pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA Lantik Harry Kane Sebagai Duta AIA

5 Januari 2023 dot Bacaan 2 min
AIA Group teruja memperkenalkan penyerang Tottenham Hotspur dan Kapten pasukan England Harry Kane sebagai dutanya.

Kuala Lumpur, 5 Januari 2023 – AIA Group Limited (“Syarikat”; kod saham: 1299, bersama-sama anak syarikatnya, “AIA” atau “Kumpulan”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Harry Kane, pemain penyerang Tottenham Hotspur dan kapten pasukan England, sebagai Duta AIA. Pelantikan Harry sebagai Duta syarikat adalah hasil kerjasama antara beliau dengan AIA melalui Tottenham Hotspur selama 10 tahun.

AIA dan Harry berkongsi matlamat yang sama untuk menangani kesihatan mental dan daya tahan. AIA akan bekerjasama dengan Yayasan Harry Kane (HKF) untuk memperjuangkan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan mental melalui perkongsian tersebut. Kempen ini akan dimulakan dengan sebuah animasi yang dihasilkan sendiri oleh Harry bertajuk Harry Kane: Resilience yang bertujuan mempromosikan kepentingan pemikiran positif, kepercayaan diri serta mendapatkan sokongan daripada orang lain.

Stuart A. Spencer, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan AIA, berkata, “Kami teruja mengalu-alukan pelantikan Harry Kane sebagai Duta AIA dan mengukuhkan lagi perkongsian kami dengan Tottenham Hotspur. AIA komited mempercepatkan sebuah gerakan ke seluruh Asia untuk mencapai penglibatan satu bilion individu untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna menjelang 2030. Pengikut dan pengaruh Harry yang besar akan membantu memberi inspirasi dan mendidik komuniti di seluruh rantau ini.”

Harry Kane berkata, “Saya berbesar hati dilantik sebagai seorang Duta AIA. Saya percaya pada nilai mengekalkan gaya hidup sihat dan merasakan adalah penting bagi saya menggunakan kedudukan dan pengaruh saya untuk menggalakkan orang ramai menjaga kesihatan mental mereka. Saya amat teruja bekerjasama dengan AIA dan menyokong usaha Syarikat untuk meningkatkan tahap kesihatan komuniti di seluruh Asia.”

AIA merupakan Rakan Kongsi Utama Global Kelab Bola Sepak Tottenham Hotspur sejak 2013. Perkongsian itu telah menjadi sebuah platform bagi mengukuhkan lagi penglibatan dengan komuniti AIA di seluruh rantau Asia. Di samping itu, klinik-klinik bola sepak popularnya juga telah memberi manfaat kepada 80,000 kanak-kanak.

Harry menyertai rangkaian duta AIA tempatan, pemimpin pemikiran (thought leader), pakar bidang (subject matter expert) dan pelaksana perubahan (change maker) merentasi 18 pasaran di mana AIA beroperasi, termasuk Datuk Nicol David yang merupakan Duta AIA Malaysia.

–TAMAT–


Mengenai AIA Malaysia

AIA Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 72 tahun. 

Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Menerusi rangkaian pusat perkhidmatan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 20,500 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 4.7 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $302 bilion Dolar Amerika pada 30 Jun 2022.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 40 juta pemegang polisi individu dan lebih 17 juta ahli skim insurans berkelompok.

AIA Group Limited disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

Mengenai Yayasan Harry Kane (HKF)

Harry melancarkan Yayasan Harry Kane pada Hari Kesihatan Mental Sedunia, 10 Oktober 2022, dengan matlamat jangka panjang untuk membantu mengubah pemikiran generasi masa kini dan akan datang tentang kesihatan mental. Ia menjadi permulaan perjalanan Harry untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kesihatan mental dan bekerjasama dengan pasukan pakar, organisasi amal dan rakan kongsi strategik bagi mempromosikan tabiat positif yang menyokong kesihatan mental, menangani stigma dan menyediakan sokongan praktikal.

HKF bertujuan untuk membantu menormalkan perbincangan mengenai kesihatan mental, menggalakkan tabiat positif yang menyokong kesihatan mental dan menangani stigma.

HKF akan mengumpul dana melalui sumbangan peribadi Harry, perkongsian strategik, derma peribadi dan melalui aktiviti dan acara pengumpulan dana.

100% daripada derma awam akan disalurkan kepada badan amal, projek transformasi dan penyelidikan penting berkaitan kesihatan mental yang disokong oleh HKF.

HKF ialah dana terhad yang didaftarkan di bawah naungan Prism The Gift Fund, nombor amal: 1099682.