Manfaat Pekerja
Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.
{{title}}
{{label}}Pelanggan Yang Dihargai,
Mulai September 2026, kami memudahkan anda mendapatkan bantuan yang diperlukan melalui proses pengesahan identiti secara automatik.
Apabila anda menghubungi AIA Care Line, anda hanya perlu memasukkan nombor Kad Pengenalan (NRIC) dan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda. Setelah identiti anda berjaya disahkan, anda akan disambungkan terus kepada wakil khidmat pelanggan kami yang boleh membantu anda dengan segera.
Bagi memastikan proses pengesahan berjalan lancar, sila luangkan sedikit masa untuk memastikan maklumat nombor telefon bimbit anda telah dikemas kini menjelang September 2026.
Bagaimanakah saya boleh mengemas kini maklumat sebagai pengguna Aplikasi AIA+?
Anda boleh menyemak dan mengemas kini nombor telefon bimbit anda secara terus melalui aplikasi AIA+ dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Belum Mempunyai Aplikasi AIA+?
Jika anda belum mempunyai akaun AIA+, anda boleh mendaftar untuk AIA+ bagi mengemas kini nombor telefon bimbit anda di sini.
Jika anda tidak dapat mendaftar kerana nombor telefon bimbit anda belum dikemas kini, sila hubungi Perancang Hayat anda yang akan membantu mengemas kini maklumat peribadi anda.
Kenali panggilan rasmi daripada AIA: Jika kami perlu menghubungi anda berkenaan polisi atau pertanyaan anda, kami akan menghubungi anda melalui +603-2719 7888. Ini merupakan nombor telefon rasmi AIA yang digunakan untuk menghubungi pelanggan kami.
Ikuti arahan telefon untuk mengesahkan identiti anda sebelum disambungkan kepada wakil khidmat pelanggan kami. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Proses pengesahan bergantung pada nombor AIA Care Line yang anda hubungi.
| Talian Umum (nombor yang bermula dengan 1300) | Talian Tetap Luar Negara (+603-20561111) |
|
Ikuti arahan untuk mengesahkan identiti anda sebelum disambungkan kepada wakil khidmat pelanggan kami. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
|
Ikuti arahan telefon seperti berikut:
|
Ya, OTP juga boleh diterima melalui nombor telefon bimbit luar negara, dengan syarat nombor tersebut telah didaftarkan dalam rekod AIA. Anda boleh mengikuti langkah-langkah yang berkaitan di bawah, bergantung pada sama ada anda menghubungi talian umum atau talian tetap luar negara.
| Talian Umum (nombor yang bermula dengan 1300) | Talian Tetap Luar Negara (+603-20561111) | |
|
Warganegara Malaysia |
|
|
|
Warga Asing |
|
|
Proses pengesahan bergantung pada nombor AIA Care Line yang dihubungi oleh tanggungan anda. Apabila mereka sampai ke langkah pengesahan OTP, OTP akan dihantar ke nombor telefon bimbit pemilik polisi atau penjaga sah tanggungan tersebut.
Sila pastikan nombor telefon bimbit tersebut telah didaftarkan dan dikemas kini dalam rekod AIA menjelang September 2026.
| Talian Umum (nombor yang bermula dengan 1300) | Talian Tetap Luar Negara (+603-20561111) | |
|
Warganegara Malaysia |
|
|
|
Warga Asing |
|
|
Jika anda tidak menerima OTP, sila kekal di talian. Anda akan disambungkan kepada wakil khidmat pelanggan yang akan membantu anda.