pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA Perkenal Pelan Perubatan Pertama yang Memberi Ganjaran kerana Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

24 Oktober 2018 dot Bacaan 7 min

Pelan A-Plus Health Menawarkan Penyelesaian Penjagaan Kesihatan Lengkap Bagi Mendorong Rakyat Malaysia untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna

Kuala Lumpur, 24 Oktober 2018 – AIA Bhd. hari ini memperkenalkan pelan perubatan paling inovatif iaitu A-Plus Health yang menawarkan pelbagai manfaat yang pertama di pasaran. A-Plus Health direka bukan hanya untuk memberikan perlindungan perubatan terbaik kepada rakyat Malaysia ketika saat diperlukan, malah memberikan ganjaran kepada mereka kerana menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Produk terbaharu syarikat insurans tersebut didatangkan dengan ciri-ciri unik yang belum pernah dipasarkan sebelum ini, yang dikenali sebagai Health Wallet. Bagi setiap tahun di mana pelanggan tidak membuat sebarang tuntutan dengan A-Plus Health, jumlah tertentu akan dikreditkan ke dalam Health Wallet mereka sehingga 10 kali. Pelanggan boleh menggunakan jumlah yang terkumpul di dalam Wallet tersebut untuk membayar perbelanjaan perubatan tambahan mahupun perkhidmatan pencegahan yang secara lazimnya tidak dilindungi oleh pelan perubatan, seperti pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin, perbelanjaan untuk anggota tiruan dan alat bantuan pendengaran, perlindungan terhadap masalah kongenital , penjagaan pemulihan kanser, strok dan serangan jantung, dan lain-lain lagi.

Berucap pada majlis pelancaran hari ini, Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA berkata: “Sebagai salah satu penyedia insurans hayat dan kesihatan yang terkemuka di Malaysia, kami sentiasa berusaha untuk menawarkan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan kami. Perubahan landskap penjagaan kesihatan semakin ketara di mana lebih ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kanser. Dengan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat, ramai yang tidak mampu menampung kos rawatan jangka panjang jika menghidapi penyakit kritikal tersebut. Hasil daripada kajian terkini Indeks Kehidupan Sihat AIA (AIA Healthy Living Index survey) menunjukkan bahawa 57% responden di Malaysia menzahirkan kebimbangan mereka mengenai kos perubatan untuk merawat penyakit kritikal. Mereka menyatakan bahawa mereka mungkin menghadapi “jurang pembiayaan” yang ketara di mana simpanan, perlindungan insurans dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh pihak kerajaan mungkin tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan penyakit-penyakit tersebut.”

“Selain itu, kajian tersebut juga menunjukkan peningkatan kepuasan secara keseluruhan di kalangan rakyat Malaysia berkaitan kesihatan dan tabiat mereka. Mereka juga semakin cenderung menjalankan gaya hidup yang lebih sihat. Oleh disebabkan ini, kami berasa bangga kerana dapat menawarkan penyelesaian penjagaan kesihatan menyeluruh yang dapat menyokong perjalanan kesihatan para pelanggan – bermula dari peringkat pencegahan, ketika mereka sakit sehinggalah rawatan pemulihan. A-Plus Health adalah pakej lengkap yang juga merupakan bukti komitmen berterusan kami terhadap inovasi produk.” tambah Anusha.

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA, yang turut menyokong kenyataan Anusha menambah: “Perlindungan perubatan tidak seharusnya bermaksud membantu para pelanggan ketika berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Kami di AIA ingin berada di sisi pelanggan pada setiap masa, ketika mereka sihat mahupun sebaliknya. Dengan A-Plus Health, kami sekali lagi membawa perubahan kepada industri insurans perubatan dan kesihatan tradisional kerana pelan ini bukan sekadar pembiayaan kos hospital semata-mata. Malah, ia memberi ganjaran kepada para pelanggan yang berusaha untuk kekal sihat dengan manfaat-manfaat seperti Health Wallet dan Health Rewards. Kesemua ini membolehkan kami menepati janji dalam memperkasakan pelanggan untuk menjalani hidup yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.”

A-Plus Health adalah rider perubatan yang boleh ditambah ke atas pelan premium berkaitan pelaburan AIA, A-LifeLink 2 dan boleh diperolehi oleh sesiapa yang berumur di antara 14 hari hingga 70 tahun. Para ibu bapa juga mendapatkan A-Plus Health untuk bayi mereka dengan usia kehamilan 14 minggu ke atas. Mereka juga boleh menambah rider perubatan ini kepada A-LifeJoy 2, pelan berkaitan pelaburan fleksibel yang menyediakan perlindungan dan simpanan untuk anak tersebut.

Di samping menyediakan perlindungan perubatan yang komprehensif sehingga usia 100 tahun, A-Plus Health juga menawarkan had tahunan yang tinggi (jumlah maksimum yang boleh dituntut oleh para pelanggan setiap tahun) sehingga RM2 juta, tanpa had seumur hidup.

Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang lebih sihat, A-Plus Health turut disertakan dengan AIA Vitality, sebuah program kesihatan yang berasaskan sains oleh syarikat insurans tersebut. Para pelanggan yang mendapatkan A-Plus Health dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality akan dapat menikmati manfaat tambahan di bawah ciri-ciri Health Rewards tanpa perlu membayar premium tambahan. Bergantung kepada status keahlian AIA Vitality para pelanggan, mereka layak untuk mendapatkan peningkatan sebanyak 100% untuk amaun bilik hospital dan hidangan serta menerima sehingga 10% peningkatan kepada jumlah tahunan yang dikreditkan ke dalam Health Wallet mereka.

AIA Vitality, yang dilancarkan di Malaysia pada 2016 menyediakan ilmu, peralatan dan motivasi kepada ahli mereka untuk membantu mencapai matlamat kesihatan. Ahli juga diberi insentif untuk melakukan aktiviti kesihatan dan kesejahteraan diri dengan ganjaran dan manfaat seperti simpanan dan diskaun daripada rakan kongsi AIA Vitality.

Untuk maklumat lanjut mengenai A-Plus Health, sila layari sini.

 

 –TAMAT–


Mengenai AIA Bhd.

AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans nyawa pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta satu pasukan cukup terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 November 2017, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikat (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di rantau Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Cambodia, dan mempunyai pegangan anak syarikat sebanyak 97 peratus di Sri Lanka dan satu usaha sama dengan pegangan anak syarikat sebanyak 49 peratus di India serta pejabat perwakilan di Myanmar.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans nyawa dan memegang kedudukan utama pada sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai $216 bilion dolar Amerika pada 30 November 2017.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans nyawa, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan faedah pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui suatu rangkaian luas terdiri daripada ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 30 juta polisi individu dan lebih 16 juta anggota penyertaan skim insurans kumpulan.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).