Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.

    • Perlindungan Perubatan

      Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.

    • Simpanan & Pelaburan

      Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.

    • Perlindungan Kemalangan

      Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi sepanjang Ramadhan:
      Isnin – Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Roadside Assist

2021
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Bila Kesihatan Jadi Keutamaan: AIA Memperkasa Rakyat Malaysia untuk Hidup Lebih Sihat dengan Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh yang Komprehensif

    20/05/2021


    Kuala Lumpur, 20 Mei 2021 – Bangkit dari situasi mencabar pada tahun 2020 dan menghadapi permulaan tahun 2021 dengan penuh waspada dan berhati-hati telah menyebabkan ramai individu terus mengutamakan keperluan kesihatan ketika musim pandemik ini.  Menyedari akan kebimbangan yang semakin meningkat, AIA Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pembaharuan kepada ekosistem kesihatan dan kesejahteraannya - memperkukuhkan lagi usaha syarikat menyokong rakyat Malaysia dalam perjalanan kesihatan mereka disamping membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    Dengan ekosistem yang diperbaharui dan difokuskan semula – Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution) - dibina berdasarkan asas tiga tunggak utama: Hidup Sebaiknya (Live Well), Lindungi Sebaiknya (Protect Well) dan Pulih Sebaiknya (Get Well). Secara kolektifnya, ia memperlihatkan kedalaman dan keluasan ekosistem kesihatan dan kesejahteraan komprehensif yang tersedia buat pelanggan, selari dengan janji syarikat insurans dan takaful berkenaan untuk sentiasa berada di sisi pelanggan bukan hanya untuk ‘sehari’ atau ‘sekiranya berlaku sesuatu’ namun sebaliknya pada ‘setiap hari’.

    Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: “Cabaran kesihatan yang tidak diduga dan sukar diramal yang dihadapi pada tahun lalu mengukuhkan lagi keperluan untuk menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang lebih komprehensif dan berinovatif serta melangkaui konsep perlindungan tradisional.

    "Sejak bermulanya pandemik, kita melihat lebih ramai rakyat Malaysia mahukan lebih manfaat dari pelan insurans dan takaful mereka. Mereka menghargai sokongan dan panduan menyeluruh mengenai langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik, dan pada masa yang sama mendapat ganjaran kerana membuat pilihan yang lebih sihat. Memahami perkara ini, pengenalan Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh kami adalah berdasarkan konsep nilai bersama, di mana kami telah mencipta perkongsian simbiotik perkhidmatan dan produk yang akan mengiringi perjalanan kesihatan pelanggan kami.

    “Tunggak pertama iaitu Hidup Sebaiknya adalah program kesihatan kami – AIA Vitality – yang menyokong pelanggan kami untuk menjadi lebih sihat. Tunggak kedua; Lindungi Sebaiknya merangkumi penyelesaian produk komprehensif dan inovatif yang memberikan tawaran yang lebih baik dan manfaat insurans atau faedah takaful tambahan kepada pelanggan jika mereka kekal sihat dengan AIA Vitality. Tunggak terakhir adalah Pulih Sebaiknya yang mempamerkan perbezaan perkhidmatan penjagaan kesihatan kami yang berperanan menyokong perjalanan rawatan dan pemulihan pelanggan kami.”

    AIA juga turut mengumumkan satu siri penambahbaikan dan perkongsian strategik baru untuk melengkapkan pelancaran Penyelesaian Kesihatan Menyeluruhnya:

    1.    HIDUP SEBAIKNYA dengan AIA Vitality

    • Dilancarkan pada tahun 2016, AIA Vitality adalah sebuah program kesihatan unik AIA yang memotivasikan ahlinya untuk membuat pilihan yang lebih sihat dalam kehidupan seharian mereka.
    • Bermula dengan penjejakan kecergasan, diskaun makanan sihat dan kemudiannya, penjejak tidur, program ini menawarkan ilmu pengetahuan, alat dan motivasi kepada ahlinya bagi menggalakkan perubahan tingkah laku positif berjangka panjang untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Ia dikuasakan oleh platform digital interaktif dan inovatif AIA, iaitu aplikasi My AIA.
    • Berkuat kuasa 1 April 2021, AIA Vitality telah memperkenalkan ciri pengesanan makanan baru ke dalam aplikasi My AIA yang membolehkan ahli merekodkan pengambilan makanan harian mereka dan menerima skor yang berdasarkan AI untuk setiap hidangan mereka. Para ahli juga akan menerima maklum balas segera mengenai pilihan makanan dan petua bagaimana untuk memperbaiki diet mereka. Dikuasakan oleh syarikat sains data dan kesihatan digital Holmusk, ahli juga dapat menikmati kandungan dan pengisian berguna tentang pemakanan sihat dan nutrient.
     

