pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA Malaysia Melancarkan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2018

04 April 2018 dot Bacaan 7 min

KUALA LUMPUR, 4 April 2018 - AIA Bhd., telah mengumumkan pelancaran Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia 2018 oleh AIA Vitality ("Tinjauan"), satu tinjauan komprehensif tentang kesihatan dan kesejahteraan pekerja di Malaysia. Ini merupakan tahun kedua AIA akan melancarkan usaha ini untuk meninjau pelbagai organisasi mengikut saiz dan tenaga kerja mereka dari pelbagai industri di seluruh Malaysia.

Tinjauan1 ini akan memberikan gambaran keseluruhan yang komprehensif tentang kesihatan dan kesejahteraan pekerja Malaysia yang seterusnya membantu majikan mengenal pasti intervensi yang berkesan supaya mereka boleh meningkatkan strategi promosi kesihatan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat bagi pekerja mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., Anusha Thavarajah, berkata: "Kami bangga melancarkan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality untuk tahun kedua. Sambutan terhadap tinjauan pada tahun 2017 sangat menggalakkan dan kami tahu bahawa kesihatan dan kesejahteraan pekerja akan terus menjadi topik penting di Malaysia ketika kami melihat ke arah meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan tenaga kerja. Tinjauan pertama kami pada tahun 2017 mendapati Malaysia mengalami kehilangan produktiviti yang tinggi, kerana kos purata tahunan ketidakhadiran yang berkaitan dengan kesihatan dan kehadiran* adalah kira-kira RM2.7 juta setiap organisasi."

"Sememangnya menjadi matlamat kami untuk terus melengkapkan majikan dengan pandangan dan strategi terbaik untuk membantu meningkatkan produktiviti perniagaan sambil meningkatkan kesejahteraan di tempat kerja dan membantu pekerja di Malaysia hidup lebih sihat, lebih lama dan lebih baik," tambah Anusha.

Penyertaan di dalam Tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia 2018 oleh AIA Vitality adalah percuma dan terbuka kepada mana-mana organisasi yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 pekerja. Pendaftaran akan dibuka dari sekarang hingga akhir bulan Mei. Tinjauan ini akan mengenal pasti Majikan Malaysia Paling Sihat, Pekerja Paling Sihat dan Tempat Kerja Paling Sihat dalam tiga kategori saiz organisasi - Organisasi Kecil (20-249 pekerja); Organisasi Sederhana (250-999 pekerja) dan Organisasi Besar (1,000 pekerja dan lebih). Tahun ini juga akan menampilkan kategori anugerah baharu – Peningkatan Tempat Kerja Paling Baik Malaysia yang terbuka kepada syarikat yang telah mengambil bahagian dalam tinjauan pada tahun 2017 dan akan mengambil bahagian lagi tahun ini. Pemenang akan diumumkan pada akhir tahun 2018.

Setiap majikan yang mengambil bahagian akan menerima 'Laporan Penilaian Organisasi' komprehensif yang merangkumi penemuan hasil daripada maklum balas majikan dan pekerja. AIA juga akan memberikan setiap pekerja yang mengambil bahagian gambaran keseluruhan komprehensif tentang kesihatan dan kesejahteraan mereka dari segi gaya hidup, penunjuk klinikal, kesihatan mental, tekanan dan bidang lain yang mungkin berkaitan dengan mereka, serta laporan peribadi mengenai Usia AIA Vitality mereka. Organisasi boleh mendaftar untuk mengambil bahagian di: healthiestworkplace.aia.com

 

* Kehadiran merujuk kepada hadir di tempat kerja dalam keaadaan tidak sihat.

Tinjauan ini akan dijalankan oleh rakan penyelidikan dan analisis AIA, RAND Europe, dengan sokongan daripada rakan akademik tempatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

–TAMAT–


Mengenai AIA Bhd.

AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans nyawa pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta satu pasukan cukup terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 November 2017, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikat (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di rantau Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Cambodia, dan mempunyai pegangan anak syarikat sebanyak 97 peratus di Sri Lanka dan satu usaha sama dengan pegangan anak syarikat sebanyak 49 peratus di India serta pejabat perwakilan di Myanmar.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans nyawa dan memegang kedudukan utama pada sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai $216 bilion dolar Amerika pada 30 November 2017.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans nyawa, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan faedah pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui suatu rangkaian luas terdiri daripada ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 30 juta polisi individu dan lebih 16 juta anggota penyertaan skim insurans kumpulan.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

Mengenai AIA Vitality

AIA Vitality adalah program kesihatan di Asia yang pertama dan hanya satu-satunya disokong sains secara komprehensif. Ia menyediakan ahli-ahli dengan pengetahuan, alat dan motivasi untuk membawa perubahan tingkah laku positif jangka panjang untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Ahli-ahli AIA Vitality adalah diinsentifkan untuk melibat secara aktif dalam aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan mereka pelbagai faedah termasuk manfaat insurans tambahan ke atas insurans terpilih dan pelan Takaful serta simpanan dan diskaun daripada rakan-rakan AIA Vitality. Ketahui lebih lanjut mengenai AIA Vitality di aiavitality.com.my.

Mengenai Tempat Kerja Paling Sihat oleh AIA Vitality

Tempat Kerja Paling Sihat oleh AIA Vitality adalah tinjauan komprehensif mengenai kesihatan dan kesejahteraan pekerja di seluruh Asia Pasifik. Pada tahun pertama tahun 2017, ia telah meninjau lebih daripada 10,000 pekerja dan 214 majikan merentas pelbagai industri di Australia, Hong Kong, Malaysia dan Singapura.

Tempat Kerja Paling Sihat oleh AIA Vitality adalah gambaran keseluruhan komprehensif tentang kesejahteraan pekerja yang memberikan majikan strategi berguna untuk menyokong mereka dalam matlamat hidup yang sihat dan meningkatkan produktiviti seluruh syarikat.

Ketahui lebih lanjut mengenai Tempat Kerja Paling Sihat oleh AIA Vitality di http://healthiestworkplace.aia.com.

Mengenai RAND Europe

RAND Europe adalah organisasi bukan untung yang membantu meningkatkan dasar dan membuat keputusan melalui penyelidikan dan analisis. Pelanggannya termasuk institusi Eropah, kerajaan, badan amal, yayasan, universiti dan firma sektor swasta yang memerlukan penyelidikan yang adil. RAND Europe menggabungkan pengetahuan subjek yang mendalam mengenai pelbagai bidang dasar termasuk kesihatan, sains dan inovasi; pertahanan, keselamatan dan infrastruktur; dan dasar dalam negeri serta sosial. Digabungkan dengan kepakaran metodologi yang telah terbukti dalam penilaian, pengukuran impak dan pemodelan pilihan, ia dapat menawarkan penyelidikan dan analisis yang terjamin yang berkualiti, wawasan tidak berat sebelah dan penyelesaian yang dapat dilakukan yang memberi kesan kepada kehidupan orang ramai.