Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}18/08/2020
Dari kiri ke kanan: Elmie Aman Najas, Ketua Pegawai Eksekutif AIA PUBLIC Takaful Bhd., Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd., dan Heng Zee Wang, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd. melancarkan dua pelan kesihatan inovatif AIA Malaysia, A-Life Beyond Critical Care dan A-Plus Total Health.
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2020 – AIA Malaysia hari ini mengumumkan dua pelan kesihatan dan perubatan komprehensif baru sebagai sebahagian daripada pendekatan berteraskan kesihatan syarikat insurans dan takaful terkemuka tersebut dalam mengembangkan portfolio penyelesaian kesihatannya.
A-Life Beyond Critical Care adalah pelan penyakit kritikal pertama AIA yang melindungi sejumlah 180 penyakit dengan menawarkan perlindungan penyakit kritikal hujung-ke-hujung. A-Plus Total Health pula adalah pelan kesihatan takaful yang bertindak sebagai penyelesaian kesihatan sehenti buat seisi keluarga yang membolehkan para pelanggan melindungi sehingga enam orang ahli keluarga dibawah satu pelan yang sama.
Kedua-dua pelan tersebut menyokong kesihatan para pelanggan secara menyeluruh – dari peringkat pencegahan dan pengesanan awal melalui AIA Vitality dan pemeriksaan kesihatan, sehingga peringkat rawatan dan pemulihan untuk memastikan bahawa mereka sentiasa mendapat akses kepada penjagaan yang berkualiti.
Berucap pada majlis pelancaran hari ini, Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: “Dengan ketidakpastian yang berlaku berikutan pandemik yang berlarutan serta peningkatan jumlah masalah kesihatan dan penyakit kritikal yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, ianya kini menjadi lebih penting untuk mengutamakan kesemua aspek kesihatan kita. Pelancaran A-Life Beyond Critical Care dan A-Plus Total Health adalah kesinambungan dari usaha kami di AIA untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penyelesaian yang mencegah, melindungi, dan menyokong mereka sepanjang perjalanan kesihatan mereka.
“Penambahan produk terbaru kepada portfolio Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution) kami ini telah dibangunkan berdasarkan pemahaman mendalam mengenai keperluan dan kehendak perlindungan kesihatan dan perubatan para pelanggan. Kami amat gembira dapat menawarkan penyelesaian yang mampu memenuhi permintaan tersebut, dan pada masa yang sama kekal komited terhadap tujuan sebenar AIA iaitu untuk membolehkan para pelanggan kami Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna,” tambah beliau.
Tahap kesihatan di kalangan rakyat Malaysia didapati merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan peningkatan spesifik terhadap beberapa penyakit kritikal. Seperti yang dilaporkan di dalam Malaysia National Cancer Registry1, kes kanser baru yang dicatatkan dari tahun 2012 hingga 2016 meningkat kepada 115,238 berbanding 103,507 antara tahun 2007 dan 2011. Serangan jantung pula kekal sebagai penyumbang utama kematian negara untuk tahun yang ke-142. Apa yang lebih membimbangkan adalah 1.7 juta orang di Malaysia hidup dengan tiga faktor risiko utama penyakit kardiovaskular: kencing manis, hipertensi dan tekanan darah tinggi3.
Walau bagaimanapun, kesedaran ketara terhadap kepentingan kesihatan di kalangan rakyat Malaysia mula meningkat berikutan penularan wabak COVID-19. Satu tinjauan yang dijalankan oleh AIA baru-baru ini sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menunjukkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia menunjukkan minat untuk mempertingkatkan tahap kesihatan mereka. 45% daripada mereka kini bersenam dengan lebih kerap, dan 43% pula, mengamalkan permakanan sihat sejak PKP bermula. Justeru itu, AIA melihat keperluan untuk memperluaskan tawaran pelan berkaitan kesihatan dengan dua pelan yang bukan sahaja dapat melindungi rakyat Malaysia apabila dijangkiti penyakit, tetapi memperkasa mereka untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat.
A-Life Beyond Critical Care melangkaui produk penyakit kritikal biasa dengan menangani keperluan perlindungan pelanggan pada setiap peringkat perjalanan kesihatan mereka apabila menghidap penyakit serius. Tidak seperti pelan penyakit kritikal lain di pasaran, ia memberikan pembayaran sekaligus 100% terhadap semua peringkat diagnosis – termasuk pengesanan awal dan pertengahan. Pelan yang mengiktiraf kepentingan pencegahan dan pengesanan awal penyakit sebagai kunci kepada rawatan dan pemulihan ini juga turut memberikan ganjaran buat pelanggan yang kekal sihat menerusi pelbagai manfaat inovatif seperti bonus tunai tahunan sehingga 20% daripada premium tahunan. Selain itu, pelanggan yang tidak membuat tuntutan akan menerima sehingga 150% daripada jumlah premium yang telah dibayar apabila pelan mereka matang.
