pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA PUBLIC Takaful Kongsi Keceriaan Aidilfitri Bersama 1,000 Keluarga Asnaf

19 Mei 2020 dot Bacaan 7 min

Rakyat Malaysia Bantu Sumbang ‘Kit Semarakkan Raya’ kepada Golongan yang Memerlukan Melalui Kempen #GymUntukJiwa

Elmie Aman Najas (kedua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif AIA PUBLIC Takaful menyerahkan ‘Kit Semarakkan Raya’ kepada Dr. Mohd Daud Sulaiman (kedua dari kanan), Presiden MRA untuk diedarkan kepada 1,000 keluarga asnaf. Turut bersama ialah Afdzal Al-'Adli Husni (kiri), Pengarah Bersekutu Pemasaran Produk, AIA PUBLIC Takaful dan Hj. Khairil Annuar bin Khalid, Timbalan Presiden MRA (kanan). Kredit Foto: Ahnaf Isryad Mohd Mokmin, Malaysian Relief Agency

Kuala Lumpur, 19 Mei 2020 – Sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 'Semarakkan Raya', AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) dengan kerjasama Malaysia Relief Agency (MRA) baru-baru ini telah mengedarkan 'Kit Semarakkan Raya’ yang terdiri daripada bekalan makanan kepada 1,000 keluarga asnaf di Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan sebagai persiapan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Menyedari akan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik khususnya mereka yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang berterusan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), AIA PUBLIC Takaful melalui inisiatif ini tampil memainkan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan golongan ini juga turut dijaga dan terus dipelihara.

Elmie Aman Najas, Ketua Pegawai Eksekutif AIA PUBLIC Takaful berkata: “Menjalani ibadah puasa dan merayakan Aidilfitri ketika pelaksanaan PKP sememangnya lebih mencabar buat keluarga-keluarga ini dalam komuniti kita. Oleh itu, kami ingin meringankan beban mereka dan berkongsi keceriaan bersama golongan ini kerana mereka juga berhak untuk menyambut Hari Raya dengan kegembiraan. Inisiatif CSR ini adalah salah satu cara kami membantu mereka meraikan Syawal yang lebih bermakna."

Inisiatif Semarakkan Raya ini diperkukuhkan lagi dengan sokongan daripada rakyat Malaysia yang menyertai kempen terbaru AIA PUBLIC Takaful iaitu #GymUntukJiwa. Kempen yang dilancarkan pada hari keempat bulan Ramadan ini merangkumi pelbagai cabaran media sosial yang mendorong rakyat Malaysia untuk terus berusaha menjadi insan yang lebih baik – melatih jiwa untuk menanam rasa empati, cinta dan belas kasihan yang akhirnya dapat mewujudkan impak yang positif kepada komuniti disekeliling.

Fasa pertama cabaran media sosial #GymUntukJiwa memerlukan para peserta memuat naik gambar atau video mereka melakukan kebaikan sepanjang bulan Ramadan di laman Facebook atau Instagram mereka dengan menyertakan tanda pagar – #GymUntukJiwa dan #AIAPUBLICTakaful. Perbuatan yang boleh dilakukan adalah seperti berkongsi makanan dengan jiran mereka, membuat kejutan kepada orang tersayang dengan pemberian hadiah bahkan menolong orang yang kurang berkemampuan.

Oleh kerana bilangan tanda pagar yang diperoleh melalui cabaran ini yang berakhir pada 16 Mei, melebihi jangkaan, AIA PUBLIC Takaful telah memutuskan untuk meningkatkan jumlah keluarga asnaf yang akan menerima sumbangan bantuan daripada 250 kepada 1,000 buah keluarga.

“Bulan Ramadan yang mulia ini mengajar seorang Muslim antara lain untuk bersedekah dan melatih diri untuk bermurah hati serta berniat baik terhadap orang lain. Oleh itu, kempen #GymUntukJiwa oleh AIA PUBLIC Takaful ini bermatlamat mendorong rakyat Malaysia untuk terus menyebarkan nilai-nilai positif dan kebaikan bagi mencapai kehidupan yang lebih bermakna. Pemberian kecil dari seseorang mungkin mendatangkan kegembiraan kepada orang lain terutamanya mereka yang menghadapi pelbagai kesukaran dan kekangan lebih-lebih lagi dalam tempoh yang mencabar ini. Kami amat menghargai sokongan dan semangat yang ditonjolkan oleh rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakukan kebaikan dengan cara tersendiri, sama ada besar mahupun kecil, untuk kemajuan diri dan masyarakat,'' tambah Elmie.

Selain menerima Kit Semarakkan Raya yang mengandungi keperluan harian dan Raya seperti tepung, beras, minyak masak, gula, ketupat segera dan juga biskut Raya, setiap keluarga asnaf juga dibekalkan dengan AIA Carepack yang terdiri daripada cecair pembasmi kuman (hand-sanitiser), pelitup muka serta tisu basah anti-bakteria untuk membantu mereka kekal sihat dan selamat serta mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Fasa seterusnya bagi cabaran media sosial #GymUntukJiwa akan bermula dari 22 Mei bersempena dengan perayaan Aidilfitri. Untuk maklumat lanjut mengenai #GymUntukJiwa, sila layari https://www.aia.com.my/ms/gym-untuk-jiwa.html

 

–TAMAT–


Mengenai AIA PUBLIC Takaful Bhd.

AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) dimiliki bersama oleh AIA Co. Ltd. (AIA), Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (anak syarikat milik penuh PBB). Diperbadankan pada 11 Mac 2011, AIA PUBLIC Takaful memanfaatkan kedudukan kepimpinan AIA dan PBB Group serta rangkaian infrastruktur dan pengedaran yang mampan dalam industri insurans dan perbankan bagi memacu pertumbuhan dan meningkatkan kadar penetrasi Takaful Keluarga di pasaran domestik. AIA PUBLIC Takaful komited untuk menawarkan penyelesaian patuh syariah yang tepat bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan di setiap peringkat kehidupan.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, New Zealand, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $284 bilion dolar Amerika pada 31 Disember 2019.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 36 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).