Kuala Lumpur, 9 Julai 2026 – AIA Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kecemerlangan agensi apabila sekali lagi dinobat sebagai syarikat Million Dollar Round Table (MDRT) nombor satu di Malaysia buat kali ke-10. Tahun ini, AIA merekodkan sejumlah 827 kelayakan MDRT, termasuk 19 ahli ‘Top of the Table’ (TOT), dan 67 ahli ‘Court of the Table’ (COT).
Pencapaian ini turut mencerminkan kekuatan AIA Group secara keseluruhan yang sekali lagi diiktiraf sebagai syarikat multinasional MDRT nombor satu dunia untuk tahun ke-12 berturut-turut, bagi tempoh 2015 hingga 2026.
Bertemakan #1ReachesFurther, pengiktirafan ini mencerminkan impak kolektif tenaga agensi AIA dalam membantu individu, keluarga dan komuniti di seluruh Asia membina masa depan yang lebih sihat dan terjamin, sekali gus memperkukuh komitmen AIA Group terhadap kecemerlangan agensi dan penyampaian nilai yang bermakna kepada pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, Heng Zee Wang, berkata, “Pengiktirafan kali ke-10 ini amat bermakna bagi AIA Malaysia. Ia mencerminkan dedikasi, profesionalisme dan keprihatinan tenaga agensi kami yang sentiasa berusaha melangkaui jangkaan dalam menyokong rakyat Malaysia pada setiap peringkat kehidupan. Pencapaian ini dibina atas kepercayaan pelanggan kami dan ia mengukuhkan lagi komitmen kami untuk membantu mereka serta keluarga mereka menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.”
Selain kejayaan di peringkat kebangsaan, AIA Malaysia turut meraih beberapa pengiktirafan dalam kedudukan global MDRT 2026, termasuk tersenarai dalam:
- 23 Syarikat Teratas Kedudukan Global pada tahun 2026
- 5 Syarikat Terbaik berdasarkan Peratusan Ahli dengan Tempoh Keahlian 5 hingga 9 Tahun
- 10 Syarikat Terbaik berdasarkan Peratusan Ahli Qualifying and Life (QL)
- 15 Syarikat Teratas mengikut Pengekalan (Retention)
- 20 Syarikat Teratas berdasarkan Ahli Wanita
Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan AIA Malaysia dalam membangunkan tenaga agensi yang pelbagai, berprestasi tinggi dan dipacu oleh matlamat yang jelas. Melalui pelaburan berterusan dalam pembangunan profesional, keupayaan digital serta budaya yang mengutamakan pelanggan, AIA Malaysia kekal komited untuk meningkatkan standard industri.
MDRT diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras global bagi kecemerlangan dalam industri insurans hayat dan perkhidmatan kewangan. Keahlian dianugerahkan kepada para profesional yang memenuhi kriteria prestasi yang ketat, di samping mematuhi standard tertinggi dari segi etika, kualiti perkhidmatan dan profesionalisme.
–TAMAT–
Mengenai AIA Malaysia
AIA Malaysia adalah sebahagian daripada AIA Group, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 75 tahun.
Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.
Menerusi rangkaian pusat khidmat pelanggan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,400 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 16,000 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 6.3 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Mengenai AIA Group
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Selain itu, AIA juga mempunyai pegangan saham 24.99 peratus dalam China Post Life Insurance Co., Ltd.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $345 bilion Dolar Amerika pada 31 Disember 2025.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 44 juta pemegang polisi individu dan lebih daripada 16 juta ahli skim insurans berkelompok.
AIA Group disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” bagi kaunter HKD dan “81299” bagi kaunter RMB dengan Resit Depositari Amerika (Tahap 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter di bawah simbol ticker “AAGIY”.