pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA Malaysia Jalin Kerjasama dengan BIG CARiNG GROUP bagi Meluaskan Akses Kesihatan Digital untuk Pelanggan

8 Oktober 2025 dot Bacaan 2 min

Perkongsian strategik perluaskan penjagaan digital mampu milik dengan akses doktor 24/7 dan penghantaran ubat yang pantas melalui aplikasi AIA+

Ketua Pegawai Penyelesaian Korporat dan Penjagaan Kesihatan AIA Malaysia, Tung Hsiao Ley (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIG CARiNG GROUP, Lee Meng Chuan (kanan) menandakan pelancaran kerjasama strategik bagi memperluas rangkaian penjagaan kesihatan AIA Malaysia serta mepertingkatkan perkhidmatan kesihatan digital untuk para pelanggan secara eksklusif melalui aplikasi mudah alih AIA+.

Kuala Lumpur, 8 Oktober 2025 – AIA Malaysia hari ini mengumumkan satu kerjasama strategik dengan BIG CARiNG GROUP, salah satu rangkaian farmasi terkemuka di Malaysia ke dalam rangkaian rakan penyedia penjagaan kesihatannya. BIG CARiNG GROUP menggabungkan rangkaian farmasi komuniti yang dipercayai termasuk BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Ting Pharmacy dan Wellings Pharmacy. Kerjasama ini memperkenalkan pakej lengkap perkhidmatan kesihatan digital secara eksklusif melalui aplikasi mudah alih AIA+ bagi meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk para pelanggannya.

Menerusi kerjasama ini, AIA menawarkan pelanggan cara yang mudah untuk mengurus keperluan kesihatan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Melalui aplikasi mudah alih AIA+, pelanggan boleh:

  • Berhubung dengan doktor bertauliah dan diperakui untuk telekonsultasi 24/7.
  • Menerima preskripsi digital serta-merta dan rujukan pakar.
  • Mengatur penghantaran ubat secara percuma ke seluruh negara, termasuk:
    • Penghantaran pada hari yang sama di Semenanjung Malaysia
    • Penghantaran dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke Sabah & Sarawak
    • Pilihan untuk mengambil sendiri di cawangan farmasi terpilih di seluruh negara

Tung Hsiao Ley, Ketua Pegawai Penyelesaian Korporat dan Penjagaan Kesihatan AIA Malaysia berkata: “Kerjasama ini meletakkan penjagaan kesihatan berkualiti terus di tangan pelanggan kami — pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Dengan membawa BIG CARiNG GROUP ke dalam kumpulan rakan penyedia kami yang dipercayai dan menggabungkan komitmen AIA terhadap penjagaan kesihatan yang boleh diakses, berpatutan dan berkesan dengan rangkaian BIG CARiNG GROUP di seluruh negara, kami berusaha untuk menangani kekangan dan halangan kepada rawatan tepat pada masanya dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan mereka. Ini merupakan satu langkah ke hadapan yang bermakna dalam misi kami untuk membantu orang ramai menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan, dan Bermakna.”

Lee Meng Chuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIG CARiNG GROUP berkata: “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan AIA Malaysia untuk membawa perkhidmatan kesihatan digital dengan lebih dekat kepada rakyat Malaysia. Dengan rangkaian kami yang meluas di seluruh negara, kerjasama ini membolehkan kami menyampaikan penjagaan kesihatan tepat pada masanya serta perkhidmatan yang dipercayai kepada komuniti besar dan kecil. Dengan mengintegrasikan perkhidmatan farmasi kami ke dalam aplikasi mudah alih AIA+, kami menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah diakses dengan membolehkan pelanggan menerima ubat-ubatan tepat pada masanya, rundingan pakar serta penjagaan yang dipercayai terus melalui telefon mereka, sama ada mereka berada di bandar atau pekan kecil. Bersama AIA, kami komited untuk terhadap inovasi yang dapat mentakrif semula pengalaman dan perjalanan penjagaan kesihatan rakyat Malaysia.”

Kerjasama ini merupakan elemen teras dalam strategi penjagaan kesihatan bersepadu AIA bagi menjadikan perkhidmatan kesihatan lebih mudah diakses, berpatutan dan berkesan, di samping memanfaatkan rangkaian BIG CARiNG GROUP di seluruh negara untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan mudah kepada rakyat Malaysia. Perkhidmatan kesihatan digital ini tersedia untuk semua pelanggan AIA dan boleh diakses dengan selamat serta mudah melalui aplikasi mudah alih AIA+.

Bagi meraikan pelancaran kerjasama ini, tawaran eksklusif kini boleh didapati di lebih 600 cawangan farmasi BIG CARiNG GROUP, istimewa kepada pengguna aplikasi mudah alih AIA+ yang boleh menikmati pelbagai diskaun serta promosi khas.

Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan farmasi BIG CARiNG GROUP yang mengambil bahagian, log masuk ke aplikasi mudah alih AIA+ atau layari www.aia.com.my untuk berita dan pengumuman terkini daripada AIA Malaysia.

–Tamat –


Mengenai AIA Malaysia

AIA Malaysia adalah sebahagian daripada AIA Group, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 75 tahun.

Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Menerusi rangkaian pusat khidmat pelanggan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,400 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 16,000 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 5.2 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Mengenai AIA Group

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Selain itu, AIA juga mempunyai pegangan saham 24.99 peratus dalam China Post Life Insurance Co., Ltd.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $328 bilion Dolar Amerika pada 30 Jun 2025.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 43 juta pemegang polisi individu dan 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

AIA Group disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” bagi kaunter HKD dan “81299” bagi kaunter RMB dengan Resit Depositari Amerika (Tahap 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter di bawah simbol ticker “AAGIY”.

Mengenai BIG CARiNG GROUP

BIG CARiNG GROUP adalah rangkaian farmasi terbesar di Malaysia, yang menghimpunkan BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy, Georgetown Pharmacy, Ting Pharmacy dan Wellings Pharmacy di bawah satu kumpulan. Dengan lebih 50 tahun pengalaman dalam peruncitan farmasi serta lebih daripada 600 cawangan di seluruh negara, Kumpulan ini berkhidmat kepada berjuta-juta rakyat Malaysia. Jangkauannya meliputi 6.5 juta ahli setia, lebih 4.5 juta transaksi bulanan, serta 5,000 titik sentuhan termasuk hospital, klinik dan pusat fisioterapi.

Selain peruncitan, BIG CARiNG GROUP sedang membina Kumpulan Penjagaan Kesihatan Bersepadu No.1 di Asia Tenggara dengan ekosistem holistik yang merangkumi kesihatan digital, penjagaan primer, penjagaan kesihatan korporat, pengedaran, jenama persendirian dan pembuatan. Disokong oleh puluhan tahun penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kerjasama dengan lebih 3,000 rakan kongsi tempatan dan antarabangsa, Kumpulan ini terus mentakrifkan semula akses dan inovasi penjagaan kesihatan, disatukan oleh visi bersama untuk penjagaan kesihatan yang berkualiti dan lebih pintar.