pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA dan Citi Perkukuh Kerjasama Bancassurance dengan Penyelesaian Insurans Digital Terbaru

09 April 2019 dot Bacaan 7 min
Kapsyen foto: (Dari kiri ke kanan) Pengurus Perniagaan Pelanggan Citi Malaysia, Elaine Fan; Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia, Lee Lung Nien; Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Anusha Thavarajah bersama Ketua Pegawai Pengedaran Kerjasama AIA Bhd. Serrina Foo, di majlis pelancaran saluran digital menyeluruh AIA-Citi yang menawarkan pengalaman pembelian insurans dalam talian yang lancar kepada pelanggan.

Kerjasama Institusi Perbankan dengan Syarikat Insurans yang Pertama di Malaysia Melancarkan Saluran Digital Menyeluruh yang Menawarkan Pengalaman Pembelian Insurans dalam Talian yang Lancar kepada Pelanggan Citi

Kuala Lumpur, 9 April 2019 – AIA Bhd. hari ini mengukuhkan jalinan kerjasama dengan Citi Malaysia menerusi pelancaran saluran digital menyeluruh yang menawarkan pemegang kad kredit Citi pengalaman pembelian rangkaian produk insuransnya secara dalam talian yang selamat dan lancar. Inisiatif ini menggabungkan kepakaran digital AIA dan Citi, menggunakan keterhubungan aplikasi pengaturcaraan antara muka (API) Citi yang memberi kemudahan dan manfaat kepada pelanggan. 

Mengulas mengenai usaha sama terbaru AIA bersama Citi, Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata, “Kami gembira kerana mencapai satu lagi kejayaan penting melalui kerjasama bancassurance dengan Citi yang memanfaatkan kepakaran digital dan aset inovatif kami bagi menawarkan penyelesaian pelanggan yang memenuhi keperluan mereka. Kami juga berkongsi matlamat yang sama dengan Citi untuk menjadi rakan sepanjang perjalanan hidup pelanggan, bukan sahaja ketika diperlukan tetapi untuk membantu mereka hidup dengan lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.”

Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia, Lee Lung Nien menambah, “Tawaran dalam talian ini adalah langkah terbaik bagi Citi untuk terus mara ke hadapan kerana kami melihat pendigitalan sebagai evolusi semulajadi perniagaan kami. Perniagaan insurans Citi Malaysia bersedia memacu pertumbuhan dalam segmen digital kerana kajian kami menunjukkan bahawa pelanggan berminat untuk mendapatkan produk perlindungan dan kini, kami menyediakan penyelesaian yang mudah diakses menerusi peranti pilihan mereka.

“Dikuasakan oleh keterhubungan API Citi, pelanggan kami kini boleh mendapatkan perlindungan insurans secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana jua disamping menikmati proses pembelian yang lancar dan mudah. Ini bermakna transaksi dapat dilengkapkan dalam masa beberapa minit dengan hanya beberapa klik, sekali gus memudahkan pelanggan mendapat perlindungan pada hari yang sama,” jelas beliau.

Produk insurans pertama yang ditawarkan di bawah initiatif ini adalah pelan insurans penyakit kritikal (CI) komprehensif AIA, CI Care Plus. Dengan premium bulanan serendah RM 38 dan perlindungan sehingga RM200,000, CI Care Plus melindungi pelanggan Citi daripada 39 jenis penyakit kritikal serta komplikasi yang disebabkan oleh penyakit diabetes sehingga usia 80 tahun.

Pelanggan Citi juga akan menikmati manfaat tambahan seperti menerima 100% amuan perlindungan apabila tempoh polisi matang dan bayaran sekali gus kepada ahli keluarga sekiranya meninggal dunia. Pelan ini juga menyediakan pembayaran pendahuluan bagi angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari. 

“Jelas sekali, semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit dan menghadapi kesukaran untuk menanggung kos jangka panjang untuk merawat penyakit kritikal. Hasil daripada kajian terkini Indeks Kehidupan Sihat AIA mendedahkan bahawa 57% daripada responden di Malaysia menyatakan kebimbangan terhadap kos yang mungkin perlu ditanggung untuk merawat penyakit-penyakit kritikal. Justeru, produk ini diperkenalkan tepat pada masanya untuk membantu menangani kebimbangan tersebut,” tambah Anusha.  

CI Care Plus ditawarkan kepada pemegang kad kredit Citi yang merupakan warganegara atau penduduk tetap Malaysia yang berusia diantara 18 hingga 55 tahun. Pelanggan boleh memilih daripada empat jenis pelan berbeza mengikut keperluan mereka dan menerima perlindungan serta-merta setelah melengkapkan empat langkah pendaftaran yang mudah, tanpa perlu menjawab sebarang soal selidik perubatan atau menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sejak tahun 2014, AIA dan Citi telah menjalin kerjasama bancassurance strategik dan jangka panjang merentasi 11 pasaran termasuk Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Korea, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam. Kerjasama tersebut merangkumi kesemua saluran edaran peruncitan termasuk cawangan, telepemasaran dan dalam talian. AIA Bhd. menawarkan rangkaian penyelesaian insurans yang meliputi kedua-dua produk insurans hayat dan insurans kemalangan peribadi kepada semua pelanggan Citi di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai CI Care Plus, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan AIA di 1 800 38 3464 atau layari www.citibank.com.my.

 

–TAMAT–


Mengenai AIA Bhd.

AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia yang tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang menawarkan perkhidmatan kepada 3.5 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2018, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Kemboja, 97 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Pada April 2019, AIA juga diberikan kelulusan sebagai pemohon pilihan untuk beroperasi di Myanmar menerusi pemilikan 100 peratus anak syarikatnya

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama dalam sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai USD230 bilion pada 31 Disember 2018.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 33 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta peserta skim insurans berkumpulan.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

Mengenai Citi

Citi, the leading global bank, has approximately 200 million customer accounts and does business in more than 160 countries and jurisdictions. Citi provides consumers, corporations, governments and institutions with a broad range of financial products and services, including consumer banking and credit, corporate and investment banking, securities brokerage, transaction services, and wealth management.

Additional information may be found at www.citigroup.com | Twitter: @Citi | YouTube: www.youtube.com/citi  | Blog: http://blog.citigroup.com  | Facebook: www.facebook.com/citi | LinkedIn: www.linkedin.com/company/citi