Memperkasakan Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna melalui kekuatan dan semangat sukan
Duta Kesihatan dan Kesejahteraan AIA Malaysia, Nur Izzuddin (kiri) dan Goh Sze Fei
Kuala Lumpur, 4 September 2025 – AIA Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan pasangan beregu lelaki badminton negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani sebagai Duta Kesihatan dan Kesejahteraan. Pelantikan ini mencerminkan komitmen AIA dalam memperkasakan rakyat Malaysia untuk menghayati nilai-nilai yang ditonjolkan oleh atlet bertaraf dunia termasuk disiplin, ketahanan, dan gaya hidup aktif sebagai teras kepada kesejahteraan menyeluruh.
Sebagai atlet kebangsaan yang disegani, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menjiwai semangat kecemerlangan dan kecekalan yang menjadikan mereka suri teladan yang tepat untuk menginspirasi rakyat Malaysia agar mengamalkan gaya hidup aktif dan bermatlamat demi mencapai Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Mengulas mengenai kerjasama ini, Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, berkata: “Di AIA, kami percaya akan kuasa sukan dalam mencetuskan perubahan positif. Ia membina daya tahan, fokus, dan keseimbangan — kualiti yang melangkaui gelanggang serta memberi kesan dalam kehidupan seharian. Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mencerminkan nilai-nilai ini melalui dedikasi dan pencapaian mereka, dan kami berbangga mengalu-alukan mereka ke dalam keluarga AIA. Menerusi kerjasama ini, kami berhasrat untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup aktif dan membudayakan pemikiran yang menyokong kesihatan jangka panjang serta perkembangan diri.”
Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin telah meraih pengiktirafan di peringkat global atas komitmen luar biasa mereka terhadap latihan holistik, fokus, dan kecekalan di pentas antarabangsa. Merangkul gelaran juara di Terbuka India serta peningkatan dalam kedudukan dunia merupakan pencapaian penting dalam kerjaya mereka dan adalah bukti jelas terhadap semangat juang serta dedikasi mereka terhadap kecemerlangan.
Dalam kenyataan bersama, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berkata:
“Kejayaan dalam sukan bukan sekadar kekuatan fizikal dan kemahiran. Kami telah merasai sendiri bagaimana sukan mampu membentuk peribadi, membina kekuatan mental serta mengajar erti konsistensi. Ia lebih daripada persaingan — ia adalah cara hidup. Kami berasa amat berbesar hati menyertai AIA Malaysia sebagai Duta Kesihatan dan Kesejahteraan, dan berharap untuk berkongsi perjalanan kami bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar kekal aktif, terus bermotivasi, dan mengambil langkah untuk mengutamakan kesejahteraan diri.”
Sebagai Duta Kesihatan dan Kesejahteraan, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin akan menyokong inisiatif AIA Malaysia dalam menyantuni komuniti dengan berkongsi pengalaman mereka sebagai atlet profesional bagi memberikan panduan praktikal mengenai kecergasan, daya tahan dan kesejahteraan secara menyeluruh. Menerusi usaha advokasi mereka, pasangan beregu badminton ini akan menekankan kepentingan membuat pilihan gaya hidup melalui langkah-langkah kecil tetapi konsisten yang mendorong kepada peningkatan kesihatan jangka panjang.
AIA Malaysia yakin bahawa perjalanan serta komitmen mereka yang menginspirasikan ini akan memotivasikan rakyat Malaysia sekali gus menggalakkan lebih ramai individu untuk mengambil langkah bermakna ke arah menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan danBermakna.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengumuman dan inisiatif terkini AIA Malaysia, sila layari www.aia.com.my
–Tamat –
Mengenai AIA Malaysia
AIA Malaysia adalah sebahagian daripada AIA Group, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 75 tahun.
Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.
Menerusi rangkaian pusat khidmat pelanggan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,400 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 16,000 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 5.2 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Mengenai AIA Group
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Selain itu, AIA juga mempunyai pegangan saham 24.99 peratus dalam China Post Life Insurance Co., Ltd.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $328 bilion Dolar Amerika pada 30 Jun 2025.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 43 juta pemegang polisi individu dan 16 juta ahli skim insurans berkelompok.
AIA Group disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” bagi kaunter HKD dan “81299” bagi kaunter RMB dengan Resit Depositari Amerika (Tahap 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter di bawah simbol ticker “AAGIY”.