Satu daripada tiga individu berkelayakan MDRT di Malaysia adalah dari AIA
Kuala Lumpur, 21 Julai 2020 – AIA Malaysia meraikan pencapaian bersejarah selepas dinobatkan sebagai syarikat Million Dollar Round Table (MDRT) nombor satu di Malaysia untuk lima tahun berturut-turut. Dengan seramai 643 Perancang Hayat (ejen) yang mencapai status kelayakan MDRT, ia juga merupakan satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Tangga 20 syarikat teratas yang mempunyai bilangan ahli MDRT terbanyak di dunia.
Sambutan berganda ini adalah lanjutan daripada kecemerlangan AIA Group yang telah dinamakan sebagai syarikat MDRT nombor satu di dunia. Dengan jumlah rekod seramai 12,796 ejen dan pemimpin agensi yang didaftarkan sebagai ahli MDRT setakat 1 Julai 2020, ia telah melakar sejarah dengan menjadi satu-satunya syarikat multinasional di dunia yang berjaya mencapai bilangan ahli MDRT tertinggi selama enam tahun berturut-turut.
MDRT adalah persatuan global bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai tahap kecemerlangan dalam sektor insurans hayat dan perkhidmatan kewangan. Para ahlinya perlu menjana tahap premium, komisen dan pendapatan yang tertentu, selain menampilkan pengetahuan profesional, tingkah laku beretika serta perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.
Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: "Pencapaian ini adalah bukti komitmen dan dedikasi Perancang Hayat kami berkhidmat untuk pelanggan kami. Kedudukan kami sebagai nombor satu di Malaysia dan nombor 20 di dunia bagi ahli MDRT menggambarkan kualiti dan tahap profesionalisme yang ditunjukkan oleh pasukan agensi kami yang terdiri daripada 14,000 orang. Saya sangat berbangga kerana satu daripada tiga ahli MDRT di Malaysia terdiri daripada Perancang Hayat AIA. Pengiktirafan ini akan lebih memotivasikan kami dalam usaha berterusan kami untuk membantu rakyat Malaysia Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan, dan Bermakna.”
–TAMAT–
Mengenai AIA Bhd.
AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.
Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekukuhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih terdiri daripada lebih 2,200 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3.9 juta pelanggan kami di seluruh negara. Sehingga 31 Disember 2019, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM55.3 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM810 juta.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, New Zealand, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $284 bilion dolar Amerika pada 31 Disember 2019.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 36 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.
Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).