APAM

Kami menawarkan pelbagai dana skim persaraan swasta yang menyokong keperluan simpanan anda agar dapat menikmati persaraan tanpa kembimbangan. 

AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. (APAM), adalah anak syarikat milik penuh AIA Bhd. yang telah diperbadankan pada 27 Julai 2012 untuk menjalankan perniagaan skim persaraan swasta (PRS) dan pengurusan dana. Dengan menggabungkan kepakaran dan pengalaman kami yang meluas dalam menguruskan skim persaraan, kami berusaha untuk melengkapi rangkaian produk AIA yang komprehensif dan menyediakan penyelesaian perancangan hayat yang memenuhi keperluan simpanan persaraan pelanggan kami.

Sebagai salah satu penyedia PRS terkemuka di Malaysia, APAM menawarkan pilihan dana konvensional dan patuh syariah kepada pelanggan kami melalui rangkaian Perunding PRS dan pengedar sah APAM. Jumlah aset di bawah pengurusan APAM pada 31 Disember 2024 berjumlah RM1.21 bilion.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Persaraan Swasta AIA, layari www.aia-prs.com.my