pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA Malaysia Beri Inspirasi kepada Warga Pulau Pinang untuk #BergerakSebaiknya dan #LiveWithVitality Melalui Permainan Skuasy Bersama Datuk Nicol David

29 Oktober 2022 dot Bacaan 7 min
image
image

Pulau Pinang, 29 Oktober 2022 – Duta AIA Malaysia, Datuk Nicol David kembali ke gelanggang skuasy zaman kanak-kanaknya untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan beliau bermain skuasy serta gaya hidup sihat, dengan warga Pulau Pinang. Ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi 20 pemenang kempen media sosial Squash It With Nicol David anjuran AIA Malaysia apabila berpeluang bertemu juara dunia sukan skuasy sebanyak lapan kali itu yang telah mengendalikan kelas skuasy permulaan eksklusif dan pertama beliau di Pulau Pinang, hari ini.

Awal Oktober lalu, AIA Malaysia telah melancarkan kempen media sosial tersebut dengan tujuan memotivasikan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat, untuk #BergerakSebaiknya (#MoveWell) dan #LiveWithVitality melalui permainan skuasy yang menyeronokkan bersama lagenda sukan tersebut yang juga merupakan Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia. Kempen ini menarik penyertaan pengikut platform media sosial AIA Malaysia yang telah berkongsi sebab-sebab mengapa mereka ingin bermain skuasy bersama Nicol yang mana 20 penyertaan paling kreatif dan memberi inspirasi telah dipilih sebagai pemenang.

Kelas skuasy permulaan ini diadakan di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David di Jelutong dalam dua sesi berasingan dimana Nicol berkongsi tips dan kaedah bermain skuasy dengan betul serta perjalanan beliau menjadi atlet bertaraf dunia dengan para peserta yang berusia antara 22 dan 57 tahun.

Ketika mengulas tentang perasaan beliau menyokong kempen yang menggalakkan gaya hidup sihat sebegini, Nicol berkata: “Menjadi duta untuk AIA Malaysia adalah sesuatu yang berpadanan dengan saya. Saya gembira dapat menyokong inisiatif-inisiatif mereka dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang membantu menjadikan Malaysia negara yang lebih sihat dan baik. Saya dan AIA telah bekerjasama sejak 2020 dan kolaborasi ini merupakan sesuatu yang sangat bermanfaat bagi saya kerana dapat menggalakkan orang ramai untuk kekal aktif dan sihat disamping meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal mereka.”

“Saya teruja dapat mengendalikan kelas skuasy permulaan pertama saya bersama AIA di kampung halaman saya pada hari ini. Saya berasa gembira kerana dapat bertemu dan mengajar warga Pulau Pinang tentang selok-belok permainan skuasy. Saya harap inisiatif seperti ini dapat terus memberi pengaruh positif dalam memotivasikan masyarakat tanpa mengira usia untuk kekal aktif, mencuba sukan baharu dan menjalani gaya hidup sihat,” tambah Nicol.

Kempen Squash It With Nicol adalah selari dengan komitmen AIA Malaysia untuk menyokong gerakan AIA One Billion yang dilancarkan dengan matlamat mendekati, mendidik dan memberi inspirasi kepada satu bilion individu di seluruh Asia untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran, AIA Malaysia berkata kempen ini menggambarkan komitmen berterusan syarikat insurans dan takaful tersebut dalam meningkatkan dan memperbaiki tahap kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia. “Adalah penting bagi sesebuah syarikat seperti AIA untuk memainkan peranan positif dan sentiasa berada di hadapan membantu masyarakat, bukan sahaja memastikan mereka dilindungi dari segi kewangan malah menjaga kesihatan mereka dengan lebih baik agar dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.”

“Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Nicol dalam memacu cita-cita ini lebih-lebih lagi melalui inisiatif seperti kelas skuasy permulaan yang dijalankan hari ini. Kami juga yakin bahawa semangat dan pengalaman beliau mampu menjadi inspirasi buat para peserta dan lebih ramai rakyat Malaysia dalam memotivasikan mereka untuk mengutamakan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian,” tambah Zee Wang.

Kelas skuasy permulaan yang kedua bakal dianjurkan di Bukit Jalil Golf & Country Resort di Kuala Lumpur pada 5 November dimana 20 lagi pemenang kempen ini akan berkumpul untuk mencapai matlamat kecergasan diri bersama Nicol.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan inisiatif yang dilaksanakan AIA Malaysia atau AIA One Billion, layari www.aia.com.my

 

–TAMAT–


Mengenai AIA Malaysia

AIA Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 72 tahun. 

Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Menerusi rangkaian pusat perkhidmatan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 20,500 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 4.7 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $302 bilion Dolar Amerika pada 30 Jun 2022.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 40 juta pemegang polisi individu dan lebih 17 juta ahli skim insurans berkelompok.

AIA Group Limited disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).