- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Terma & Syarat
- Perlindungan Tambahan
Manfaat

Health Rewards dengan AIA Vitality
Nikmati Health Rewards tambahan apabila anda mendaftar AIA Vitality bersama dengan A‑Plus Health360.
Sehingga
RM 1,000
Manfaat
Penjagaan
Hospitalisasi
Sehingga
+100%
Peningkatan Bilik
& Penginapan Hospital
Sehingga
+10%
Booster Health Wallet tahunan
Sehingga
RM 1,000
Bonus Persaraan Sihat dikreditkan ke nilai akaun polisi
Sehingga
RM 1,000
Manfaat Penjagaan Hospitalisasi
Sehingga
+100%
Peningkatan Bilik & Penginapan Hospital
Sehingga
+10%
Booster Health Wallet tahunan
Sehingga
RM 1,000
Bonus Persaraan Sihat dikreditkan ke nilai akaun polisi
Manfaat adalah tertakluk kepada Status AIA Vitality anda dan kelayakan pelan.
Video
Soalan Lazim
A-LifeLink 2 ialah pelan insurans hayat berkaitan pelaburan yang menggabungkan perlindungan kewangan dengan peluang pelaburan. Pelan ini menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (HUMK) disamping membolehkan anda menambah simpanan anda menerusi dana berkaitan pelaburan berasaskan matlamat kewangan serta tahap toleransi risiko anda.
A-LifeLink 2 menawarkan perlindungan hayat serta fleksibiliti untuk membina simpanan anda menerusi dana berkaitan pelaburan. Bergantung pada perlindungan yang dipilih, pelan ini boleh membantu memberikan sokongan kewangan kepada orang tersayang sekiranya berlaku kematian atua Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (TPD), di samping membolehkan anda menyesuaikan perlindungan anda dengan rider pilihan seperti perlindungan perubatan dan penyakit kritikal.
Jika bayaran anda tertunggak, polisi anda lazimnya tidak akan tamat serta-merta. Pelan mungkin masih aktif dalam tempoh ihsan, bergantung pada terma polisi anda.
Jika pembayaran tidak dibuat selepas tempoh ini, polisi anda mungkin luput, dan ini bermakna perlindungan anda akan tamat. Jika ini berlaku, anda hendaklah menghubungi kami secepat mungkin untuk menyemak sama ada pengembalian semula polisi boleh dibuat.
Insurans hayat membantu melindungi keluarga anda dari segi kewangan sekiranya sesuatu tidak diduga menimpa anda.
Insurans ini memberikan sokongan untuk menampung perbelanjaan harian, membayar hutang yang belum dilangsaikan seperti pinjaman perumahan, dan melindungi matlamat jangka panjang seperti pendidikan anak-anak anda, demi membantu keluarga anda mengekalkan kestabilan kewangan.
Individu yang bekerja sendiri biasanya perlu mengemukakan bukti pengenalan seperti Kad Pengenalan di samping bukti pendapatan.
Ini mungkin termasuk dokumen cukai pendapatan, penyata bank atau rekod kewangan lain. Keperluan mungkin berbeza mengikut keadaan individu.
Jika anda memerlukan panduan, anda boleh hubungi kami atau berbincang dengan perancang hayat.
Anda boleh memohon insurans hayat secara dalam talian untuk pengalaman yang lebih pantas dan mudah:
https://www.aia.com.my/bm/discover-my-needs/purchase-online-products.html
Jika anda ingin mendapatkan panduan yang lebih khusus —seperti memahami keperluan perlindungan dan memilih pelan yang paling sesuai —anda juga boleh berbincang dengan Perancang Hayat AIA anda di sini:
https://www.aia.com.my/bm/help-support/contact-us/get-a-life-planner.html
Insurans yang disediakan oleh majikan ialah manfaat yang berguna, tetapi perlindungan lazimnya terhad dan hanya boleh digunakan apabila anda bekerja dengan syarikat.
