pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA Ringankan Beban Kewangan Bagi Membolehkan Rakyat Malaysia Memperoleh Perlindungan Secukupnya

08 Mei 2020 dot Bacaan 7 min

Kuala Lumpur, 8 Mei 2020 – Ketika dunia berhadapan dengan kesan langsung akibat penularan wabak COVID-19, lebih ramai rakyat Malaysia mula membuat pembelian yang menitikberatkan aspek kesihatan serta komitmen kewangan jangka panjang berikutan peningkatan tahap kebimbangan serta ketidaktentuan ekonomi, menurut kajian terkini dari Kantar1.

Menyedari akan kebimbangan yang kian meluas, peningkatan cabaran kewangan yang dihadapi oleh para individu dan keluarga, serta permintaan dan pertimbangan yang lebih tinggi untuk mendapatkan perlindungan insurans dan takaful, AIA Malaysia hari ini mengumumkan tiga (3) tawaran istimewa yang bertujuan membantu mengurangkan kesan-kesan buruk atau impak yang mungkin dialami akibat COVID-19 disamping memastikan rakyat Malaysia terus mempunyai perlindungan yang sewajarnya ketika tempoh mencabar ini.

Tawaran istimewa dan ringkasan manfaat-manfaatnya adalah:

  1. Pengecualian pembayaran premium/caruman untuk tiga (3) bulan pertama
    • Menerusi langkah yang pertama seumpanya dalam industri, AIA menawarkan pengecualian pembayaran premium/caruman untuk tiga (3) bulan pertama bagi pelanggan yang membeli A-Life ProtectTerm atau menyertai A-Life Kasih Famili yang merupakan dua pelan insurans hayat dan pelan Takaful Keluarga asas yang mampu milik – pada bulan Mei.
    • Ini bermakna pelanggan akan tetap menikmati manfaat dan perlindungan di bawah pelan-pelan ini sepanjang tempoh pengecuailan premium/caruman tersebut. Selain itu, mereka juga akan menerima manfaat perlindungan kemasukan hospital dan kematian akibat COVID-19 secara percuma sehingga 30 September. Pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat perubatan COVID-19 tanpa sebarang kos tambahan sehingga 30 Jun.
    • Tawaran ini terbuka bagi pelanggan baru yang mendaftar untuk mana-mana pelan ini antara 6 Mei dan 31 Mei 2020 atau sehingga 50,000 polisi/sijil (gabungan) pertama, yang mana lebih awal. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Perlindungan kematian tambahan sebanyak 50% akibat COVID-19 secara percuma
    • AIA adalah syarikat insurans dan takaful pertama dalam industri yang menawarkan perlindungan kematian tambahan sebanyak 50% disebabkan COVID-19 tanpa mengenakan sebarang kos tambahan kepada pelanggannya.
    • Ini bermaksud, jika orang yang diinsuranskan/dilindungi meninggal dunia akibat COVID-19, tambahan sebanyak 50% daripada jumlah perlindungan asas akan dibayar kepada waris. Jumlah maksimum yang dibayar adalah RM100,000 atau RM250,000 setiap seorang, tertakluk kepada pelan yang diambil.
    • Perlindungan kematian tambahan, yang disediakan sehingga 31 Disember 2020, ditawarkan kepada semua pelanggan baru yang mendapatkan pelan insurans hayat konvensional, takaful dan bancassurance AIA yang terpilih antara 6 Mei dan 31 Mei 2020. Ini termasuk pelan simpanan insurans A-Enrich Wealth yang baru dilancarkan yang memberikan perlindungan selama 20 tahun dengan bayaran premium selama 10 tahun, Pelan ini turut memberikan ganjaran kepada pelanggan yang mengamalkan tabiat kewangan yang baik.
  3. Tempoh perlindungan tambahan percuma COVID-19 dilanjutkan
    • Pada awal Februari, AIA telah mengumumkan bahawa ia akan memberikan perlindungan insurans dan takaful tambahan untuk COVID-19 kepada pelanggannya tanpa sebarang kos. Perlindungan tambahan tersebut merangkumi manfaat kemasukan hospital sebanyak RM200 sehari, sehingga 30 hari sekiranya orang yang diinsuranskan/dilindungi disahkan positif COVID-19 dan di kuarantin di mana-mana hospital rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya individu tersebut meninggal dunia akibat COVID-19, perlindungan tambahan sebanyak RM10,000 akan dibayar sekaligus kepada waris.
    • Perlindungan tambahan percuma yang pada asalnya tersedia hingga 30 Jun 2020 kini dilanjutkan sehingga 30 September 2020, berikutan pandemik yang berterusan.
    • Semua pelanggan pelan Insurans Hayat Individu, Takaful Keluarga, Flex PA dan Easy Cover PA yang sedia ada layak untuk menerima perlindungan tambahan percuma ini. Ia juga ditawarkan kepada pelanggan baru yang mendapatkan mana-mana pelan ini sebelum 30 September 2020.

Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd., berkata: “Pandemik COVID-19 malangnya telah menyebabkan ramai individu dan keluarga berhadapan dengan beban kewangan. Namun, kami di AIA percaya bahawa seseorang itu tidak perlu membuat pengorbanan yang besar untuk memiliki perlindungan yang sewajarnya. Ini adalah kerana, perlindungan insurans mahupun takaful, terutamanya pada masa ini, merupakan suatu keperluan dan jaring keselamatan yang penting buat diri sendiri mahupun keluarga kita.

“Harapan kami adalah agar tawaran terbaru ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan memberikan mereka saluran dan kemudahan untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya untuk diri sendiri serta yang tersayang, terutama sekali ketika keadaan yang tidak menentu ini.

“Kami akan terus memainkan peranan kami dalam usaha untuk memerangi wabak ini. Ketika negara memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan dan pemulihan ekonomi yang seterusnya, kami tetap komited untuk terus memberikan sokongan kepada rakyat Malaysia untuk menempuh waktu yang sukar ini. Kami juga akan terus memenuhi keperluan dan kekal prihatin terhadap kebimbangan pelanggan kami, terutamanya dalam membantu mereka sekeluarga hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna,” tambah Zee Wang.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran istimewa ini, sila layari www.aia.com.my

 

[1] Sumber: Kajian Barometer COVID-19 Gelombang Kedua oleh Kantar Insights

 

–TAMAT–


Mengenai AIA Bhd.

AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekukuhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3.9 juta pelanggan kami di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2019, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM54.7 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, New Zealand, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $284 bilion dolar Amerika pada 31 Disember 2019.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 36 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).