AIA Vitality Lancar Manfaat Penjejak Tidur sebagai Insentif Agar Ahli Mengutamakan Waktu Tidur dalam Kehidupan Seharian.
Kuala Lumpur, 30 April 2019 – Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam ataupun bangun pada keesokan harinya dalam keadaan mengantuk, letih dan lesu? Jika ya, kemungkinan besar anda merupakan sebahagian daripada statistik kebangsaan yang menyatakan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia (89%) mengalami satu atau lebih masalah berkaitan tidur1. Menyedari bahawa rakyat Malaysia tidak mendapat tidur yang mencukupi, AIA Bhd. sekali lagi melakar pencapaian baharu dari aspek kesihatan dan kesejahteraan menerusi pelancaran manfaat penjejak tidur melalui program AIA Vitality yang memberi ganjaran kepada ahli-ahlinya kerana tidur lebih lama.
Sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk membantu rakyat Malaysia hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna, AIA mengambil satu lagi inisiatif bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan tidur – menekankan bahawa mendapat rehat yang secukupnya adalah juga penting di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif serta mengekalkan diet seimbang, sekaligus menyumbang kepada tahap kesejahteraan mental yang lebih baik.
Berucap di majlis pelancaran media hari ini, Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkongsi bagaimana syarikat berkenaan terus membentuk dan memainkan peranannya sebagai salah satu pengaruh penggerak kesihatan menerusi AIA Vitality, sebuah program kesihatan unik berasaskan sains yang mendorong dan memberi insentif kepada ahli yang membuat pilihan-pilihan sihat.
“Saya amat gembira melihat perkembangan AIA Vitality sejak dilancarkan tiga tahun lalu. Sewaktu diperkenalkan, kami memberi ganjaran kepada ahli-ahli di atas usaha mereka bersenam dengan lebih kerap dan kemudiannya memberikan mereka manfaat kerana mengamalkan pemakanan yang lebih sihat. Kini, kami ingin memberi ganjaran kepada mereka kerana mendapatkan rehat yang secukupnya dalam kehidupan seharian. Dengan membantu ahli-ahli kami mempertingkatkan tahap kesihatan mereka dan mendorong mereka membuat pilihan yang lebih sihat, kami cuba untuk melangkaui peranan kami sebagai sebuah syarikatinsurans tradisional. Peranan kami kini bukan sahaja untuk melindungi masa depan mereka, tetapi untuk menggalakkan, memperkasakan dan menyokong mereka agar mencapai aspirasi kesihatan masing-masing.”
Manfaat penjejak tidur terbaru ini memberi ganjaran sebanyak 10 mata AIA Vitality setiap hari kepada ahlinya (had tahunan sebanyak 2,000 mata bagi setiap tahun keahlian) sekiranya mereka mencapai waktu tidur terkumpul minimum selama tujuh jam atau 420 minit dalam tempoh 24 jam. Tempoh tidur boleh dijejak dengan melaraskan aplikasi mudah alih AIA Vitality dengan peranti jejak kecergasan seperti Fitbit, Garmin dan Misfit. Peranti tersebut akan merekodkan tempoh tidur seseorang dengan menjumlahkan masa tidur mereka bermula dari 12 tengah hari sehingga 12 tengah hari pada hari berikutnya.
Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd. menjelaskan bahawa manfaat penjejak tidur ini merupakan cara termudah bagi ahli-ahli mengumpul mata dan menerima ganjaran yang lebih bernilai. “Setakat ini, kami mempunyai lebih daripada 100,000 ahli AIA Vitality yang aktif. Kami berhasrat untuk meningkatkan jumlah tersebut dan mendekati lebih ramai rakyat Malaysia dengan menyediakan sebuah platform yang dapat memberi motivasi dan membolehkan mereka membuat perubahan kecil dan pilihan lebih sihat setiap hari. Ahli-ahli AIA Vitality hanya perlu cuba tidur selama sekurang-kurangnya tujuh jam sehari dan berpeluang menikmati ganjaran yang ditawarkan! Ia amat mudah. Dengan waktu tidur yang lebih lama, ahli-ahli boleh mencapai status AIA Vitality yang lebih tinggi, sekali gus menikmati ganjaran yang lebih hebat seperti tambahan perlindungan insurans atau takaful serta diskaun daripada rakan AIA Vitality kami.”
