Kuala Lumpur, 26 Mac 2020 – AIA Malaysia hari ini mengumumkan tawaran bantuan kewangan kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan hospital yang berkhidmat di hospital-hospital rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terlibat dalam pemeriksaan dan rawatan pesakit COVID-19 di Malaysia. Tawaran ini adalah sebagai tanda penghargaan AIA atas pengorbanan dan sumbangan yang diberikan oleh komuniti perubatan dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai petugas barisan hadapan bagi mengekang penularan wabak tersebut.
Bantuan kewangan yang ditawarkan merangkumi manfaat-manfaat berikut:
- Elaun Kesulitan: Sekiranya mana-mana doktor, jururawat atau kakitangan hospital disahkan positif COVID-19 akibat menjalankan tugas, mereka akan menerima elaun kesulitan sebanyak RM1,000 yang dibayar sekali sahaja.
- Bantuan Ihsan: Sekiranya berlaku kematian kepada mana-mana doktor, jururawat atau kakitangan hospital akibat COVID-19, pembayaran sekaligus sebanyak RM10,000 akan dibayar kepada waris mereka.
Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., berkata: “Usaha gigih dan dedikasi yang ditunjukkan para doktor, jururawat dan kakitangan hospital negara kita adalah amat mengharukan dan dikagumi. Wira-wira negara ini merupakan barisan pertahanan pertama dalam usaha kita untuk memerangi penularan COVID-19 dan kami berharap melalui sumbangan ini, kami dapat membantu memberi ketenangan fikiran kepada mereka serta ahli keluarga mereka dalam perjuangan menentang wabak ini.
“Kami menghargai dan berterima kasih kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan hospital atas pengorbanan mereka sepanjang tempoh sukar ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita turut bersatu mengharungi cabaran ini dan berharap agar kita dapat mengatasinya bersama-sama,” tambah beliau.
Bantuan kewangan yang ditawarkan kepada para doktor, jururawat dan kakitangan hospital bermula dari 1 Mac 2020 hingga 30 Jun 2020, atau apabila jumlah dana sebanyak RM2 juta telah diagihkan sepenuhnya (yang mana lebih awal), tanpa sebarang tempoh menunggu.
Sumbangan ini merupakan susulan daripada pengumumuan awal AIA untuk memberikan perlindungan insurans dan takaful tambahan secara percuma kepada para pelanggan, kakitangan dan Perancang Hayat AIA. Perlindungan tersebut juga menyediakan manfaat kemasukan hospital dan manfaat kematian yang merupakan sebahagian daripada komitmen AIA dalam menjaga kebajikan para pelanggan, kakitangan dan tenaga agensinya agar mereka kekal dilindungi.
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan ini, sila layari www.aia.com.my/ms/aiacares.html
–TAMAT–
Mengenai AIA Bhd.
AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.
Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekukuhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3.9 juta pelanggan kami di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2019, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM54.7 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Kemboja, 97 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Pada April 2019, AIA juga diberikan kelulusan sebagai pemohon pilihan untuk beroperasi di Myanmar menerusi pemilikan 100 peratus anak syarikatnya
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $256 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2019.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 34 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkumpulan.
Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).