Untuk memahami jika anda memerlukan perlindungan tambahan, anda harus mempertimbangkan sama ada insurans semasa anda cukup untuk menyokong keperluan kewangan keluarga anda, seperti perbelanjaan harian, pinjaman dan komitmen jangka panjang. Jika terdapat kekurangan, pelan insurans hayat berasingan boleh membantu menyediakan perlindungan jangka panjang yang lebih menyeluruh.
Untuk mengetahui lanjut tentang perbezaan antara pelan insurans kumpulan dan individu, sila rujuk artikel ini: https://www.aia.com.my/en/knowledge-hub/protect-well/what-is-group-health-and-individual-health-insurance.html.
Sebelum memilih pelan insurans hayat, sebaiknya anda perlu memahami keadaan dan tanggungjawab kewangan peribadi anda.
Anda seharusnya mempertimbangkan:
- Pendapatan dan perbelanjaan bulanan semasa anda
- Sebarang hutang atau komitmen kewangan jangka panjang
- Sama ada terdapat tanggungan yang bergantung hidup pada anda
- Perlindungan sedia ada daripada majikan atau polisi lain
- Keupayaan anda untuk meneruskan pembayaran premium dengan selesa
Faktor-faktor ini membantu anda memahami tahap perlindungan yang mungkin sesuai untuk memenuhi keperluan anda. Jika anda baru mengenali insurans hayat, anda juga boleh merujuk kepada Panduan untuk Pembeli Insurans Hayat Kali Pertama untuk mempelajari lebih lanjut tentang perkara asas sebelum membuat keputusan.
Untuk menganggarkan berapakah jumlah insurans hayat yang diperlukan, pertimbangkan tahap sokongan kewangan yang keluarga anda perlukan sekiranya anda sudah tiada.
Ini secara lazimnya termasuk:
Perbelanjaan sara hidup harian selama beberapa tahun
Hutang yang belum dilangsaikan seperti pinjaman perumahan.
Keperluan masa depan seperti pendidikan anak-anak.
Sebagai panduan umum, anda boleh menetapkan sasaran perlindungan kira-kira 10 kali pendapatan tahunan, tetapi keperluan sebenar anda mungkin berbeza bergantung kepada gaya hidup dan komitmen anda.
Untuk memahami keperluan perlindungan dan bajet anda dengan lebih baik, sila gunakan alat Ketahui Bajet Anda untuk menentukan tahap perlindungan yang bersesuaian untuk anda.
Terdapat beberapa jenis pelan insurans utama:
Insurans hayat – menyediakan perlindungan kewangan untuk keluarga anda jika anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK)
Insurans perubatan – membantu menampung perbelanjaan hospital dan perubatan akibat penyakit atau kecederaan
Insurans penyakit kritikal – membuat bayaran jika anda disahkan menghidap penyakit serius yang tersenarai dalam polisi anda
Insurans kemalangan – menyediakan perlindungan sekiranya mengalami kecederaan, hilang upaya atau kematian akibat kemalangan.
Setiap pelan mempunyai tujuan berbeza, dan ramai yang menggabungkan pelan untuk perlindungan yang lebih menyeluruh. Jika anda sedang mempertimbangkan insurans hayat, anda juga boleh mempelajari tentang perbezaan antara insurans hayat bertempoh dan sepanjang hayat dalam artikel ini untuk membantu anda memilih pelan yang sesuai dengan keperluan anda:
https://www.aia.com.my/en/knowledge-hub/protect-well/term-life-vs-whole-life-policy.html
Insurans hayat menyediakan perlindungan kewangan kepada benefisiari anda sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (HUMK), membantu mereka menguruskan perbelanjaan sara hidup, hutang dan keperluan kewangan jangka panjang. Insurans perubatan pula membantu menampung kos penjagaan kesihatan anda apabila anda dimasukkan ke hospital akibat penyakit atau kecederaan, termasuk bil hospital dan perbelanjaan rawatan.
