Soalan Lazim
Pelan insurans/takaful hayat akan membayar sejumlah wang sekali gus berdasarkan jumlah perlindungan anda kepada orang (atau orang-orang) yang dinamakan dalam pelan anda sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK)
Sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK), anda mungkin akan kehilangan punca pendapatan anda. Sebuah pelan insurans/takaful hayat direka bagi memberi anda atau orang/orang-orang yang anda namakan sebagai penerima sebuah bayaran sekali gus sekiranya anda mengalami kejadian yang tidak diingini agar keluarga anda boleh mendapat bantuan kewangan semasa mereka memerlukan. Jumlah ini boleh dimanfaatkan dalam banyak cara, seperti mahu melunaskan bayaran tertunggak, perbelanjaan pengebumian serta mengekalkan gaya hidup yang biasa bagi mereka.
AIA menawarkan tiga jenis pelan insurans/takaful hayat yang memenuhi keperluan berbeza:
- Asas: Memberi anda perlindungan asas yang penting.
- Komprehensif: Memberi perlindungan menyeluruh bagi keperluan anda.
- Tambahan: Pelan fleksibel yang anda boleh tambah kepada pelan perlindungan anda bagi memenuhi keperluan anda yang khusus.
Selain memberi anda dan keluarga anda perlindungan kewangan, pelan insurans dan takaful hayat kami direka secara unik bagi memberi penyelesaian kesihatan dan kekayaan yang menyeluruh, serta memberi anda ganjaran manfaat yang lebih menguntungkan pelan anda jika anda membuat pilihan lebih sihat dengan AIA Vitality.
AIA Vitality ialah program kesihatan dan kecergasan kami yang membantu anda hidup lebih baik dan memberi ganjaran bagi semua pilihan sihat anda. Apabila anda berubah kepada gaya hidup yang lebih baik, anda juga boleh menikmati ganjaran dan tawaran eksklusif ditambah dengan manfaat tambahan kepada pelan anda seperti bayaran tunai semula, naik taraf manfaat dan banyak lagi.