Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.

    • Perlindungan Perubatan

      Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.

    • Simpanan & Pelaburan

      Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.

    • Perlindungan Kemalangan

      Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi:
      Isnin – Khamis : 8.30pagi – 5.30petang,
      Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Roadside Assist

2022
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Perlindungan Kesihatan Mental untuk Tenaga Kerja

    16/08/2022


    AIA Malaysia lancar penyelesaian kesihatan mental yang pertama di pasaran untuk pekerja

     

    Kuala Lumpur, 16 Ogos 2022 – Prevalens masalah kesihatan mental terus mencatatkan peningkatan di mana ia boleh menjejaskan setiap aspek kehidupan seseorang itu, terutamanya di tempat kerja. Kajian oleh Relate Malaysia mendapati bahawa pada 2018, seramai 4.57 juta orang dewasa yang bekerja mengalami masalah kesihatan mental dengan 29% daripada pekerja menunjukkan bahawa tahap kesihatan mental mereka sangat rendah.[1] Pada 2019, tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat di Malaysia oleh AIA Vitality mendapati bahawa semakin ramai tenaga kerja di Malaysia tidak mendapat tidur secukupnya dan kerja secara berlebihan, dengan 51% daripada mereka mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan atau stres berkaitan kerja dan 53% mendapat tidur kurang daripada tujuh (7) jam sehari. 

    Memahami keperluan untuk membantu organisasi menangani masalah kesihatan mental di tempat kerja dengan lebih baik, AIA telah melancarkan Penyelesaian Kesihatan Mental yang pertama dalam pasaran dengan kerjasama ThoughtFull, sebuah platform kesihatan mental digital yang berpangkalan di Asia Tenggara. Pernyelesaian baharu ini membolehkan majikan memberikan penjagaan yang lebih baik dan sokongan hujung ke hujung untuk kesejahteraan mental pekerja mereka.

    “Kami melihat semakin ramai tenaga kerja terpaksa bergelut dengan masalah kesihatan mental, yang telah diburukkan lagi oleh pandemik. Ia bukan sahaja memudaratkan kesejahteraan emosi seseorang individu itu, tetapi ia turut menjejaskan produktiviti negara. Organisasi yang ingin memupuk persekitaran kerja yang sihat dan gembira untuk pekerja mereka dan pada masa sama terus mendahului persaingan mereka perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menangani masalah kesihatan mental di tempat kerja,” kata Ketua Pegawai Penyelesaian Korporat AIA Bhd., Tung Hsiao Ley.

    Penyelesaian Kesihatan Mental baharu ini adalah sebahagian daripada WorkWell with AIA, suatu proposisi di bawah Penyelesaian Korporat Menyeluruh (Total Corporate Solutions) syarikat berkenaan. WorkWell With AIA menawarkan pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan bagi membimbing organisasi yang ingin memupuk dan meningkatkan kesejahteraan pekerja mereka.

    Penyelesaian Kesihatan Mental ini didatangkan dengan dua ciri unik iaitu:   

    1. Akses Digital kepada Kesejahteraan Mental

    • Akses eksklusif tanpa had kepada sesi bimbingan pendek harian secara seorang ke seorang bersama jurulatih kesihatan mental profesional
    • Kandungan pembelajaran panduan kendiri dan penjejak kesejahteraan
    • Program, webinar dan bengkel kesejahteraan mental
    • Talian Hotline Kesejahteraan 24/7 untuk intervensi krisis 

     

    2. Perlindungan untuk Manfaat Kesihatan Mental

    • Melindungi kos konsultasi, perubatan dan rawatan pekerja yang diberikan oleh Pakar Psikiatri dan/atau Pakar Perubatan disebabkan oleh keadaan kesihatan mental
    • Termasuk perlindungan untuk orang tanggungan pekerja
    • Menawarkan pilihan tanpa tunai atau bayaran balik 

     

    Perkhidmatan di bawah Kesejahteraan Mental disediakan menerusi kerjasama strategik AIA Malaysia dengan ThoughtFull. Pekerja yang dilindungi oleh Penyelesaian Kesihatan Mental ini akan diberikan akses eksklusif tanpa had kepada sesi bimbingan harian secara seorang ke seorang bersama jurulatih kesejahteraan mental yang bertauliah, menjejaki tahap stres, keresahan dan kemurungan mereka pada masa sebenar, membaca kandungan digital yang berasaskan sains dan menggunakan penjejak mood dan jurnal bimbingan pemikiran melalui aplikasi ThoughtFull.

    Sebagai sebuah syarikat korporat yang bertanggungjawab dan progresif, AIA Malaysia memimpin melalui teladan, dengan menggunakan perkhidmatan ThoughtFull sejak bermulanya pandemik pada 2020, bagi memberikan sokongan kesihatan mental kepada pekerjanya. Menerusi program kesejahteraan pekerja ThoughtFull, pekerja AIA melaporkan purata penurunan sebanyak 43% dari segi tahap kemurungan, keresahan dan stres. Selain daripada itu, pekerja yang mendapatkan perkhidmatan profesional kesihatan mental yang bertauliah menerusi aplikasi tersebut turut melaporkan perubahan positif dari segi pemikiran dan tingkah laku mereka.

