pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

18 Sekolah Menang AS$100,000 bagi Inisiatif Berimpak yang Diterajui Pelajar di Majlis Anugerah AIA Healthiest Schools

16 Jun 2026 dot Bacaan 3 min

Pertandingan AHS mencatat peningkatan penyertaan tahun ke tahun, dengan kemenangan pertama bagi sekolah SJK(T) dan Sabah

Kuala Lumpur, 16 Jun 2026 – Inisiatif cemerlang yang diterajui pelajar menjadi tumpuan utama hari ini apabila AIA Malaysia mengiktiraf 18 sekolah rendah dan menengah di Majlis Anugerah AIA Healthiest Schools (AHS), sebagai penghargaan terhadap usaha inovatif dan penuh impak mereka dalam memupuk kesejahteraan pelajar serta memacu perubahan bermakna dalam komuniti sekolah.

Maljis anugerah tahun ini merupakan kemuncak bagi edisi ketiga Pertandingan AHS – acara utama di bawah program AHS. Pertandingan yang berlangsung dari Oktober 2025 hingga Mac 2026 telah menerima lebih 140 penyertaan daripada sekolah kerajaan, swasta dan antarabangsa di seluruh negara.

Penyertaan untuk Pertandingan AHS menunjukkan peningkatan ketara sejak dilancarkan pada tahun 2023, meningkat daripada 36 penyertaan pada tahun pertama kepada 63 pada 2025, dan meningkat lebih dua kali ganda pada tahun 2026. Momentum peningkatan ini mencerminkan impak program yang semakin meluas serta komitmen tinggi sekolah dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih sihat dan menyokong.

Menariknya, pertandingan tahun ini turut mencatatkan pencapaian signifikan dengan kemenangan pertama daripada sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)), selain pengiktirafan bagi sebuah sekolah di Sabah, sekali gus menandakan jangkauan capaian program yang semakin luas dan lebih inklusif.

Sekolah-sekolah yang menang telah dipilih oleh panel juri AHS berdasarkan skop dan pelaksanaan projek, tahap keterlibatan guru, pelajar dan komuniti, impak keseluruhan serta kelestarian jangka panjang. Kesemua sekolah menerima hadiah wang tunai berjumlah AS$100,000 (sekitar RM450,000) di bawah kategori ‘Pemenang’ dan ‘Kepujian’ bagi peringkat sekolah rendah dan menengah.

Bagi kategori sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Manir di Terengganu muncul sebagai pemenang tempat pertama dengan inisiatif ‘Sihat Aktif Manirian (S.A.M)’, iaitu program berasaskan data di peringkat sekolah yang dibangunkan bagi menangani peningkatan tahap

indeks jisim badan (BMI) serta gaya hidup tidak aktif dalam kalangan 658 murid sekolah berkenaan. Inisiatif ini memupuk rutin harian yang sihat secara kendiri dengan sokongan guru, ibu bapa serta penggunaan alatan digital, sekaligus menggalakkan murid bertanggungjawab terhadap kesihatan diri melalui amalan harian yang konsisten.

Pemenang Kategori Sekolah Rendah

Tempat Pertama (AS$ 10,000 / RM 45,000) : Sekolah Kebangsaan Manir (Terengganu)

Tempat Kedua (AS$ 7,500 / RM 33,700)     : SJK(C) Pui Ying (Selangor)

Tempat Ketiga (AS$ 7,500 / RM 33,700)         : SJK(T) Ladang Bukit Rajah (Selangor)

Tempat Keempat (AS$ 7,500 / RM 33,700)   : SK Titi To’ Bandar (Perlis)

Kepujian (AS$ 3,500 / RM 15,700 setiap penerima)

  1. SK Beting Lintang (Terengganu)
  2. SK Putrajaya Presint 11(1) (Putrajaya)
  3. SJK (C) Tun Tan Cheng Lock (Selangor)
  4. Sekolah Kebangsaan Saujana Utama Ijok (Selangor)
  5. SK Mergong (Kedah)

Bagi kategori sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang di Perlis muncul juara menerusi Harumanis Mango Cultivation Project’. Inisiatif ini menyediakan pelajar di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan kemahiran praktikal dalam bidang pertanian melalui pembelajaran secara hands-on, daripada penanaman dan penjagaan pokok mangga hingga ke proses penuaian dan pembungkusan. Projek ini turut meningkatkan keyakinan diri, memupuk sikap berdikari dan melengkapkan murid dengan kemahiran bernilai untuk masa depan.