A-Plus Total Health telah direka untuk pelanggan yang inginkan penyelesaian perlindungan patuh syariah dan mencari pelan kesihatan fleksibel yang menyeluruh dengan akses kepada penjagaan berkualiti. Pelan ini dilengkapi ciri dan faedah yang dapat membantu para pelanggan memahami dan mengurus kesihatan, penyakit dan pemulihan mereka untuk memberikan perlindungan dan sokongan hujung-ke-hujung. Ciri unik Health Wallet AIA juga didatangkan bersama pelan ini untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang kekal sihat. A-Plus Total Health ditawarkan melalui pelan Takaful Keluarga AIA PUBLIC Takaful Bhd. iaitu A-Life Ikhtiar, yang boleh disertai oleh individu berusia antara 14 hari dan 70 tahun.
Ketika majlis pelancaran, AIA turut mengumumkan tawaran keahlian AIA Vitality secara percuma selama tiga (3) bulan yang merupakan sebuah program perubahan tingkah laku unik yang membolehkan individu mengawal kesihatan, kehidupan dan kesejahteraan mereka. Tawaran istimewa ini tersedia buat semua pelanggan sedia ada mahupun baru yang membeli mana-mana polisi insurans hayat atau menyertai pelan takaful AIA yang baru dari 5 Ogos hingga 30 September 2020.
“Kami cukup teruja dapat memperluaskan program AIA Vitality kepada lebih ramai rakyat Malaysia menerusi tawaran ini, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk mengalami sendiri manfaat program serta bagaimana ia dapat membantu memperkasakan mereka dalam membuat pilihan positif dan sihat setiap hari. Kami yakin bahawa hasil yang terbukti dari AIA Vitality akan dapat membantu menggerakkan Malaysia ke arah yang lebih sihat dari segi fizikal dan mental. Bersama dengan duta kami, Datuk Nicol David, kami berharap untuk terus memberi motivasi kepada orang ramai dalam perjalanan mereka untuk mencapai tahap kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik,” jelas Ben.
Untuk maklumat lanjut mengenai A-Life Beyond Critical Care, A-Plus Total Health dan tawaran keahlian tiga bulan percuma AIA Vitality, sila layari www.aia.com.my.
- END -
RINGKASAN PENYELESAIAN BAHARU
A-Life Beyond Critical Care adalah pelan penyakit kritikal pertama di pasaran yang memberikan perlindungan penyakit kritikal dari hujung-ke-hujung. Pelan ini merangkumi sejumlah 180 penyakit kritikal dan pelanggan yang didiagnosis dengan penyakit kritikal pada peringkat awal, pertengahan mahupun lanjutan akan menerima pembayaran sekaligus sebanyak 100%. Ciri dan manfaat utama lain termasuklah:
A-Plus Total Health adalah pelan perlindungan kesihatan yang menyeluruh untuk seisi keluarga. Pelan yang dilengkapi dengan pilihan untuk melindungi sehingga enam (6) orang ahli keluarga dibawah satu pelan, menawarkan pelbagai faedah yang memenuhi keperluan pelanggan sepanjang perjalanan kesihatan mereka:
Mengenai AIA Bhd.
AIA Bhd., adalah sebuah syarikat insurans terkemuka di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Diri, Manfaat Pekerja, Insurans Am, Gadai Janji, Persaraan dan Takaful Keluarga untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan. Melalui rangkaian pengedaran yang pelbagai dengan kekuatan pasukan agensi seramai 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi para pelanggan pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.
Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekukuhan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih terdiri daripada lebih 2,200 kakitangan yang memberi perkhidmatan kepada 3.9 juta pelanggan kami di seluruh negara. Sehingga 31 Disember 2019, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM55.3 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM810 juta.
Mengenai AIA PUBLIC Takaful Bhd.
AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC Takaful) dimiliki bersama oleh AIA Co. Ltd. (AIA), Public Bank Berhad (PBB) dan Public Islamic Bank Berhad (anak syarikat milik penuh PBB). Diperbadankan pada 11 Mac 2011, AIA PUBLIC Takaful memanfaatkan kedudukan kepimpinan AIA dan PBB Group serta rangkaian infrastruktur dan pengedaran yang mampan dalam industri insurans dan perbankan bagi memacu pertumbuhan dan meningkatkan kadar penetrasi Takaful Keluarga di pasaran domestik. AIA PUBLIC Takaful komited untuk menawarkan penyelesaian patuh syariah yang tepat bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan di setiap peringkat kehidupan.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Tanah Besar China, Korea Selatan, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan (China), Vietnam, New Zealand, Macau SAR, Brunei, Kemboja, Myanmar, 99 peratus pegangan anak syarikat di Sri Lanka dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $284 bilion dolar Amerika pada 31 Disember 2019.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 36 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.
Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).