pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

Hari Amal AIA Touching Lives Kumpul Lebih RM234000 untuk 14 NGO

12 September 2019 dot Bacaan 7 min
Kapsyen foto: Ahli-ahli EXCO AIA Malaysia bersama wakil dari 14 NGO Pada Hari Amal AIA Touching Lives.

Kuala Lumpur, 12 September 2019 – Buat julung kalinya, AIA Malaysia telah bekerjasama dengan 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai kepentingan awam bersempena dengan Hari Amal AIA Touching Lives. Acara yang diadakan di ibu pejabat syarikat tersebut di Menara AIA pada 6 September 2019 dianjurkan dengan matlamat memberi peluang kepada kakitangannya meluangkan masa dan tenaga untuk mengumpul dana disamping mempelajari dengan lebih mendalam tentang usaha-usaha unik NGO tersebut.

Bertemakan “Pasaran-pasaran Malaysia”, lebih daripada 500 kakitangan AIA daripada 14 jabatan bersama-sama rakan NGO mereka mengelola 14 gerai berlainan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, hiasan buatan tangan beserta barangan cenderahati yang dihasilkan pihak NGO. Kesemua 14 gerai tersebut juga dihiasi unsur-unsur yang mewakili 14 negeri di Malaysia.

Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang hari amal termasuk cabutan bertuah, pertandingan gerai tercantik dan program derma darah. Kakitangan dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan pemuzik berbakat, Caliph Buskers.

Usaha gigih dan dedikasi kakitangan AIA membuahkan hasil kerana berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM163,000 pada hari amal serta aktiviti pra-jualan yang berlangsung tiga minggu sebelum acara tersebut. Di samping itu, AIA Malaysia juga menyumbangkan dana tambahan kepada setiap NGO, menjadikan jumlah sumbangan melebihi RM234,000.

14 NGO yang terbabit pada hari amal AIA Touching Lives adalah Autism Café Project; Buku Jalanan Chow Kit; Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAPAM); Association of Learning Disabilities, Petaling Jaya District - Generating Opportunities for Learning Disables (GOLD); Malaysian Mental Health Association (MMHA); MERCY Malaysia; Mums Sew with Love; National Cancer Society Malaysia (NCSM); Orphancare; Supermum Bakery; We Love Charity; Women of Will; Yayasan Sunbeams Home; and Yayasan Jantung Malaysia.

 

–TAMAT–


Mengenai AIA Bhd.

AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.

Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekukuhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3.9 juta pelanggan kami di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2019, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM54.7 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Kemboja, 97 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Pada April 2019, AIA juga diberikan kelulusan sebagai pemohon pilihan untuk beroperasi di Myanmar menerusi pemilikan 100 peratus anak syarikatnya

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $256 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2019.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 34 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkumpulan.

Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).