    2.    LINDUNGI SEBAIKNYA dengan penyelesaian produk yang komprehensif dan inovatif

    • Walaupun AIA dikenali dengan pilihan insurans dan penyelesaian takaful yang meluas yang direka bagi melindungi rakyat Malaysia di pelbagai peringkat kehidupan, AIA memahami keperluan untuk terus berinovasi mengikut peredaran masa dan permintaan pengguna.
    • Baru-baru ini AIA telah memperkembangkan portfolio perubatannya yang kini menawarkan pelan A-Plus Health Guard. Pelan ini membolehkan pekerja bergaji meningkatkan perlindungan perubatan mereka sebagai tambahan kepada perlindungan yang disediakan oleh majikan/syarikat mereka melalui AIA.
    • Ia juga telah melancarkan pelan Penyakit Kritikal baru yang memenuhi keperluan pelanggan konvensional dan takaful yang menawarkan perlindungan terhadap 180 keadaan penyakit kritikal.
    • Selain itu, kebanyakan pelan perubatan dan penyakit kritikal terkini AIA menawarkan perlindungan terhadap penyakit berkaitan pandemik dan caj rawatan hospital, termasuk rawatan untuk komplikasi atau kesan sampingan yang memerlukan kemasukan ke hospital setelah mengambil vaksin COVID-19 yang diluluskan.
     

    3.    PULIH SEBAIKNYA dengan perkhidmatan kesihatan yang berbeza

    • Komitmen AIA untuk berada di sisi pelanggan yang sedang memerangi penyakit serius sepanjang proses rawatan dan pemulihan mereka diperkukuhkan lagi dengan kerjasama berterusannya dengan Medix, sebuah syarikat yang pakar dalam perkhidmatan pengurusan perubatan global yang berkualiti. Perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) dari Medix memastikan bahawa pelanggan mendapat nasihat perubatan peribadi mengenai rancangan rawatan terbaik untuk penyakit mereka, dari peringkat diagnosis hingga pemulihan.
    • Selain daripada Medix, AIA juga teruja untuk memperkenalkan kerjasama terbarunya bersama DOC2US, penyedia telemedik kesihatan, yang mendorong usaha AIA dalam perkhidmatan kesihatan digital. Bermula dari 8 April 2021, pelanggan individu dan korporat AIA dapat menggunakan perkhidmatan dari DOC2US seperti rundingan dalam talian dengan pakar kesihatan, preskripsi ubat (e-Preskripsi) dan penghantaran ubat ke rumah, dengan harga istimewa. Perkhidmatan ini tersedia melalui aplikasi My AIA.
     

    “Penambahbaikan dan kerjasama baru ini memperkuatkan lagi komitmen kami untuk menyediakan Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh kepada semua pelanggan AIA. Walaupun secara amnya, syarikat insurans dan takaful cenderung dalam memberi tumpuan untuk melindungi pelanggan, kami di AIA sentiasa mencabar diri untuk terus menawarkan perkhidmatan yang bukan hanya sekadar perlindungan semata-mata. Perjalanan kesihatan setiap individu adalah berbeza dan kami percaya sepenuhnya bahawa janji untuk Hidup Sebaiknya, Lindungi Sebaiknya dan Pulih Sebaiknya yang dipegang meletakkan kami di landasan yang betul bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai Kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna dalam keadaan norma baru,” kata Ben.

    Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran serta perkhidmatan terbaru ini, sila layari www.aia.com.my

    - TAMAT -

    Mengenai AIA

    AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea Selatan, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan (China), Vietnam, New Zealand, Macau SAR, Brunei, Kemboja, Myanmar, 99 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

    Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $326 bilion dolar Amerika pada 31 Disember 2020.

    AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 38 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

    Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

    Mengenai AIA Vitality

    AIA Vitality merupakan satu-satunya program kesejahteraan menyeluruh berasaskan sains yang pertama di Asia. Program ini menyediakan pengetahuan, alat dan motivasi kepada ahli-ahlinya untuk membantu mereka melaksanakan langkah-langkah yang boleh dicapai bagi memenuhi matlamat kesihatan dan perubahan tingkah laku positif secara jangka panjang ke arah gaya hidup yang lebih sihat. Ahli AIA Vitality diberi insentif untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan mereka pelbagai faedah termasuk manfaat insurans dan perlindungan tambahan kepada pelan insurans dan pelan takaful yang terpilih serta menikmati diskaun daripada rakan AIA Vitality.

    Ketahui lebih lanjut tentang AIA Vitality di www.aiavitality.com.my

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Roadside Assist
    1-800-88-8733
    www.aia.com.my/roadsideAssist

    Hak cipta © 2023 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman