Konsert dianjurkan bersempena ulang tahun ke-10 AIA Vitality - meraikan sedekad usaha memperkasa rakyat Malaysia menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Kuala Lumpur, 11 Mei 2026 – AIA Malaysia hari ini mengumumkan penganjuran Konsert AIA Generasi Malaysia 2026, sebuah konsert berskala besar yang bakal menghimpunkan 10,000 rakyat Malaysia merentas generasi bagi meraikan ulang tahun ke‑10 AIA Vitality serta komitmen AIA dalam membantu rakyat Malaysia menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Konsert ini akan berlangsung pada Ahad, 20 September 2026, jam 8.30 malam di Unifi Arena Bukit Jalil dan menampilkan barisan artis Malaysia daripada pelbagai generasi termasuk Michael Wong 光良 , Ernie Zakri, 3P, MimiFly dan K-Town Clan. Menggabungkan genre pop, balada dan hip‑hop, artis-artis ini mewakili suara, era dan aliran berbeza dalam industri muzik tempatan yang disatukan di satu pentas untuk mencipta pengalaman dan persembahan muzik secara langsung yang unik dan merentas generasi.
Berteraskan semangat AIA Generasi Malaysia, konsert ini mencerminkan kepercayaan AIA bahawa kesejahteraan bukan sekadar kesihatan fizikal semata-mata, malah merangkumi hubungan bermakna, kegembiraan yang dikongsi bersama serta pengalaman yang menyatukan masyarakat. Konserti ini turut dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia yang meraikan kekayaan identiti budaya negara dengan menyatukan pelbagai suara, genre dan generasi di satu pentas — sekali gus melambangkan perjalanan bersama rakyat Malaysia serta komitmen kolektif ke arah kesejahteraan yang lebih baik untuk hari ini dan generasi akan datang.
Chai Tze Siang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia berkata, “Sepanjang sedekad lalu, AIA Vitality telah menyokong rakyat Malaysia dalam mengambil langkah praktikal, setiap hari ke arah kesihatan yang lebih baik. Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 menzahirkan falsafah yang sama — bahawa impak berpanjangan terhasil melalui pengalaman yang bermakna, usaha dan tindakan yang konsisten serta komuniti yang kukuh. Dengan menyatukan masyarakat melalui muzik, kami meraikan bahawa kehidupan berkualiti bukan sekadar diukur melalui tempoh hayat, tetapi sejauh mana kita menjalani kehidupan dengan sebaiknya, selari dengan usaha berterusan kami untuk membantu rakyat Malaysia membina kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna untuk generasi akan datang.”
Sebagai sebahagian daripada kempen ulang tahun ke‑10 AIA Vitality, AIA Malaysia akan turut melaksanakan pelbagai inisiatif digital serta kolaborasi bersama rakan media dan radio yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi tiket konsert dan menjadi sebahagian daripada pengalaman ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Konsert AIA Generasi Malaysia 2026, sila layari https://www.aia.com.my/aiagenerasimalaysia.
–Tamat–
Mengenai AIA Vitality
AIA Vitality merupakan program kesihatan berasaskan sains pertama dan tunggal di Asia. Ia menyediakan ahli-ahli dengan pengetahuan, alat dan motivasi untuk membawa kepada perubahanan tingkah laku positif pada jangka masa panjang yang seterusnya dapat memupuk kehidupan yang lebih sihat. Ahli-ahli AIA Vitality diberi insentif untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan pelbagai manfaat meluas termasuk manfaat insurans tambahan terhadap pelan-pelan insurans dan takaful terpilih serta penjimatan dan diskaun yang disediakan oleh rakan-rakan AIA Vitality.
Mengenai AIA Malaysia
AIA Malaysia adalah sebahagian daripada AIA Group, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 75 tahun.
Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.
Menerusi rangkaian pusat khidmat pelanggan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,400 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 16,000 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 6.3 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Selain itu, AIA juga mempunyai pegangan saham 24.99 peratus dalam China Post Life Insurance Co., Ltd.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $345 bilion Dolar Amerika pada 31 Disember 2025.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 44 juta pemegang polisi individu dan 16 juta ahli skim insurans berkelompok.
AIA Group disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” bagi kaunter HKD dan “81299” bagi kaunter RMB dengan Resit Depositari Amerika (Tahap 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter di bawah simbol ticker “AAGIY”.