pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

Kajian Kesihatan dan Kesejahteraan AIA Mendedahkan Bahawa Rakyat Malaysia Pentingkan Sikap Optimisme & Rasa Syukur

2 Februari 2021 dot Bacaan 7 min
  • Kajian AIA "Healthier Together" mendedahkan lapan "ramuan" utama yang menyumbang kepada Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna, dengan 54% responden dari Malaysia mengamalkan sekurang-kurangnya empat ramuan tersebut
  • Rakyat Malaysia menyatakan bahawa mempunyai pandangan yang optimis adalah ramuan terpenting yang membentuk kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna
  • Rakyat Malaysia mencari sesuatu yang positif dalam situasi seharian, dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan banyak membantu rakyat Malaysia mencapai ramuan ini

 

Kuala Lumpur, 2 Februari 2021 – AIA Group Limited ("AIA" atau "Syarikat": kod stok: 1299) telah mengeluarkan hasil penemuan dari inisiatif penyelidikan yang unggul dan terbaharu, "Healthier Together", yang mendedahkan lapan “ramuan” penting yang membentuk “Hidup yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna". Tinjauan di enam pasaran Asia Pasifik mendedahkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai sudut pandangan hidup yang optimis tatkala mencari sesuatu yang positif dalam situasi seharian melalui rasa syukur.

Kajian yang dijalankan oleh syarikat data global Kantar Group ini melibatkan proses temubual secara mendalam dengan lebih daripada 80 pakar dari pelbagai bidang profesional di Malaysia dan di seluruh Asia Pasifik. Hasil kajian kemudiannya disahkan melalui tinjauan yang melibatkan 6,000 pengguna di seluruh wilayah, termasuk 1,500 responden di Malaysia yang bukan hanya mengenal pasti tindakan ketara yang dapat dilakukan oleh orang ramai untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka, tetapi secara signifikan, mengesahkan hipotesis bahawa mereka yang telah pun melakukan tindakan ini kurang berisiko untuk terjejas secara negatif oleh ketidakpastian COVID-19 dan dunia pasca-COVID.

Dari sudut sejauh mana prestasi rakyat Malaysia menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna, hanya kurang daripada satu pertiga dilaporkan mengamalkan lapan ramuan tersebut di mana 29% menilai diri mereka sekurang-kurangnya mengamalkan tujuh daripada lapan ramuan dan lebih dari separuh (54%) mengatakan mereka mencapai empat atau lebih ramuan.

Rakyat Malaysia juga menunjukkan kepentingan relatif "memiliki sudut pandangan yang optimis" sebagai ramuan terpenting dalam menyumbang kepada Hidup yang lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna, yang juga selari dengan lima dari enam pasaran lain yang dikaji. Namun, rakyat Malaysia juga telah mengenal pasti bahawa "sentiasa libatkan diri dan kekal aktif" dan "motivasikan diri" sebagai dua lagi ramuan yang perlu diamalkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia – menunjukkan keperluan untuk terus aktif dari segi sosial, fizikal dan mental sambil meningkatkan kemampuan mereka untuk mencari dan menentukan kemajuan diri dan motivasi dalam hidup.

Stuart A. Spencer, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Group, berkata: "Matlamat AIA, yang mendokong segala apa yang kami lakukan, adalah untuk membantu orang ramai Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna. Oleh itu, amat penting bagi kami untuk memahami secara mendalam tentang tindakan yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk mencapai matlamat ini, dan bagaimana kami dapat membantu mereka, selain daripada kaedah serta langkah yang menjadi kebiasaan seperti bersenam, pengambilan makanan sihat dan mendapatkan tidur yang cukup, terutamanya dalam konteks COVID-19.”

Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., menyuarakan sentimen yang sama: “Dalam dunia hari ini, amat mudah untuk mengakses maklumat yang dapat membantu kita memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada kehidupan yang lebih sihat. Walau bagaimanapun, terdapat jurang antara memahami apa yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan mengetahui tindakan yang dapat memperbaiki pendekatan kita terhadap kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.”

"Menerusi kajian ini, rakyat Malaysia kini mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai apa yang perlu mereka lakukan untuk menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna dan bersama-sama sokongan Penyelesaian Kesihatan dan Kekayaan Menyeluruh (Total Health and Wealth Solutions) dan program perubahan tingkah laku unik kami, AIA Vitality – kami komited untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik." tambah Ben.

Sebilangan besar pandangan dan data baru dikumpulkan dari temubual bersama pakar akademik, pelatih kehidupan (life-coach), pakar psikologi, pakar kesihatan mental, pengarang berpengaruh, wakil kesihatan dan pempengaruh (influencer) dari institusi, perniagaan dan kerajaan terkemuka.

