Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}04/07/2019
KUALA LUMPUR, 4 Julai 2019 – Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mendapati seramai 4.2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental[1]. Statistik ini menunjukkan peningkatan sebanyak dua kali ganda sejak sedekad lalu dengan peningkatan jumlah kes daripada 10.7% pada tahun 1996 ke 29.2% pada 2015[2]. Isu kesihatan mental semakin hangat diperkatakan di negara ini sehingga wujudnya perbincangan berkenaan punca-punca, penyelesaian dan terkini, perlindungan insurans. Sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk membantu menangani isu kesihatan mental di Malaysia, AIA Bhd. hari ini memperkenalkan satu lagi manfaat tambahan kepada pelan perubatan A-Plus Health yang dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan bantuan untuk kesihatan mental.
A-Plus Health yang telah dilancarkan pada tahun 2018 merupakan rider perubatan yang boleh ditambah kepada pelan berkaitan pelaburan berpremium lazim AIA iaitu A-LifeLink 2 dan juga A-Life Joy 2. Rider ini didatangkan dengan ciri yang pertama seumpanya di pasaran yang dikenali sebagai Health Wallet. Bagi setiap tahun di mana pelanggan tidak membuat sebarang tuntutan daripada A-Plus Health, sejumlah amaun akan dikreditkan ke dalam Health Wallet mereka, sehingga 10 kali. Pelanggan boleh menggunakan jumlah terkumpul di dalam Health Wallet untuk perbelanjaan perubatan tambahan mahupun perkhidmatan pencegahan yang secara lazimnya tidak dilindungi oleh pelan perubatan seperti:
Kini, ciri Health Wallet mempunyai manfaat baru dengan penambahan perlindungan kesihatan mental. Kesemua pelanggan A-Plus Health baharu dan sedia ada dapat menggunakan manfaat ini tanpa sebarang peningkatan premium atau caj insurans. Selain itu, pelanggan juga dapat menuntut sehingga RM1,500 setahun untuk membayar yuran perundingan psikiatri di hospital awam mahupun swasta. Manfaat ini meliputi enam (6) keadaan kesihatan mental: Kecelaruan Kemurungan Major (Major Depressive Disorders), Kemurungan Postpartum (Selepas Bersalin) (Post-Partum Depression), Skizofrenia, Kecelaruan Bipolar, Kecelaruan Obsesif Kompulsif (Obsessive-Compulsive Disorder) dan Sindrom Tourette (Tourette Syndrome).
Penambahan manfaat perlindungan ini merupakan sebahagian daripada komitmen AIA untuk membantu rakyat Malaysia untuk hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna dengan mengambil langkah pertama bagi membantu menangani peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang mengalami masalah kesihatan mental. Salah satu daripada faktor yang mengekang rakyat Malaysia untuk mendapatkan bantuan profesional adalah disebabkan beban kewangan yang sering dikaitkan dengan perundingan dan rawatan[1].
Bercakap tentang manfaat terkini A-Plus Health, Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd. Heng Zee Wang menjelaskan bahawa AIA sentiasa berusaha dan menyahut cabaran untuk melangkaui peranannya sebagai sebuah syarikat insurans tradisional sebaliknya menjadi salah satu pengaruh kesihatan yang memahami keperluan dan kebimbangan rakyat yang kian meningkat.
Jelas Zee Wang: “Kesihatan mental terus menjadi cabaran kepada orang ramai dan juga industri kesihatan ekoran kurangnya data dan kefahaman. Meskipun masih banyak yang perlu dilaksanakan – buat masa ini, AIA bersedia melakukan apa yang termampu untuk menggerakkan isu ini ke hadapan. Langkah pertama yang ingin kami tangani adalah mendapatkan rawatan yang juga merupakan salah satu daripada halangan utama dalam proses pemulihan kesihatan mental. Dengan manfaat baru ini, AIA berharap untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah pertama mendapatkan bantuan profesional.”
AIA Malaysia memulakan perjalanan advokasi kesihatan mental pada tahun 2016 dengan pelancaran AIA Vitality, sebuah program kesihatan unik berasaskan sains yang memberi penilaian kesejahteraan mental berkala terhadap stres, kesejahteraan psikologikal dan sokongan sosial kepada ahli-ahlinya. Kemudian, pada tahun 2017, AIA memperkenalkan A-Life Lady360 yang merupakan pelan pertama seumpanya di pasaran yang menawarkan perlindungan terhadap Rawatan Psikoterapi untuk Kebimbangan dan Kemurungan (Psychotherapy Treatment for Anxiety and Depression) serta A-Plus BabyCare yang menawarkan manfaat untuk Autism dan Gangguan Kurang Tumpuan Hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) (ADHD). Baru-baru ini, AIA turut tampil membantu mengatasi masalah kekurangan tidur (salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental[2]) di kalangan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan manfaat penjejak tidur menerusi program AIA Vitality yang memberi ganjaran kepada ahli yang berjaya mencapai waktu tidur selama tujuh (7) jam setiap malam.
