIA Online Shield, layari www.aia.com.my.
–TAMAT–
Mengenai AIA General Berhad
AIA General Berhad adalah sebahagian daripada AIA Bhd., sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia yang telah memulakan operasi selepas memperoleh lesen insurans am pada 1 Julai 2018. Ia menawarkan perlindungan motor, kemalangan diri dan penyelesaian insurans komersial kepada hampir setengah juta rakyat Malaysia. Produk-produk diedarkan melalui rangkaian luas jaringan Perancang Hayat AIA, rakan-rakan bank, wakil tele-jualan, cawangan di seluruh negara, dan tidak lama lagi secara dalam talian. Diteraju oleh inovasi berasaskan data, AIA General Berhad sentiasa menambahbaik produk dan mempertingkatkan perkhidmatannya untuk memenuhi permintaan para pelanggan yang pelbagai, kini dan pada masa akan datang.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, New Zealand, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $291 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2020.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 36 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.
Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).