pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

1,000 Pemain Bola Sepak Cilik Pamer Bakat di ‘Score with Spurs Junior Camp’ Anjuran AIA

8 Disember 2022 dot Bacaan 7 min

Kuala Lumpur, 8 Disember 2022 – AIA Malaysia sekali lagi menganjurkan program latihan bola sepak Score with Spurs Junior Camp pada 26 dan 27 November di Radia Arena, Shah Alam. Program ini telah berjaya mengumpulkan seramai 1,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 7 hingga 13 tahun untuk belajar, berlatih dan bermain bola sepak seperti kelab bola sepak terkemuka, Tottenham Hotspur!

Program yang dijalankan selama dua hari itu diketuai oleh Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Global Tottenham Hotspur iaitu Shannon Moloney dan Jerome Baker bersama 17 orang jurulatih bola sepak tempatan.

Selain memantapkan kemahiran asas bermain bola sepak seperti menggelecek, hantaran bola dan menjaringkan gol, peserta lelaki dan perempuan turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan permainan berkumpulan yang membolehkan mereka menonjolkan bakat di atas padang.

Melalui cabaran-cabaran yang menarik tersebut, 20 pemain bola sepak cilik terpilih untuk menyertai Spurs Phuket Elite Camp yang bakal dianjurkan buat julung kalinya pada oleh syarikat berkenaan pada tahun 2023. Perbelanjaan perjalanan mereka ke Phuket, Thailand akan ditanggung sepenuhnya bagi menjalani latihan bola sepak selama seminggu bersama para jurulatih Spurs. Kanak-kanak lelaki dan perempuan ini bukan sahaja dipilih berdasarkan kemahiran teknikal dan taktikal, tetapi juga bagaimana mereka menunjukkan sifat psikologi dan sosial yang terpuji di dalam pasukan masing-masing.

Memberi pandangan tentang program ini, Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran, AIA Malaysia, berkata: “Sukan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan diri kanak-kanak kerana ia dapat membantu mereka membangunkan kemahiran fizikal, belajar berkawan dan kerja berpasukan serta membina keyakinan diri. Kami gembira Score with Spurs Junior Camp dapat memberikan anak-anak kita akses kepada latihan bola sepak bertaraf dunia dan juga sebagai salah satu platform untuk mereka kekal aktif dan sihat melalui cara yang menyeronokkan. Kami berharap untuk menganjurkan lebih banyak lagi inisiatif seperti ini bagi menggalakkan generasi muda menceburi sukan bola sepak dan Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.”

Program ini bermula sebagai sebuah program latihan bola sepak secara maya pada tahun 2021 ketika pandemik melanda, dengan 100 peserta. Tahun ini, program Score with Spurs Junior Camp kembali sebagai sebuah acara fizikal yang telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dengan kesemua 1,000 slot penyertaan habis dalam masa tiga hari sahaja selepas program berkenaan dilancarkan kepada umum.

Untuk maklumat lanjut tentang AIA Malaysia dan kerjasamanya dengan kelab bola sepak Tottenham Hotspur, layari www.aia.com.my

image
500 kanak-kanak lelaki dan perempuan tersenyum gembira pada hari pertama (Sabtu, 26 Nov 2022) program latihan bola sepak Score with Spurs Junior Camp anjuran AIA Malaysia di Radia Arena, Shah Alam.
image
500 kanak-kanak lelaki dan perempuan tersenyum gembira pada hari kedua (Ahad, 27 Nov 2022) program latihan bola sepak Score with Spurs Junior Camp anjuran AIA Malaysia di Radia Arena, Shah Alam.
image
Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran, AIA Malaysia (paling kanan) dan Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Global Tottenham Hotspur, Jerome Baker (kedua dari kiri) dan Shannon Moloney (berdiri kedua dari kanan) bersama para pemain bola sepak cilik yang telah dipilih untuk menyertai AIA-Spurs Phuket Elite Camp pada tahun 2023.
image
Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Global Tottenham Hotspur, Jerome Baker (berdiri, ketiga dari kiri) dan Shannon Moloney (berdiri, paling kanan) bersama pemain bola sepak cilik yang telah dipilih untuk menyertai AIA-Spurs Phuket Elite Camp pada tahun 2023.
image
Para peserta menunjukkan bakat dan kemahiran mereka di atas padang semasa program latihan bola sepak Score with Spurs Junior Camp anjuran AIA Malaysia

–TAMAT–


Mengenai AIA Malaysia

AIA Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 72 tahun. 

Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Menerusi rangkaian pusat perkhidmatan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 20,500 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 4.7 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $302 bilion Dolar Amerika pada 30 Jun 2022.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 40 juta pemegang polisi individu dan lebih 17 juta ahli skim insurans berkelompok.

AIA Group Limited disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).