“Kami sedar terdapat peningkatan terhadap keperluan pelan insurans untuk menawarkan perlindungan kesihatan mental di negara ini – dan saya optimistik bahawa dengan kerjasama antara industri insurans, golongan profesional perubatan, pakar dan pengawal selia kesihatan, kami mampu menghasilkan penyelesaian terbaik untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia. Di AIA, kami sentiasa meneroka sempadan baru dan akan terus meneraju industri ini untuk mengembangkan perlindungan ke tahap yang lebih tinggi. A-Plus Health adalah produk pertama di pasaran yang memberi ganjaran kepada pelanggan kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat dan kini dengan manfaat kesihatan mental, kami berharap ia akan terus memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna,” tambah beliau.
Manfaat kesihatan mental ini turut ditawarkan di bawah rider perubatan versi patuh syariah, A-Plus Health-i. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aia.com.my
[1] https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/31/42-million-have-mental-health-issues/
Diperoleh pada 27 Jun 2019
Diperoleh pada 27 Jun 2019
Diperoleh pada 27 Jun 2019
[4] https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/sleep-and-mental-health
Diperoleh pada 27 Jun 2019
- Tamat -
[1] https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/31/42-million-have-mental-health-issues/
Diperoleh pada 27 Jun 2019
Diperoleh pada 27 Jun 2019
Diperoleh pada 27 Jun 2019
[4] https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/sleep-and-mental-health
Diperoleh pada 27 Jun 2019
Mengenai AIA Bhd.
AIA Bhd. adalah peneraju utama syarikat insurans di Malaysia, di mana kami mendapat penghormatan menjalankan perniagaan sejak 1948. Kami menawarkan rangkaian penyelesaian kewangan termasuk Perlindungan, Kesihatan, Kemalangan Peribadi, Faedah Pekerja, Gadai Janji, dan Persaraan untuk memenuhi keperluan dan jaminan kewangan pelanggan kami pada setiap peringkat kehidupan mereka. Melalui rangkaian pengedaran kami yang pelbagai dan luas yang mempunyai kekuatan pasukan agensi dengan hampir 14,000 Perancang Hayat, cawangan rakan kongsi bank kami yang eksklusif di seluruh negara serta pasukan jualan korporat dan broker, kami memberi pelanggan kami pilihan dalam menentukan bagaimana, bila dan di mana mereka menghubungi kami.
Sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia yang tersenarai awam terbesar dan bebas, AIA Bhd. mempunyai kekuatan kewangan, pengalaman, rangkaian pusat perkhidmatan serta pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,000 kakitangan yang menawarkan perkhidmatan kepada 3.5 juta pelanggan di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2018, jumlah aset AIA Bhd. bernilai RM51 bilion, dengan modal berbayar sebanyak RM1,451 juta.
Mengenai AIA
AIA Group Limited dan anak syarikat (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran di rantau Asia Pasifik – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Hong Kong, Thailand, Singapura, Malaysia, China, Korea, Filipina, Australia, Indonesia, Taiwan, Vietnam, New Zealand, Macau, Brunei, Cambodia, dan mempunyai pegangan anak syarikat sebanyak 97 peratus di Sri Lanka dan satu usaha sama dengan pegangan anak syarikat sebanyak 49 peratus di India serta pejabat perwakilan di Myanmar.
Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai hampir sedekad yang lalu pada tahun 1919. Ianya merupakan peneraju pasaran di rantau Asia Pasifik (tidak termasuk Jepun) berdasarkan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama dalam sebahagian besar pasarannya. Ia mempunyai jumlah aset bernilai $221 bilion dolar Amerika pada 30 Jun 2018.
AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu secara jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan dan pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian ejen-ejen, rakan kongsi dan pekerja yang meluas di seluruh Asia Pasifik, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 32 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta peserta skim insurans berkumpulan.
Kumpulan AIA disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod bursa “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tahap 1) yang diniagakan pada kaunter pasaran (simbol ticker: “AAGIY”).