pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA Dinobatkan Syarikat MDRT #1 di Malaysia Untuk Kali Ke-8

19 Julai 2024 dot Bacaan 2 min

Kuala Lumpur, 19 Julai 2024 – AIA Malaysia meraikan pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai syarikat ‘Million Dollar Round Table’ (MDRT) nombor satu di Malaysia untuk tahun kelapan dengan seramai 939 Perancang Hayat (ejen) yang mencapai kelayakan MDRT, termasuk 16 ahli ‘Top of the Table’ (TOT), 80 ahli ‘Court of the Table’ (COT) dan 843 ahli berstatus MDRT.

Kecemerlangan ini adalah kesinambungan daripada pencapaian bersejarah AIA Group sebagai syarikat MDRT nombor satu untuk rekod 10 tahun berturut-turut, dengan bilangan ahli MDRT tertinggi di seluruh dunia. Merangkul penghormatan ini sejak dari tahun 2015 hingga 2024, pengiktirafan ini menjadi bukti kepada tumpuan syarikat insurans itu terhadap model Premier Advisor, melalui perekrutan dan pembangunan Perancang Hayat bertaraf dunia yang berupaya memberikan khidmat nasihat yang boleh dipercayai. Ini disokong lagi oleh tawaran Penyelesaian Kesihatan dan Kekayaan Menyeluruh AIA serta ekosistem digital yang komprehensif merangkumi perekrutan, latihan, jualan, servis dan tuntutan.

Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, berkata, “Di samping pencapaian luar biasa AIA Group, AIA Malaysia berbesar hati diatas pengiktirafan nombor satu buat kali kelapan. Ini mencerminkan komitmen dan kepakaran Premier Advisors dan Pemimpin Agensi kami, yang mengukuhkan lagi kedudukan AIA sebagai peneraju industri di Malaysia dan berdedikasi untuk membina pasukan agensi profesional yang mampu membantu rakyat Malaysia menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.”

Selain itu, AIA Malaysia turut mencapai kejayaan berikut pada tahun 2024:

  • 26 Syarikat MDRT Global Teratas
  • 25 Syarikat MDRT Global Teratas berdasarkan Ahli Wanita
  • 6 Syarikat MDRT Global Teratas mengikut % Ahli dengan 5-9 Tahun Keahlian
  • 14 Syarikat MDRT Global Teratas mengikut Pengekalan (Retention)
  • 15 Syarikat MDRT Global Teratas mengikut % Ahli Yang Layak dan Ahli Seumur Hidup (QL)

MDRT ialah persatuan global bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai tahap kecemerlangan dalam sektor insurans hayat dan perkhidmatan kewangan. Ahlinya dikehendaki menjana tahap premium, komisen dan pendapatan tertentu, di samping menampilkan pengetahuan profesional, tingkah laku beretika serta perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

–TAMAT–


Mengenai AIA Malaysia

AIA Malaysia adalah sebahagian daripada AIA Group, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 75 tahun.

Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Menerusi rangkaian pusat khidmat pelanggan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,400 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 20,000 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 5 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Mengenai AIA Group

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Selain itu, AIA juga mempunyai pegangan saham 24.99 peratus dalam China Post Life Insurance Co., Ltd.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $286 bilion Dolar Amerika pada 31 Disember 2023.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 42 juta pemegang polisi individu dan lebih 18 juta ahli skim insurans berkelompok.

AIA Group disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” bagi kaunter HKD dan “81299” bagi kaunter RMB dengan Resit Depositari Amerika (Tahap 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter di bawah simbol ticker “AAGIY”.