pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

Gary Hoo Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif AIA General Berhad

28 Disember 2021 dot Bacaan 7 min

Kuala Lumpur, 28 Disember 2021 – AIA General Berhad, sebuah anak syarikat AIA Bhd., hari ini mengumumkan pelantikan Gary Hoo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya berkuatkuasa 15 Disember 2021. Gary menggantikan Eric Chang yang memegang jawatan baharu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Platform Digital di AIA Group.

Gary bertanggungjawab mengukuhkan lagi kedudukan syarikat tersebut dalam arena insurans am dengan kepimpinan strategik dan menyelia pelaksanaan operasi harian serta memastikan pertumbuhan yang berterusan dan kemampanan syarikat tersebut. Ini turut merangkumi usaha transformasi digital terbaharu AIA General Berhad yang telah membawa kepada beberapa perjanjian kerjasama dan pengenalan pelbagai penyelesaian insurans digital baharu.

Sebelum pelantikan ini, Gary merupakan Ketua Perniagaan Konvensional dan Aktuari Dilantik, AIA General Berhad. Sepanjang tempoh perkhidmatannya selama empat tahun setengah, beliau telah meraih pelbagai pencapaian di syarikat tersebut, termasuklah mengetuai pemisahan pegangan lesen dan pembentukan AIA General Berhad sebagai sebuah entiti baharu dalam kumpulan syarikat AIA Malaysia pada tahun 2018 serta melancarkan produk-produk insurans utama (flagship) AIA untuk kemalangan diri, kenderaan dan kebakaran.

Gary berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang aktuari, menjangkau spektrum penuh rekaan dan penentuan harga produk, penilaian serta nasihat dan rundingan insurans am. Beliau juga mempunyai pengalaman pengurusan kanan selama lebih satu dekad, yang juga merangkumi hal berkaitan keuntungan dan kerugian. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan Felow Persatuan Aktuari (FSA) dan Felow Persatuan Aktuari Kasual (FCAS).

 

–TAMAT–


Mengenai AIA General Berhad

AIA General Berhad adalah sebahagian daripada AIA Bhd., peneraju utama syarikat insurans di Malaysia.  Kami telah memulakan operasi selepas memperoleh lesen insurans am pada 1 Julai 2018. Kami menawarkan perlindungan motor, kemalangan diri dan penyelesaian insurans komersial kepada hampir setengah juta rakyat Malaysia. Produk-produk kami diedarkan melalui rangkaian luas jaringan Perancang Hayat AIA, rakan-rakan bank, wakil tele-jualan, cawangan di seluruh negara, dan secara dalam talian.  Diterajui inovasi yang dipacu data, kami sentiasa menambahbaik produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi permintaan para pelanggan yang pelbagai, kini dan pada masa akan datang.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $326 bilion dolar Amerika pada 31 Disember 2020.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 38 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

AIA Group Limited disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).