Artikel berkaitan
Kepentingan Perancangan Kewangan & Perlindungan

Kepentingan Perancangan Kewangan & Perlindungan Buat Keluarga
Perancangan kewangan dan perlindungan merupakan elemen penting dalam membina institusi kekeluargaan yang sejahtera. Baca untuk ketahui lebih lanjut!

Setiap orang perlu mempunyai pelan dan matlamat tersendiri dalam merancang kewangan.
Bermula dengan pelan kewangan ketika masih bujang, kemudian berpasangan, dan lama-kelamaan, pelan ini akan berkembang merangkumi seluruh ahli keluarga apabila isi rumah semakin bertambah. Tidak kira apa fasa sekalipun, kita harus meneliti setiap aliran kewangan, termasuk membayar komitmen bulanan, bil-bil, simpanan pelaburan, simpanan peribadi dan juga simpanan kecemasan.
Tanpa pelan kewangan yang rapi, keluarga anda mungkin terdedah kepada risiko tinggi apabila perkara yang tidak diingini berlaku. Jadi, lindungilah keluarga anda seawal mungkin.
Ada banyak manfaat dan kepentingan yang dapat kita peroleh melalui perancangan kewangan dan perlindungan keluarga yang betul. Lihat di bawah:

Manfaat Perlindungan Keluarga

Kestabilan & Asas Kewangan Yang Kukuh
Perlindungan takaful terletak di kedudukan yang terendah sekali dalam piramid kewangan, diikuti dengan simpanan dan pelaburan. Jika kedudukan ini sudah terbina dengan kukuh, piramid kewangan kita pastinya tidak akan rapuh.

Perlindungan & Simpanan Serentak
Mempunyai simpanan bulanan adalah satu tabiat kewangan yang boleh dipupuk dalam diri ibu bapa dan juga anak-anak. Selain sebagai bekalan simpanan untuk masa depan, ia juga boleh memberi manfaat perlindungan sekiranya sesuatu berlaku kepada kita. Perlindungan dan simpanan berlaku secara serentak selagi kita kekal komited dan konsisten.

Perisai Kepada Situasi “Malang Tidak Berbau”
Tiada siapa yang mahukan situasi buruk berlaku kepada keluarga tersayang. Namun malang sememangnya tidak berbau. Tambahan pula, kenaikan kos perubatan dan rawatan dari tahun ke tahun amat membimbangkan.
Oleh yang sedemikian, kita seharusnya perlu menyediakan perisai sebagai persediaan menghadapi apa jua kemungkinan, seperti berlakunya kemalangan yang menyebabkan kematian atau hilang upaya ataupun apabila disahkan menghidap penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Pengganti Pendapatan
Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku sekiranya musibah menimpa diri anda sehingga tidak lagi mampu mencari nafkah? Dengan pelan perlindungan asas yang kukuh, ia mampu menggantikan pendapatan kita dan membantu keluarga tersayang meneruskan kehidupan tanpa terbeban.

Pelbagai Pelan Perlindungan Untuk Keperluan Berbeza
Ternyata jelas kepentingan perancangan kewangan dan pelan perlindungan, baik untuk diri sendiri mahupun keluarga.
Kita mempunyai pilihan untuk memilih pelan perlindungan yang terbaik, yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan keluarga. Antaranya adalah tiga jenis perlindungan di bawah:
Jangan berlengah lagi. Buat pilhan bijak dan bertindak segera demi kesejahteraan keluarga anda. Bersama-sama, pilihan dan gaya hidup sihat anda pastinya akan memberi ganjaran dan manfaat yang lebih tinggi buat anda dan yang tersayang di masa hadapan.
https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news_bajet.php?id=2034192
https://www.easicircle.com/my/knowledgeDetails.aspx?uid=8fa166a2-b8da-4a2a-9dfd-cb7ba6d0a63e
https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/Kepentingan-perancangan-kewangan-perlindungan-keluarga.html

https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/Kepentingan-perancangan-kewangan-perlindungan-keluarga.html/p>
https://www.greateasterntakaful.com/bm/takaful-individu/produk-kami/takaful-keluarga.html