Untuk mempelajari lebih lanjut tentang jenis perlindungan kesihatan berbeza dan bagaimana ianya melengkapi satu sama lain, anda juga boleh membaca artikel kami tentang perbezaan antara insurans perubatan dan penyakit kritikal:
https://www.aia.com.my/en/knowledge-hub/protect-well/medical-vs-critical-illness-insurance.html
Ya, anda masih boleh memohon untuk insurans hayat walaupun anda mempunyai keadaan perubatan sedia ada.
Bagaimanapun, kelulusan dan terma perlindungan mungkin berbeza mengikut keadaan kesihatan dan penilaian penanggung insurans. Dalam kes tertentu, pengecualian atau syarat tambahan mungkin dikenakan.
Untuk memahami dengan lebih jelas tentang kelayakan dan pilihan anda, cara terbaik adalah untuk berunding dengan perancang hayat atau hubungi kami.
Terma & Syarat
1. Jika tempoh perlindungan yang dipilih adalah sehingga umur 70 atau 80 tahun; atau tempoh masa sehingga 25 tahun, polisi anda didatangkan dengan Sambungan Automatik untuk Tempoh Perlindungan di mana tempoh perlindungan polisi (kecuali rider A-Plus WaiverExtra, jika ada) akan berterusan sehingga Orang yang Dilindungi berusia 100 tahun bagi pelan asas dan usia perlindungan maksimum bagi mana-mana rider tambahan DENGAN SYARAT ada jumlah yang mencukupi dalam akaun untuk ditolak bagi caj polisi dan kos insurans bagi mana-mana rider tambahan. Premium biasa tidak diperlukan sepanjang tempoh perlindungan dilanjutkan ini dan anda boleh menambah nilai akaun anda dengan membayar tambahan biasa atau ad-hoc. Perlindungan insurans yang disediakan bawah pelan asas dan rider tambahan akan tamat setelah nilai akaun digunakan sepenuhnya. Anda boleh memaklumkan Syarikat terlebih awal jika mahu menarik diri daripada Pelanjutan Tempoh Perlindungan Automatik sebelum polisi matang. Sila ambil maklum jika anda memilih untuk membuat pengeluaran daripada Perlanjutan Tempoh Perlindungan Automatik, pelan asas dan semua rider tambahan termasuk A-Plus Health360 dan mana-mana amaun Health Wallet (jika tertakluk) akan tamat bersama polisi. Mana-mana permohonan untuk Perlanjutan Tempoh Perlindungan Automatik tidak lagi dibenarkan selepas anda menarik diri daripadanya.
2. Perlindungan untuk Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal adalah sehingga 70 tahun.
3. Bonus Ulang Tahun meningkatkan amaun perlindungan anda sebanyak 1% setiap tahun tanpa kos tambahan, bermula pada awal tahun polisi kedua sehingga mencapai 120% daripada amaun perlindungan anda. Bonus Ulang Tahun diberi berdasarkan tahun polisi premium terakhir dibayar.
4. Kos insurans ditolak daripada nilai akaun anda bergantung pada umur yang anda capai, ia akan meningkat selari dengan peningkatan umur anda.
5. Kos Insurans pelan ini tidak dijamin, anda perlu membayar premium tambahan jika Kos Insurans disemak semula. Syarikat berhak menyemak semula Kos Insurans dengan memberi pemegang polisi notis bertulis 3 bulan sebelumnya
6. Anda boleh menukar dana mengikut keperluan anda. Caj penukaran adalah percuma buat masa ini dan AIA berhak menyemak caj penukaran dengan memberi anda notis bertulis 3 bulan sebelumnya.
7. Nilai akaun polisi anda tidak dijamin dan berubah mengikut prestasi Dana Berkait Pelaburan AIA. Risiko pelaburan dana ini ditanggung sepenuhnya oleh anda.
8. Premium yang dibayar untuk pelan ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
9. Sila ambil maklum bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa
10. Maklumat di atas tidak lengkap. Anda disyorkan untuk mendapatkan salinan Ilustrasi Produk dan Lampiran Pendedahan Produk untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini. Bagi penjelasan terperinci tentang manfaat, pengecualian, terma dan syaratnya, sila rujuk kontrak polisi.