Soalan Lazim
Pelan insurans/takaful penyakit kritikal memberi anda sejumlah wang sekali gus berdasarkan jumlah perlindungan anda jika anda didiagnosis dengan penyakit yang dianggap kritikal. Ia sering dimanfaatkan sebagai jaring keselamatan bagi menampung perbelanjaan bulanan anda serta bantuan kewangan untuk kos rawatan dan pemulihan anda.
Apabila seseorang didiagnosis dengan penyakit kritikal, selain kos rawatan yang boleh dilindungi pelan perlindungan perubatan anda, ia biasanya akan menimbulkan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan pemulihan anda. Kadang-kadang mungkin anda perlu berbelanja lebih pula kerana perubahan gaya hidup anda.
Dengan pembayaran sekali gus daripada pelan insurans/takaful penyakit kritikal anda, anda dan keluarga anda akan mendapat sokongan kewangan yang diperlukan agar anda boleh menjalani rawatan dengan tenang.
Apabila anda membeli pelan Penyakit Kritikal AIA, anda layak mendaftar untuk AIA Vitality. Program kesihatan ini menyokong dan menggalakkan anda membuat pilihan gaya hidup sihat, malah ia menawarkan manfaat tambahan bagi sesetengah pelan Perlindungan Penyakit Kritikal kami seperti Manfaat Saringan Kesihatan setiap 2 tahun dan Bonus Tunai Tahunan. Temui Perancang Hayat kami untuk mendapat maklumat lanjut tentang manfaat tersepadu AIA Vitality.
Ada perbezaan antara Perlindungan Perubatan dan Perlindungan Penyakit Kritikal:
- Pelan insurans/takaful perubatan menampung kos bil hospital, pembedahan, malah penjagaan kesihatan psikiatri anda.
- Pelan insurans/takaful Penyakit Kritikal memberi anda bayaran sekali gus sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit kritikal yang dilindungi pelan anda agar anda boleh menjalani rawatan dengan tenang. Kami menyarankan anda melengkapkan Perlindungan Perubatan anda dengan Perlindungan Penyakit Kritikal kami bagi memastikan kesemua keperluan berbeza anda dipenuhi.