Perlindungan Penyakit Kritikal

A-Plus Critical Assure

Daftar untuk pelan ini melalui

Perancang Hayat

icon health

A-Plus Critical Assure

Penyakit kritikal boleh menyerang tanpa amaran, meninggalkan anda tanpa persediaan. Itulah sebabnya mempunyai perlindungan yang betul amat penting.

Dilampirkan Kepada
  • Pelan Berkaitan Pelaburan1
    (A-Life Wealth Builder, A-LifeLink 2, A-Life Joy Xtra)

  • Bukan Pelan Berkaitan Pelaburan2 (A-Life Cover)
Umur Kelayakan

14 hari - 70 tahun

Manfaat

Soalan Lazim

A-Plus Critical Assure ialah pelan insurans penyakit kritikal oleh AIA yang menyediakan perlindungan kewangan terhadap penyakit kritikal peringkat lanjutan.

Jika anda disahkan menghidap penyakit yang dilindungi, contohnya kanser, serangan jantung, atau strok, anda akan menerima bayaran keseluruhan sekali gus untuk membantu menguruskan kesan kewangan.

Pelan ini direka agar ianya mudah dan ringkas, memberikan sokongan apabila anda paling memerlukannya.

A-Plus Critical Assure menyediakan sokongan kewangan untuk penyakit kritikal peringkat lanjutan dengan bayaran sekaligus.

Berikut adalah manfaat utamanya:

  • Perlindungan untuk penyakit kritikal peringkat lanjutan -
    Tertumpu pada penyakit utama seperti kanser, serangan jantung dan strok yang lazimnya memberikan kesan kewangan yang paling besar. 
  • Bayaran sekali gus -
    Terima bayaran tunai sekali gus selepas didiagnosis, memberikan sokongan kewangan segera kepada anda
  • Penggunaan pembayaran yang fleksibel -
    Gunakan wang mengikut keperluan anda - sama ada untuk rawatan perubatan, penggantian pendapatan, perbelanjaan harian, atau menyara hidup keluarga anda

Jika anda merupakan ahli AIA Vitality, anda boleh menikmati ganjaran dan penjimatan tambahan dengan A-Plus Critical Assure apabila pelan ini disertakan bersama A-Life Cover.

Satu manfaat utama ialah anda boleh menerima sehingga 20% daripada jumlah premium tahunan anda setiap tahun, bergantung pada status AIA Vitality anda.

Semakin tinggi status anda (contohnya Emas atau Platinum), semakin banyak yang boleh anda terima.

Bagaimana ini membawa manfaat kepada anda?

  • Dapat ganjaran kerana kekal sihat
  • Pilihan gaya hidup sihat anda boleh membantu anda menikmati ganjaran yang lebih tinggi
  • Penjimatan keatas premium anda dari masa ke masa
  • Menerima pulangan tunai sehingga 20% untuk membantu mengurangkan kos keseluruhan anda
  • Terima nilai lebih tinggi daripada perlindungan anda
  • Anda mendapat perlindungan kewangan dan ganjaran berterusan
     

Ini bermakna anda boleh menikmati penjimatan sebenar disamping kekal terlindung, dengan ganjaran yang berkaitan dengan gaya hidup sihat anda.

Perlindungan A-Plus Critical Assure melindungi 75 penyakit kritikal peringkat lanjutan, termasuk beberapa penyakit umum seperti:

  • Kanser
  • Serangan jantung 
  • Strok
  • Penyakit Arteri Koronari Serius
  • Kegagalan buah pinggang
  • Pemindahan organ utama
     

Pelan ini memberi tumpuan pada penyakit serius, peringkat lanjutan ketika sokongan kewangan paling diperlukan.

Untuk senarai penuh penyakit yang dilindungi, sila rujuk di sini.

Cara mudah untuk menentukan jumlah perlindungan anda adalah dengan menganggarkan kira-kira 8 kali ganda pendapatan tahunan anda.

Ini membantu memastikan anda mendapat sokongan kewangan yang secukupnya jika anda tidak dapat bekerja selama beberapa tahun akibat penyakit serius.

Perbelanjaan anda tidak berhenti walaupun anda jatuh sakit. Anda mungkin masih perlu menanggung:

  • Perbelanjaan hidup bulanan (sewa, barang runcit, utiliti)
  • Ansuran pinjaman rumah atau kereta
  • Perbelanjaan keluarga, terutamanya jika ada tanggungan
  • Kos tambahan semasa pemulihan, seperti penjagaan susulan atau sokongan penjaga
     

Ini membantu memastikan anda mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi untuk menampung keperluan pendapatan anda disamping menguruskan perbelanjaan harian dan komitmen kewangan anda agar anda boleh memberi tumpuan kepada pemulihan anda.

Ya, seperti kebanyakan pelan insurans penyakit kritikal, A-Plus Critical Assure mengenakan tempoh menunggu.

Ini bermakna anda perlu menunggu selama tempoh tertentu selepas polisi bermula sebelum anda boleh membuat tuntutan untuk penyakit tertentu (tertakluk kepada terma polisi).

Anda hendaklah menyemak terma tempoh menunggu dengan teliti untuk lebih memahami bila perlindungan tersebut layak.

Seperti kebanyakan pelan insurans, A-Plus Critical Assure mempunyai  pengecualian tertentu yang tidak dilindungi di bawah polisi. Ini mungkin termasuk keadaan sedia ada, penyakit yang didiagnosis dalam tempoh menunggu, atau keadaan yang secara khususnya dikecualikan dalam kontrak polisi. Anda digalakkan agar membaca bahagian pengecualian dengan teliti bagi mengelakkan salah faham semasa membuat tuntutan.