Pemenang Kategori Sekolah Menengah

Tempat Pertama (AS$ 10,000 / RM 45,000) : SMK Sanglang (Perlis)

Tempat Kedua (AS$ 7,500 / RM 33,700)        : SMK Bukit Kuching Tengah (Selangor)

Tempat Ketiga (AS$ 7,500 / RM 33,700)         : SMK Puteri Ampang (Kuala Lumpur)

Tempat Keempat (AS$ 7,500 / RM 33,700)   : SMK Tambunan (Sabah)

Kepujian (AS$ 3,500 / RM 15,700 setiap penerima)

  1. SMK Tok Dor (Terengganu)
  2. SMK Kuala Jenderis (Terengganu)
  3. SMK Seri Kundang (Selangor)
  4. SMK Rantau Panjang (Selangor)
  5. SMK Sultan Sulaiman Shah (Selangor)

Berucap di majlis anugerah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, Heng Zee Wang berkata, “Sejak diperkenalkan, program AIA Healthiest Schools telah berkembang menjadi salah satu inisiatif komuniti paling bermakna yang memperkasa pelajar untuk mengutamakan dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan mereka. Kami amat berbesar hati melihat amalan gaya hidup sihat dipraktikkan dalam kehidupan harian di sekolah dan bukan sekadar usaha sekali sahaja, tetapi menjadi sebahagian daripada cara mereka belajar, berinteraksi dan berkembang.”

“Jumlah penyertaan yang amat menggalakkan dalam pertandingan tahun ini, bersama kemenangan pertama daripada sekolah SJK(T) dan Sabah, turut mencerminkan bagaimana program ini berjaya menjangkau komuniti sekolah yang lebih luas di seluruh negara. Kami berbangga kerana program ini terus memupuk kreativiti dan semangat berpasukan yang menghasilkan pelbagai inisiatif yang memberi impak bermakna kepada komuniti sekolah.”

Pemenang tempat pertama, Sekolah Kebangsaan Manir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang akan mewakili Malaysia di Anugerah Serantau AIA Healthiest Schools yang bakal berlangsung pada Julai ini di Bangkok, Thailand. Kedua-dua sekolah akan bersaing dengan pemenang dari lapan (8) pasaran AIA yang lain: China, Hong Kong, Thailand, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Sri Lanka.

“Kami amat menghargai komitmen semua sekolah yang mengambil bahagian serta sokongan daripada Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, rakan pendidikan kami, LeapEd dan panel juri. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para guru dan pelajar atas dedikasi tinggi dalam menjayakan usaha-usaha ini. Melihat kepada momentum positif ini, kami berharap lebih banyak sekolah akan menyertai program ini agar kita dapat melahirkan generasi masa depan yang lebih berdaya tahan serta memperkasa mereka untuk menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna,” tambah Zee Wang.

Disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, program AHS diperkenalkan bagi membantu sekolah mempromosikan pemakanan sihat, gaya hidup aktif, kesejahteraan mental serta kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar berusia antara lima (5) hingga 16 tahun. Program ini menyediakan bahan dan sumber pengajaran percuma dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin, selain modul berstruktur dan bengkel praktikal bagi membantu guru-guru memperkenalkan konsep kesihatan dan kesejahteraan secara berkesan di dalam bilik darjah.

Sekolah yang berminat untuk mendaftar boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://ahs.aia.com/my/ms, yang turut menyediakan akses kepada bahan dan sumber pengajaran. Penyertaan bagi edisi keempat Pertandingan AHS akan dibuka mulai Oktober 2026.

–TAMAT–


Mengenai AIA Malaysia

AIA Malaysia adalah sebahagian daripada AIA Group, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 75 tahun.

Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Menerusi rangkaian pusat khidmat pelanggan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,400 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 16,000 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 6.3 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Selain itu, AIA juga mempunyai pegangan saham 24.99 peratus dalam China Post Life Insurance Co., Ltd.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $345 bilion Dolar Amerika pada 31 Disember 2025.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 44 juta pemegang polisi individu dan 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

AIA Group disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” bagi kaunter HKD dan “81299” bagi kaunter RMB dengan Resit Depositari Amerika (Tahap 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter di bawah simbol ticker “AAGIY”.