Di AIA, kami berpegang kepada standad integriti dan etika yang tinggi di dalam setiap apa yang kami lakukan. Kami menjaga kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan dan mempertahankan serta meningkatkan asas untuk mencapai kecemerlangan dan kelangsungan yang berterusan.
"Tatakelakuan" menyediakan panduan yang jelas tentang cara mengendalikan urusan perniagaan sepanjang masa dan ianya terpakai untuk semua pekerja AIA. Rakan niaga, agen, kontraktor, subkontraktor, pembekal, rakan pengedar, dan lain-lain pihak yang bertindak bagi pihak AIA adalah dikehendaki menggunapakai standad yang sama dan mematuhi praktis yang bertanggungjawab sebagaimana diamalkan oleh pekerja kami.