Jumlah premium yang anda bayar bergantung pada beberapa faktor, seperti:

  • Umur anda
  • Jumlah perlindungan anda
  • Keadaan kesihatan anda
  • Jenis pelan yang anda pilih
     

Anda harus memilih jumlah premium yang sesuai dengan situasi kewangan anda supaya anda boleh terus mengekalkan polisi dalam jangka panjang. Hubungi AIA Malaysia untuk maklumat lanjut.

Pilih pelan dengan premium yang mampu dibayar dengan selesa untuk jangka panjang, bukan hanya hari ini.

Pastikan ia sesuai dengan bajet bulanan anda, walaupun selepas menampung perbelanjaan harian dan komitmen anda.

Anda juga patut menyemak pelan anda dari masa ke masa, terutamanya jika:

  • Pendapatan anda berubah
  • Perbelanjaan anda meningkat
  • Situasi hidup anda berubah (contohnya memulakan hidup berkeluarga)
     

Kemampuan bermakna memilih pelan yang boleh anda bayar secara berterusan, dan membuat pelarasan dari masa ke masa supaya anda sentiasa memiliki perlindungan apabila anda memerlukannya.

A-Plus Critical Assure ialah pelan insurans penyakit kritikal yang hanya melindungi penyakit kritikal.

Pelan ini membayar jumlah sekali gus apabila anda disahkan menghidap penyakit kritikal peringkat lanjutan yang dilindungi, seperti kanser, serangan jantung, atau strok.

Perkara penting untuk diberi perhatian:

  • Pelan ini berbeza daripada insurans perubatan, yang menanggung bil hospital dan kos rawatan
  • Pelan tidak termasuk manfaat kematian atau perlindungan perubatan secara tersendiri
     

Untuk mendapatkan perlindungan yang lebih menyeluruh, ramai orang memilih untuk menggabungkan:

Apabila memohon pelan insurans penyakit kritikal, anda mungkin dikehendaki menyediakan:

  • Butiran peribadi dan perakuan kesihatan
  • Maklumat tentang sejarah perubatan dan gaya hidup anda
     

Bergantung pada umur atau keadaan kesihatan anda, AIA juga mungkin memerlukan:

  • Pemeriksaan perubatan
  • Laporan perubatan tambahan
     

Menyediakan maklumat perubatan yang tepat adalah penting untuk membantu mengelakkan masalah tuntutan pada masa hadapan.

Kedua-dua pelan A-Plus Critical Assure dan A-Plus Critical Multi merupakan pelan penyakit kritikal daripada AIA, tetapi masing-masing dirangka untuk memenuhi keperluan yang berbeza.

A-Plus Critical Assure ialah pelan lebih ringkas yang tertumpu pada keadaan peringkat lanjutan. Pelan ini:

  • Melindungi penyakit kritikal peringkat lanjutan sahaja
  • Menyediakan bayaran sekali gus selepas didiagnosis
     

Pilihan ini sesuai untuk mereka yang inginkan perlindungan mudah dengan bayaran sekali sahaja untuk penyakit peringkat lanjutan.

A-Plus Critical Multi dirangka untuk memberikan sokongan berterusan sepanjang perjalanan kesihatan anda. Pelan ini menawarkan:

  • Perlindungan untuk sehingga 180 penyakit kritikal, dari peringkat awal hingga lanjutan
  • Keupayaan untuk mengembalikan perlindungan anda selepas tuntutan peringkat awal hingga pertengahan (tertakluk kepada terma), supaya anda kekal dilindungi jika keadaan anda bertambah teruk
  • Sokongan berterusan jika penyakit anda kembali atau jika anda menghadapi keadaan lain
     

Ini menjadikan pelan sesuai jika anda mahukan perlindungan yang boleh menyokong anda pada pelbagai peringkat penyakit sepanjang masa (tempoh?), supaya anda boleh dilindungi berulang kali, bukannya hanya bergantung pada bayaran sekali sahaja.

Penyakit kritikal adalah keadaan perubatan serius yang boleh menimbulkan impak besar ke atas kesihatan, gaya hidup, dan kewangan anda. Contoh umum termasuk kanser, serangan jantung, dan strok.

Rawatan dan pemulihan mungkin memerlukan penjagaan perubatan berterusan, rehabilitasi, dan masa tidak bekerja, yang boleh menimbulkan cabaran kewangan tambahan.

Pelan perubatan dan insurans penyakit kritikal memenuhi tujuan berbeza dan berfungsi dengan baik secara bersama.

Pelan perubatan membantu menampung kos hospital dan rawatan, manakala insurans penyakit kritikal memberikan bayaran tunai jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi.

Bayaran boleh membantu menampung:

  • Kehilangan pendapatan
  • Perbelanjaan hidup harian
  • Bayaran balik pinjaman
  • Kos pemulihan dan rehabilitasi
     

Mendapatkan kedua-dua pelan boleh memberikan perlindungan kewangan yang lebih lengkap.

Penyakit serius boleh menjejaskan keupayaan anda untuk bekerja apabila komitmen kewangan anda masih berterusan.

Insurans penyakit kritikal memberikan bayaran tunai selepas didiagnosis, yang boleh membantu anda:

  • Menggantikan pendapatan yang hilang
  • Menguruskan perbelanjaan harian
  • Membayar komitmen kewangan berterusan
  • Menampung kos berkaitan pemulihan
     

Ini boleh membantu mengurangkan tekanan kewangan dan memberi ketenangan fikiran semasa pemulihan.

Terma & Syarat

Ahli PIDM

 
1PERLINDUNGAN PIDM UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT SIJIL/POLISI/PRODUK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi AIA atau PIDM.
2Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi AIA atau PIDM.
 

Kongsi

Ketahui Lanjut