    “Adalah penting bagi kami untuk menyokong tenaga pekerjakami bagi meningkatkan lagi daya tahan mereka agar dapatmengharungi segala perubahan yang berlaku secara mengejut dan berlanjutan di tempat kerja dan dalam kehidupan peribadi mereka. Kami bekerjasama dengan ThoughtFull kerana pendekatan mereka yang tulen dan lancar terhadap kesejahteraan mental di tempat kerja dan kami telah melihat sendiri manfaatnyakepada pekerja kami. Ini telah mendorong kami untuk terus meneroka bagaimana kami boleh membawakan perkhidmatan ini kepada pelanggan korporat kami sendiri,” tambah Hsiao Ley.

    Sebagai salah satu daripada penyedia insurans manfaat pekerja terbesar di negara ini, matlamat AIA ialah untuk menyediakan penyelesaian yang serba lancar bagi meningkatkan tahap kesejahteraan mental di syarikat-syarikat di seluruh Malaysia serta menghapuskan stigma dan mewujudkan ruang yang selamat di tempat kerja bagi menggalakkan perbincangan berkaitan kesihatan mental.

    “Kami telah lama menyokong kepentingan kesihatan mental di tempat kerja dan kami percaya bahawa ia perlu diberikan keutamaan sama seperti tumpuan yang kita berikan terhadap kesihatan fizikal. Sebab itulah kami berasa sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan ThoughtFull bagi membawakan perkhidmatan kesihatan mental yang serba baharu dan inovatif ini kepada pelanggan korporat kami dan pekerja mereka, di bawah proposisi WorkWell with AIA kami.”

    “Dengan pelancaran Penyelesaian Kesihatan Mental yang komprehensif ini, kami percaya bahawa kami telah berjaya menyediakan satu penyelesaian yang amat diperlukan oleh pasaran. Majikan kini boleh merasakan bahawa mereka disokong dalam usaha ke arah mengutamakan kesihatan mental pekerja mereka yang menawarkan akses kepada sokongan dan sumber yang akan membantu mereka mencapai kualiti hidup yang lebih baik dan menghasilkan tenaga kerja yang lebih gembira, sihat dan produktif,” ujar Hsiao Ley.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Penyelesaian Kesihatan Mental AIA, sila layari https://www.aia.com.my/ms/our-products/employee-benefits.html

     

    [1] The Business Costs of Workplace Mental Health, Relate Malaysia, 2020

     

    -TAMAT-

     

    Mengenai AIA Malaysia

    AIA Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Secara bersama, AIA Bhd., AIA PUBLIC Takaful Bhd., AIA General Berhad dan AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. telah memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia selama lebih dari 72 tahun.

    Sebagai salah satu penyedia insurans dan takaful terkemuka di negara ini, AIA Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian konvensional dan patuh syariah yang inovatif dan komprehensif, merangkumi Perlindungan Hayat dan Kesihatan, Takaful Keluarga, Manfaat Pekerja, Motor, Kemalangan Diri, Gadai Janji, Insurans Komersial dan skim Persaraan yang memenuhi keperluan kesihatan, kekayaan dan perlindungan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

    Menerusi rangkaian pusat perkhidmatan di seluruh negara, pasukan terlatih yang terdiri daripada lebih 2,600 kakitangan serta saluran pengedarannya yang pelbagai dan berdedikasi yang merangkumi pasukan agensi seramai 21,500 Perancang Hayat, rakan kongsi bank eksklusif, pasukan penjualan korporat dan broker, AIA Malaysia kekal komited untuk sentiasa bersama 4.3 juta pelanggannya; menyokong dan membantu mereka untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.

    Mengenai AIA

    AIA Group Limited dan anak syarikatnya (keseluruhannya “AIA” atau “Kumpulan”) terdiri daripada kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas. Ia beroperasi di 18 pasaran – cawangan dan anak syarikat milik penuh di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Thailand, Singapura, Malaysia, Australia, Kemboja, Indonesia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan (China), Vietnam, Brunei, Macau SAR, dan 49 peratus pegangan usaha sama di India.

    Perniagaan yang kini dikenali sebagai AIA telah ditubuhkan di Shanghai lebih seabad yang lalu pada tahun 1919. Ia merupakan peneraju pasaran di rantau Asia (tidak termasuk Jepun) berasaskan premium insurans hayat dan memegang kedudukan utama di sebahagian besar pasarannya. AIA mempunyai jumlah aset bernilai $340 bilion Dolar Amerika pada 31 Disember 2021.

    AIA memenuhi keperluan simpanan dan perlindungan individu jangka panjang dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan termasuk insurans hayat, insurans kemalangan dan kesihatan serta pelan simpanan. Kumpulan ini juga menyediakan manfaat pekerja, kredit hayat dan perkhidmatan persaraan kepada pelanggan korporat. Melalui rangkaian agensi, rakan kongsi dan kakitangan yang meluas di seluruh Asia, AIA memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 39 juta pemegang polisi individu dan lebih 16 juta ahli skim insurans berkelompok.

    AIA Group Limited disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Hong Kong di bawah kod saham “1299” dengan Resit Depositari Amerika (Tingkat 1) yang diniagakan pada pasaran kaunter (simbol ticker: “AAGIY”).

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Roadside Assist
    1-800-88-8733
    www.aia.com.my/roadsideAssist

    Hak cipta © 2023 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman