Artikel berkaitan
Siapa yang memerlukan
Pelan Pelindungan Takaful?
Berikut adalah 4 golongan utama yang memerlukannya:

Pencari Nafkah
Bayaran jumlah perlindungan takaful boleh dihibahkan (dihadiahkan) kepada pasangan atau ahli keluarga agar mereka dapat meneruskan kehidupan apabila anda ditimpa musibah, contohnya kematian. Duit yang diperolehi boleh digunakan untuk menanggung kos pengebumian, perbelanjaan seharian, menyelesaikan gadai janji seterusnya memberikan ahli keluarga ketenangan tanpa perlu memikirkan beban kewangan setelah anda tiada.


Ketua Keluarga
Kos untuk membesarkan anak-anak terutamanya di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur memerlukan perbelanjaan tinggi. Contohnya, kos perubatan untuk melahirkan anak melalui kaedah pembedahan sahaja boleh mencecah RM40,000 di Lembah Klang. Ini tidak termasuk kos pendidikan dan lain-lain lagi. Bayangkan, yuran pengajian untuk segulung ijazah di universiti awam sahaja dianggarkan berjumlah RM15,700. Bagaimana pula dengan universiti swasta? Pasti jumlahnya jauh lebih tinggi.



Bujang
&
Penyedia
Kewangan
Keluarga
Anda mungkin beranggapan anda tidak memerlukan perlindungan hayat kerana berstatus bujang. Bagaimana pula jika anda bujang tetapi menyara ibu bapa atau adik-beradik? Anda memerlukan perlindungan hayat agar orang tersayang dilindungi sekiranya berlaku sesuatu kepada anda tanpa mengira status bujang atau sebaliknya.
Contohnya, anda menyara ahli keluarga yang uzur. Anda haruslah mempertimbangkan kos perubatan mereka. Bayangkan ibu atau bapa anda perlu menjalani pembedahan pintasan jantung. Kos rawatan di hospital kerajaan dan swasta adalah di antara RM4,000 hingga RM80,000.


Penanggung
Hutang
Yang
Banyak
Sekiranya anda meninggal dunia, aset anda akan digunakan untuk melunaskan semua hutang anda seperti pinjaman peribadi atau perniagaan, hutang kad kredit dan lain-lain. Jika anda mempunyai hutang yang banyak, waris anda akan menerima aset yang sedikit sahaja. Lebih menyedihkan jika mereka terpaksa tinggal sehelai sepinggang kerana semua harta peninggalan telah digunakan untuk melunaskan hutang anda.
Akhir sekali, fahami peraturan asas berkaitan takaful dengan baik agar perlindungan yang diambil dapat memanfaatkan anda sekeluarga. Pastikan juga pelan perlindungan yang diambil menepati kemampuan kewangan dan memenuhi keperluan peribadi anda. Jika anda perlukan maklumat lanjut, hubungilah Perancang Hayat kami atau lihat senarai produk AIA PUBLIC Takaful secara dalam talian di sini .

RUJUKAN
https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/kesilapan-biasa-apabila-memilih-perlindungan-takaful.html
https://www.bnm.gov.my/documents/20124///23013164-898e-b606-da65-8aa5a572dc11
http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/artikel/148-menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram
http://journalarticle.ukm.my/10813/1/15332-48415-1-PB.pdf
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4818-al-kafi-1799-hukum-jual-beli-insurans-konvensional-kerana-lebih-murah
http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/soalan-lazim/takaful
https://www.businesstoday.in/money/insurance/10-reasons-you-need-to-buy-life-insurance/story/225988.html
https://www.businessinsider.com/personal-finance/reasons-to-get-life-insurance-you-havent-thought-of-yet
https://www.etmoney.com/blog/know-everything-about-insurance-and-why-you-should-have-insurance/