Kuala Lumpur, 22 April 2022 – AIA Malaysia sedang menawarkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara dalam usaha berterusannya untuk menggalakkan Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna. Sepanjang bulan April dan Mei, rakyat Malaysia dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana cawangan Alpro Pharmacy dan melakukan saringan kesihatan asas secara percuma. Saringan ini termasuk ujian untuk kolesterol darah, tekanan darah, glukosa darah, serta pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI).
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kempen #LiveWithVitality syarikat insurans tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan penyakit kritikal (CI) di Malaysia, AIA berhasrat untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan kaedah pencegahan dan mendapatkan diagnosis awal demi kualiti hidup yang lebih baik.
“Kempen #LiveWithVitality adalah sebahagian daripada usaha AIA untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengetahui tahap kesihatan mereka dengan lebih baik. Daripada hanya berjumpa doktor apabila berasa tidak sihat, kami ingin meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala agar dapat mencegah diagnosis peringkat akhir bagi NCD dan CI.
Memandangkan Malaysia menuju ke arah menjadi sebuah negara tua, pemeriksaan kesihatan adalah penting bagi tujuan pengesanan dan diagnosis awal yang kemudiannya membawa kepada prognosis dan pemulihan yang lebih baik. Kami berharap inisiatif seperti ini dapat menjadikan pemeriksaan kesihatan lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk meningkatkan tahap kesihatan awam.” kata Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd.
Pada masa yang sama, pelanggan AIA yang merupakan ahli AIA Vitality akan terus menikmati pemeriksaan kesihatan asas percuma mereka di Farmasi-farmasi Guardian terpilih di seluruh negara yang mana mereka akan memperoleh mata AIA Vitality setelah melakukannya untuk berpeluang menebus lebih banyak ganjaran. Sebagai insentif tambahan, ahli yang membuat janji temu dan berjaya melengkapkan pemeriksaan kesihatan ini antara 1 April dan 31 Mei juga akan menerima baucar bernilai RM10.
Mulakan perjalanan anda untuk mencapai kesihatan yang lebih baik dan dapatkan pemeriksaan kesihatan percuma, ihsan daripada AIA hari ini – sah sehingga 31 Mei. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aia.com.my/THS
–TAMAT–
Mengenai AIA Malaysia
AIA Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 72 tahun.
Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.
Menerusi rangkaian pusat perkhidmatan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 20,000 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 4 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $340 bilion Dolar Amerika pada 31 Disember 2021.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 39 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.
AIA Group Limited disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).