pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA Tingkatkan Profesionalisme Agensi Menerusi AIA Elite Academy

29 Januari 2019 dot Bacaan 7 min
Kapsyen foto: (Dari kiri ke kanan) Elmie Aman Najas, Ketua Pegawai Eksekutif, AIA PUBLIC Takaful Bhd.; Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd.; Ng Keng Hooi, Ketua Eksekutif Kumpulan dan Presiden AIA Group; John Cai, Ketua Eksekutif Serantau AIA Group dan Leong Chee Soong, Ketua Pegawai Pengedaran Agensi AIA Bhd. pada majlis pelancaran AIA Elite Academy.

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2019 – Syarikat insurans terkemuka, AIA Bhd., berhasrat mengubah landskap perekrutan dan pengambilan tenaga agensi insurans menerusi pelancaran AIA Elite Academy, sebuah program yang pertama seumpamanya dalam industri yang membantu meningkatkan profesionalisme para Perancang Hayat (ejen) baharu dengan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan ilmu yang sewajarnya demi mencapai kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing.

AIA Elite Academy menyediakan program kemasukan eksklusif yang hanya ditawarkan kepada Perancang Hayat baharu yang layak. Silibus pembelajaran yang disediakan memberikan latihan terbaik dikalangan komuniti yang dapat memupuk semangat bekerjasama, sikap profesionalisme yang tinggi dan kesejahteraan hidup.

Program selama 18 bulan ini memberi pengkhususan kepada latihan yang fokus terhadap pengetahuan kewangan dan pemasaran media social dan pada masa yang sama menyediakan latihan individu dan mentor kepada Perancang Hayat. Program ini juga menawarkan pelbagai sokongan lain termasuk skim pembiayaan yang bertujuan membantu Perancang Hayat memulakan kerjaya mereka dengan asas yang kukuh di AIA.

Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: “AIA Elite Academy mengalu-alukan Perancang Hayat baharu yang bukan sahaja bersemangat untuk menjadi yang terbaik dalam profesion ini tetapi turut juga berkongsi misi yang sama dengan AIA untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. Program pertama seumpama ini akan memacu potensi calon-calon ke arah mencapai kerjaya sebagai Perancang Hayat yang berjaya, stabil serta memperoleh ganjaran yang bermakna.

AIA Elite Academy mengukuhkan lagi komitmen syarikat dalam membangunkan generasi Perancang Hayat baharu yang profesional. Ia juga merupakan salah satu pelaburan jangka panjang AIA dalam membangunkan tenaga agensinya.

 

–TAMAT–


Mengenai AIA Bhd.

AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia yang tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang menawarkan perkhidmatan kepada 3.5 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2018, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikat (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di rantau Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Cambodia, dan mempunyai pegangan anak syarikat sebanyak 97 peratus di Sri Lanka dan satu usaha sama dengan pegangan anak syarikat sebanyak 49 peratus di India serta pejabat perwakilan di Myanmar.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama dalam sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai $221 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2018.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 32 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta peserta skim insurans berkumpulan.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).