Kajian ini menghasilkan lapan ramuan khusus yang paling berpengaruh dalam membantu orang ramai Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna. Lapan ramuan tersebut adalah:

  1. Memiliki sudut pandangan yang optimis: Cuba cari sesuatu yang positif dalam setiap situasi seharian. Jangan biarkan perkara negatif pada masa lalu mempengaruhi masa kini dan carilah keseronokan dalam pekerjaan.
  2. Sentiasa libatkan diri dan kekal aktif: Jadilah seorang ahli yang aktif dalam komuniti, aktif secara sosial dengan rakan dan keluarga serta kekal aktif dari segi fizikal dan mental.
  3. Motivasikan diri: Fokus pada matlamat peribadi anda, cari cara-cara untuk menjadikan setiap kerja/tugasan/tanggungjawab lebih menarik, dan melihat setiap kegagalan sebagai satu peluang untuk belajar.
  4. Fahami diri dan emosi anda: Fahami apa yang memberi motivasi kepada anda dalam kehidupan seharian. Fahami apa yang penting untuk anda serta fahami had, kekuatan, dan kelemahan anda.
  5. Rasa berdikari: Rasa yakin dalam mengenal pasti perkara yang terbaik untuk anda, fokuskan masa dan tenaga pada perkara yang boleh anda kawal, dan mampu meningkatkan kesihatan mental anda.
  6. Kekalkan hubungan yang berkualiti: Fokuskan sepenuh perhatian anda kepada orang lain, bersikap terbuka dan jujur dengan orang lain, dan carilah orang yang berfikiran dan mempunyai minat yang sama.
  7. Jangan berhenti belajar dan meneroka: Terokai idea baru dan libatkan diri dengan perkara-perkara baru, cabar pemikiran anda sendiri, dan bersikap terbuka terhadap perubahan.
  8. Luangkan masa untuk berehat: Tetapkan had antara waktu kerja dan peribadi dan cari cara untuk meningkatkan semula tahap tenaga anda.

Kajian ini meminta 6,000 peserta tersebut menilai prestasi mereka berdasarkan kriteria-kriteria ini. Penemuan-penemuan utama merangkumi:

  • Di seluruh enam pasaran yang dikaji di rantau Asia Pasifik, 85% responden secara puratanya menilai diri mereka sebagai tidak mengamalkan kesemua lapan ramuan secukupnya berbanding 15% yang percaya sebaliknya. Kumpulan "berprestasi tinggi" yang menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna ini melaporkan bahawa COVID-19 memberikan kesan negatif yang lebih rendah dalam usaha kesihatan dan kesejahteraan mereka berbanding 85% responden yang selebihnya.
  • Secara keseluruhan, ramuan yang paling penting diseluruh pasaran adalah "memiliki sudut pandangan yang optimis ", di mana ianya mencatatkan 2.3 kali lebih kerap dalam kalangan kumpulan orang yang mendapat markah tertinggi dalam tinjauan ini.
  • Laluan kesihatan dan kesejahteraan yang dipertingkatkan dan salah satu langkah yang paling mudah yang boleh diambil oleh orang ramai adalah "luangkan masa untuk berehat".
  • 46% rakayat Malaysia hanya mampu mencapai tiga ramuan atau kurang, yang menunjukkan bahawa terdapat jurang di antara mengetahui perkara yang dapat membantu mereka untuk hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna serta tindakan sebenar untuk mencapainya.
  • Tindakan paling berkesan untuk meningkatkan rasa optimisme seseorang di Malaysia adalah dengan mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan. Yang ketaranya, Malaysia dilihat lebih menonjol berbanding pasaran lain yang mana sifat bersyukur merupakan tindakan yang lebih penting dalam mendorong optimisme berbanding kegembiraan,
  • Hanya 41% rakyat Malaysia menyatakan bahawa mereka mengamalkan ramuan "sentiasa libatkan diri dan kekal aktif", sementara 43% rakyat Malaysia mempunyai sikap “motivasikan diri", yang menunjukkan dua ramuan yang paling kurang diamalkan antara kesemua lapan ramuan untuk Malaysia.

Stuart A. Spencer menambah: "Penemuan dari penyelidikan yang unik ini telah memberikan kita laluan yang jelas untuk mengecap Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna. Healthier Together mengenal pasti tindakan yang dapat dilakukan oleh orang ramai untuk meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental mereka, dan pemahaman sebenar mengenai cara untuk menjalani kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna, yang mana ianya amat penting pada ketika ini.”

Penemuan lengkap kajian dan tinjauan AIA Healthier Together dapat diakses di: www.aia.com.my

Sebagai sebahagian daripada sokongan berterusan syarikat insurans tersebut dalam mengetengahkan perbincangan tentang hal berkaitan kesihatan dan kesejahteraan ketika tempoh yang mencabar ini, AIA telahh melancarkan siri video "Hoping & Coping Through the Pandemic" yang menampilkan Duta Global AIA, David Beckham bersama-sama dengan 14 duta wilayah AIA yang lain termasuk duta AIA Malaysia, Nicol David – kesemuanya berkongsi pengalaman dan pendekatan peribadi mereka dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat semasa pandemik. Tonton perbualan menarik mereka menerusi pautan ini: https://www.youtube.com/AIABhdMalaysia/videos

 

–TAMAT–


Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, New Zealand, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $291 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2020.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 36 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

Mengenai AIA Bhd.

AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 15,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekukuhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3.6 juta pelanggan kami di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2020, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM57.45 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM810 juta.