pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA Melabur dalam Generasi Pemimpin Agensi Akan Datang Menerusi Program Elite Premier Leaders

22 Januari 2020 dot Bacaan 7 min
Dari kiri ke kanan: Elmie Aman Najas, Ketua Pegawai Eksekutif, AIA PUBLIC Takaful Bhd., Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Ng Keng Hooi, Ketua Eksekutif Kumpulan dan Presiden AIA Group, Tan Hak Leh, Ketua Eksekutif Serantau AIA Group, Joe Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengedaran Agensi Kumpulan AIA Group dan Leong Chee Soong, Ketua Pegawai Pengedaran Agensi AIA Bhd. melancarkan program Elite Premier Leaders di acara National Business Kick Off 2020 AIA Malaysia yang diadakan pada Januari tahun ini.

Kuala Lumpur, 22 Januari 2020 – Syarikat insurans terkemuka, AIA Bhd. terus berinovasi dalam latihan dan perekrutan tenaga agensi dengan pelancaran program Elite Premier Leaders. Program ini adalah lanjutan daripada ekosistem perekrutan sedia ada yang memberikan latihan berstruktur, latihan individu dan pementoran selama 36 bulan bagi memupuk pemimpin masa hadapan dalam tenaga agensinya.

Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: “Program Elite Premier Leaders ini merupakan bahagian penting dalam usaha kami untuk membangunkan pemimpin agensi yang profesional dan produktif untuk generasi akan datang di AIA. Menerusi program ini, kami ingin meningkatkan lagi kualiti tenaga agensi yang memperibadikan tujuan kami sepenuhnya serta bersedia membantu para pelanggan kami untuk hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.”

Program ini adalah hasil daripada AIA Elite Academy, sebuah program yang pertama seumpamanya yang ditawarkan secara eksklusif kepada Perancang Hayat AIA (ejen) yang layak. Akademi ini menyediakan silibus pembelajaran yang memberikan latihan terbaik dikalangan komuniti yang memupuk semangat bekerjasama, sikap profesionalisme dan kesejahteraan hidup, mempersiapkan mereka dengan peralatan dan teknologi digital terkini, serta melengkapkan mereka dengan kemahiran dan ilmu yang sewajarnya demi mencapai kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing.

Program Elite Premier Leaders yang diperkenalkan ini adalah langkah baru yang membolehkan Perancang Hayat AIA menggalas peranan pemimpin masa hadapan serta membentuk perniagaan yang mampan. Program ini juga turut menawarkan skim pembiayaan yang menggalakkan mereka untuk merekrut, membina dan melatih pasukan Elite mereka sendiri.

 

–TAMAT–


Mengenai AIA Bhd.

AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekukuhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3.9 juta pelanggan kami di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2019, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM54.7 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Kemboja, 97 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Pada April 2019, AIA juga diberikan kelulusan sebagai pemohon pilihan untuk beroperasi di Myanmar menerusi pemilikan 100 peratus anak syarikatnya

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $256 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2019.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 34 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkumpulan.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).