pageheroimage

Siaran Akhbar

SIARAN AKHBAR

AIA Dinobat Syarikat MDRT Nombor Satu di Malaysia Buat Kali Kesembilan

11 Julai 2025 dot Bacaan 1 min

Kuala Lumpur, 11 Julai 2025 – AIA Malaysia sekali lagi meraih pengiktirafan sebagai syarikat ‘Million Dollar Round Table’ (MDRT) nombor satu di Malaysia, menjadikan ia kejayaan buat kali kesembilan dengan seramai 870 Perancang Hayat (ejen) mencapai kelayakan MDRT, termasuk 14 ahli ‘Top of the Table’ (TOT), 74 ahli ‘Court of the Table’ (COT) dan 782 ahli MDRT.

Pencapaian ini mengukuhkan lagi kepimpinan global AIA Group dengan sejumlah 19,358 ahli berkelayakan MDRT direkodkan di seluruh pasarannya setakat Julai 2025. Ia juga menandakan tahun ke-11 berturut-turut AIA Group diiktiraf sebagi syarikat MDRT multinasional terkemuka di dunia sekaligus membuktikan kekuatan serantau serta komitmen berterusan kumpulan untuk membangunkan tenaga agensi profesional bertaraf dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, Ben Ng berkata, “Pencapaian ini mencerminkan komitment AIA untuk membina tenaga agensi yang paling professional yang membantu pelanggan kami menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna disamping memberikan ketenangan fikiran kepada mereka dan yang tersayang. Sebagai peneraju utama dalam bilangan ahli berkelayakan MDRT, kami sekali lagi menjadi penanda aras bagi kecemerlangan di Malaysia.”

Selain itu, AIA Malaysia turut meraih pengiktirafan global berikut dalam kedudukan MDRT 2025:

  1. 20 Syarikat Teratas Kedudukan Global pada tahun 2025
  2. 15 Syarikat Teratas mengikut Pengekalan (Retention)
  3. 20 Syarikat Teratas berdasarkan Ahli Wanita

Pencapaian ini mencerminkan tumpuan berterusan AIA Malaysia dalam memupuk premier advisor profesional yang didorong oleh tujuan melalui latihan bertaraf dunia, alatan digital terkemuka dan budaya kecemerlangan perkhidmatan yang tinggi.

MDRT ialah persatuan global bagi profesional kewangan terkemuka di dunia. Keahlian ini diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai standard kecemerlangan dalam sektor insurans hayat dan perkhidmatan kewangan yang memerlukan ahlinya untuk memenuhi penanda aras pencapaian yang ketat serta mengekalkan tahap etika dan profesionalisme tertinggi.

–TAMAT–


Mengenai AIA Malaysia

AIA Malaysia adalah sebahagian daripada AIA Group, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 75 tahun.

Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Menerusi rangkaian pusat khidmat pelanggan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,400 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 16,000 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 5.2 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

Mengenai AIA

AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India. Selain itu, AIA juga mempunyai pegangan saham 24.99 peratus dalam China Post Life Insurance Co., Ltd.

Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $305 bilion Dolar Amerika pada 31 Disember 2024.

AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 43 juta pemegang polisi individu dan 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

AIA Group disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” bagi kaunter HKD dan “81299” bagi kaunter RMB dengan Resit Depositari Amerika (Tahap 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter di bawah simbol ticker “AAGIY”.