Kami berbangga untuk melancarkan Program Biasiswa AIA Penyala Harapan, satu inisiatif transformatif yang bertujuan untuk memperkasakan pelajar Malaysia yang layak melalui pendidikan, selaras dengan matlamat kami untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Inisiatif ini dapat direalisasikan melalui sumbangan lebihan daripada peserta sijil AIA PUBLIC Takaful, mencerminkan komitmen AIA dalam membentuk pemimpin masa depan yang akan memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan negara.
Program biasiswa ini dijalankan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) untuk pelajar tahun pertama yang mengikuti bidang pengajian yang berkaitan.