Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Sekiranya menghidap penyakit kritikal, rawatan khas dan pemulihan jangka panjang mungkin diperlukan. Namun, jangan biarkan beban kewangan menjadi penghalang.
Kami sedia membantu anda dengan pelan insurans dan takaful penyakit kritikal AIA. Sekiranya anda didiagnosis menghidap penyakit kritikal, kami akan menawarkan bayaran sekali gus kepada anda. Bentuk penggantian pendapatan seperti ini membolehkan anda memberi tumpuan kepada pemulihan dan menanggung sebarang kos penjagaan tambahan yang anda perlukan.
Asas: Memberi anda perlindungan yang penting.
Komprehensif: Menyediakan perlindungan komprehensif untuk memenuhi keperluan anda.
Tambahan: Pelan fleksibel yang boleh ditambah kepada pelan perlindungan anda bagi memenuhi keperluan peribadi anda.
Perlindungan Penyakit Kritikal ialah perlindungan insurans/takaful yang memberi sokongan kewangan sekiranya anda disahkan menghidap penyakit yang dianggap kritikal seperti strok, kanser, serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan banyak lagi. Pelan ini digunakan sebagai jaring keselamatan yang akan membantu anda menampung perbelanjaan bulanan dan membantu membiayai kos rawatan dan pemulihan anda.
Kami mencadangkan agar anda mendapatkan pelan Perlindungan Penyakit Kritikal bersama insurans kesihatan anda yang sedia ada. Insurans kesihatan melindungi perbelanjaan perubatan anda manakala pelan perlindungan Penyakit Kritikal akan menyokong anda dalam mengekalkan komitmen dan gaya hidup keluarga anda. Pelan ini juga boleh digunakan untuk menanggung perbelanjaan tunai langsung, seperti deduktibel, perbelanjaan perjalanan perubatan, prostetik, khidmat penjagaan di rumah, ubat-ubatan jangka panjang, dan banyak lagi.
Jumlah perlindungan yang anda perlukan bagi pelan perlindungan Penyakit Kritikal bergantung kepada perbelanjaan anda yang sedia ada, seperti hutang, tanggungan, gadai janji/sewa, pendidikan anak-anak, dan lain-lain. Anda boleh berunding dengan perancang hayat kami untuk menetapkan jumlah perlindungan mengikut keperluan anda.
Apabila anda mendapatkan pelan Penyakit Kritikal AIA, anda layak mendaftar untuk program AIA Vitality. Program kesihatan ini menyokong dan mendorong anda membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat dan juga menawarkan manfaat tambahan kepada pelan perlindungan Penyakit Kritikal kami seperti Manfaat Pemeriksaan Kesihatan setiap 2 tahun dan Bonus Tunai Tahunan. Hubungi Perancang Hayat kami untuk maklumat lanjut mengenai manfaat-manfaat bersepadu AIA Vitality.
Kami menggalakkan semua untuk mendapatkan pelan insurans atau takaful Penyakit Kritikal seawal yang mungkin. Apabila anda muda dan sihat, pelan anda lebih mampu milik. Anda juga tidak perlu bimbang tentang keadaan kewangan anda jika disahkan menghidap penyakit kritikal.
Pelan Penyakit Kritikal AIA melindungi kanak-kanak dan dewasa, dari usia 14 hari hingga 60 tahun.