Zee Wang juga menerangkan bahawa isu-isu berkaitan tidur jelas kelihatan di kalangan tenaga kerja di Malaysia. “Hasil penemuan Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat di Malaysia oleh AIA Vitality yang terbaru mendedahkan bahawa sebanyak 54.4% kakitangan tidur kurang daripada tujuh jam setiap malam, dan 11% mempunyai kualiti tidur yang kurang baik diikuti dengan 2% yang mempunyai kualiti tidur yang sangat tidak baik. Walaubagaimanpun, berdasarkan tinjauan ini, lebih banyak organisasi dilihat mengambil langkah intervensi yang boleh membentuk perubahan sikap yang positif dalam kalangan kakitangan mereka. Ini merupakan sesuatu pencapaian yang amat menggalakkan dan memberangsangkan. Dengan kadar peningkatan fokus dalam melaksanakan program kesejahteraan untuk membantu orang ramai sepanjang perjalanan kesihatan mereka oleh keseluruhan industri, kami dapat menghasilkan impak yang lebih bermakna untuk para pelanggan dan masyarakat umum.”
Dilancarkan pada tahun 2016, AIA Vitality menyediakan pengetahuan, alat dan motivasi kepada ahli-ahlinya untuk membawa kepada perubahanan tingkah laku positif jangka masa panjang yang dapat memupuk kehidupan yang lebih sihat. Program ini menggunakan prinsip sains tingkah laku untuk menggalakkan tabiat yang sihat, memberi ganjaran dengan manfaat dan diskaun yang bermakna kepada ahli kerana mengambil langkah-langkah yang mampan, walaupun kecil, untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka.
AIA Vitality disepadukan dengan rangkaian penyelesaian produk insurans dan takaful AIA yang memberikan pilihan kepada pelanggan untuk menyertai program tersebut dengan yuran keahlian tahunan sebanyak RM10.
Terdiri daripada tiga bahagian - ketahui keadaan kesihatan, baiki tahap kesihatan dan nikmati ganjaran, ahli-ahli AIA Vitality dimotivasikan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktivitiaktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan mereka pelbagai manfaat daripada rakan-rakan AIA Vitality termasuk AirAsia, BP Healthcare, Fitness First, Guardian, Jaya Grocer, TGV Cinemas dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai manfaat penjejak tidur AIA Vitality serta program berkenaan, layari www.aiavitality.com.my
1 Sumber: Kaji Selidik Mengenai Kesihatan Tidur Kebangsaan 2018 oleh Nielsen Company
–TAMAT–
Mengenai AIA Bhd.
AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.
Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia yang tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang menawarkan perkhidmatan kepada 3.5 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2018, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Kemboja, 97 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Pada April 2019, AIA juga diberikan kelulusan sebagai pemohon pilihan untuk beroperasi di Myanmar menerusi pemilikan 100 peratus anak syarikatnya
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama dalam sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai USD230 bilion pada 31 Disember 2018.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 33 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta peserta skim insurans berkumpulan.
Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).
Mengenai AIA Vitality
AIA Vitality merupakan program kesihatan berasaskan sains yang pertama dan tunggal di Asia. Ia menyediakan ahli-ahli dengan pengetahuan, alat dan motivasi untuk membawa kepada perubahanan tingkah laku positif pada jangka masa panjang yang seterusnya dapat memupuk kehidupan yang lebih sihat. Ahli-ahli AIA Vitality diberi insentif untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan pelbagai manfaat meluas termasuk manfaat insurans tambahan terhadap pelan-pelan insurans dan takaful terpilih serta penjimatan dan diskaun yang disediakan oleh rakan-rakan AIA Vitality.
Dapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan AIA Vitality di www.aiavitality.com.my